👑special bab 👑

694 21 0
                                    

Heyooo guyssss sorry lambat update. Idea on off seperti cinta saya pada awak 👅 gurauuu jekkkk 👅💕 okayy ni last bab penutup untuk segala bab 🎉 no more ISQS after this ecewahhh omputih pulekkk 😂 ni nak pesan bab ni panjang gilosss tauuu all in one gitewww 😂 oklah sambunglah baca kang kempunan pulak nak baca story ni 😂😂 okbye !

Iyad♡Saffiya

Lagi 4 hari saja lagi majlis pernikahan Iyad dan Saffiya akan dilansungkan. Hairin juga sudah pulih dari berpantang. Bukan main gembira Hairin dah habis tempoh berpantang. Yelah tak sabar-sabar mahu makan nasi minyak kawan baiknya itu.

"Rin ! Buat apa lagi tu ? Cepatlah kata nak tolong aku siapkan hantaran ?" panggil Saffiya. Dari tadi lagi dia asyik dengan telefonnya. Apalagi buat ig live lah tu.

"Sabaq lah sat. Hang ni pun. Tak boleh tengok orang senang kejap" bebel Hairin. Telefon dimatikan dan disimpan kedalam kocek seluar. "Ha nak suruh aku buat apa tadi ?" soal Hairin semula.

"Tadi kau kata nak tolong aku siapkan hantaran. Tengok-tengok kau sibuk dengan phone kau. Ni si kembar mana pula ?" bebel Saffiya. Tangannnya ligat menyusun bunga-bunga kecil di sekitar dulang.

"Kau dah kenapa ? Kembar kan dekat KL. Aku dengan laki aku je yang datang sini. Lain semua kat KL. Lusa baru datang sini" Hairin menyusun coklat-coklat ke dalam dulang yang sudah siap dihias.

"Are you sure kau dengan laki kau je ?" soal Saffiya kehairanan.

"Sure lah" jawab Hairin selamba.

"Habistu, siapa pulak Aineesha Irhain binti Airish Irfat dengan Irhin Ash bin Airish Irfat ?"

"Nama tu nampak familiar lah. Kejap.."

1 saat

2 saat

3 saat

4 saat

5 saat

"Wehh ! Anak aku !" jerit Hairin lantas naik ke tingkat atas. Seingatnya sewaktu dia tiba si kembar sedang tidur itu yang mama Saffiya menyuruhnya tidurkan si kembar di bilik tetamu di tingkat atas.

"Tu lah dia. Dah ada anak pun boleh lupa. Dulu masa nak nikah lupa nak nikah. Ni aku yang nak bernikah, dia pulak yang lupa ada anak. Hairin-hairin" gelak Saffiya.

Hairin membuka pintu bilik agak tergesa-gesa membuatkan dia hampir terjatuh. Lega hatinya melihat anak-anaknya masih ada di atas katil bersama Airish.

"Abang. Kembar dah bangun ke ?" tanya Hairin.

"Neesha je. Ash belum lagi." jawab Airish. Dia bermain-main dengan tangan comel Aineesha.

Hairin mendekati anak dan suaminya. "Hmm lena betul Ash tidur. Penatlah tu dari pagi tadi dia main dengan nek Mariam dia" Hairin mengusik pipi tembam Ash.

Aineesha dan Ash amatlah tembam. Kadang tu tak larat Hairin nak dukung keduanya. Nasiblah stroller yang dibeli mempunyai dua tempat duduk yang dikhaskan untuk kembar.

"Sayang, lepas habis majlis fiya nanti majlis pertunangan Sarra pulak tau. Lepastu baru kita buat kenduri kesyukuran untuk si kembar ni" kata Airish.

"Eh kan mummy suruh buat sekali dengan majlis Sarra ? Sarra pun dah setuju kan ? Lagipun tak mahulah membazir abang" soal Hairin semula.

"Tak naklah. Biarlah majlis Sarra dekat rumah mummy. Majlis kita nanti, kita buat dekat rumah kita. Tak membazir pun" jawab Airish.

Aineesha diambil kedukungan untuk disusukan. "Hmm ikut suka abanglah. Rin ikutkan je. Tapi ramai ke abang nak jemput ?"

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now