Bab 56

1K 57 10
                                    

Airish menarik beg bagasinya ke kereta BMW miliknya. Dia harus meninggalkan tempat ini. Dia biarkan Hairin sejukkan dulu hati. Dia tidak boleh memaksa. Takut makin dipaksa makin panjang rajuk Hairin. Lagipula dia sudah seminggu disini.

"Angah betul ke nak pergi?" soal Sarra yang melihat Airish memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.

"Betullah. Apa yang tak betulnya?" soal Airish semula

"Habistu takkan nak dibiarkan je?"

"Biarkan apa?"

"Angah tolonglah jangan jadi blurr sekarang ni? Sarra tengah serious kan?"

"Yelah-yelah. Buat masa sekarang ni angah akan biarkan dulu. Biar kak ngah kamu tu reda sikit. Lagipun angah ada hal yang perlu angah uruskan di KL"

"Hal perkahwinan angah dengan perempuan tu kan?" soal Sarra sinis

Airish hanya tersenyum.

"Angah ingat eh. Walau macam manapun Sarra cuma ada dua orang akak ipar je. Akak Ana dan Akak Hairin tu je. Tiada pertambahan ahli. Okay"

"Ye sayang. Angah tahu. Ni angah nak gerak dulu. Sarra jaga diri kat sini. Jangan lupa solat. Tengok-tengokkan kak ngah tu. Apa-apa terus call angah. Angah cuma boleh harap kat Sarra je. Insya allah kalau angah lapang nanti angah datang jenguk Sarra dan kak ngah ye. Angah pergi dulu. Assalamualaikum" Airish mengusap lembut kepala Sarra.

Dari tingkat atas balkoni Hairin memerhatikan mereka. Jatuh jua air matanya. Terasa sekejap sahaja Airish disini. Harini sudah pergi meninggalkannya. Memanglah kehadiran Airish tidak dihiraukan Hairin. Tapi jauh disudut hati kehadiran lelaki itu bagaikan sinar yang menerangi di kala kegelapan.

Sarra menyalam tangan Airish dan melambai kepergian angahnya sehinggalah kereta angahnya hilang dari pandangan. Selepas itu Sarra masuk semula ke rumah. Panas diluar nanti hitam pulak kulitnya yang putih mulus itu.

Dia mencapai remote tv. Siaran dicari tapi tiada yang berkenan di hati. Telefon pula diambil. Aplikasi instagram dibuka. Di scroll dari atas sampai bawah. Juga tiada yang menarik. Kecuali satu gambar. Gambar Izzul dan baby?

*gambar*

Caption: Alhamdulillah.. Anak daddy dah selamat melihat dunia❤ assalamualaikum sayang #BabyL

"What?! Huwaaaa mummyyyy" jerit Sarra

Jeritan Sarra yang nyaring dan membingitkan telinga itu membuatkan Hairin terkocoh-kocoh turun ke bawah mendapatkan Sarra.

"Kenapa ni Sarra? Okay tak?" tanya Hairin cemas

"Tak okey! Huwaa" raung Sarra

"Ya allah kenapa ni? Cuba cerita dengan akak. Janganlah duk meraung macam ni"

"Ni akak tengok ni" Sarra menunjukkan telefonnya kepada Hairin. Hairin mengambil te!efon Sarra dan melihat apa yang ditunjukkan.

"Heyy comel nyerr anak siapa ni?"

"Anak Izzul! Huwaaa"

"Hah? Izzul? Hang biaq betoi Sarra"

"Dahtu cuba akak baca caption dia tu. Sakit tau hati ni. Baru minggu lepas gaduh harini dah ada anak. Minggu depan apa pulak? Kahwin lagi?" air mata masih bersisa di mata.

"Hesh. Dah-dah lahtu. Jom kita sarapan. Sarra belum sarapan lagi kan?"

"Taknak. Sarra nak merajuk!" kata Sarra lalu berlari ke biliknya.

"Haih budak-budak ni. Macam- macam hal lah. Aku yang pening dibuatnya" bebel Hairin.

*************
"Hello assalamualaikum awak"

"Waalaikumsalam. Nak apa?" sahut Sarra di telefon.

"Emm emm" Izzul tidak tahu bagaimana mahu cakap

"Kalau nak cakap yang awak dah dapat anak, say nak ucap tahniah ye. Tak sangka pulak awak dah berkahwin. Maaflah kalau saya selama ni mengganggu awak dan isteri. Sss..ssaya ddoakan awak bahagia dengan keluarga awak" Sarra menamatkan panggilan. Tak sanggup mahu berbual lebih lama. Lagipula buat apa mahu bercakap dengan orang yang dah sakitkan hati kita.

Air matanya turun laju bagaikan air terjun. Kalau ditadah rasanya mungkin  sepenuh swimming pool di tepi villa. Sememangnya cinta pertama itu memeritkan.

************

Airish sampai ke KL pada jam 12 tengah hari. Dia memandu terus ke rumah mummynya. Sampai sahaja di sana kelihatan kereta Arrash di garaj. Airish memparking(?) kereta dan masuk ke rumah. Masuk-masuk sahaja sudah riuh dengan suara anak-anak Arrash.

"Assalamualaikum"Airish memberi salam.

"Waalaikumsalam. Eh pak ngah dah balik" kata Ariff yang sedang bermain permainan video bersama papanya Arrash.

"Ngah, dah balik?" tegur Arrash pula.

"Haah. Mummy mana?" Airish mengambil tempat disofa. Melepaskan lelah pemanduan.

"Ada kat dapur dengan kak Ana kamu. Katanya nak buat kek coklat" matanya kembali fokus ke tv.

"Wahh sedap tu. Dah lama angah tak makan"

"How's Terengganu? Best? Sarra dengan Hairin sihat?" tanya Arrash lagi

"Diaorang sihat. Alhamdulillah. Cuma tulah tak berjalan pun kat sana. Duduk villa and just jalan kat taman tu je"

"Lah. Kenapa tak jalan-jalan? Kawan-kawan along cakap Terengganu tu best tau"

"Along ni macam tak faham-faham pula tujuan angah ke sana"

"Yelah. So macam mana? Berjaya?"

"Along.. Kalau berjaya dari tadi along dah boleh nampak muka adik ipar along tu kan? Along ada nampak ke?" tanya Airish kembali.

Arrash hanya membalas dengan gelengan. Benar kata Airish tiada bayangan Hairin mahupun Sarra di situ. Masakan mereka bermain hide and seek pula.

"Means misi gagal lah ni?"

"Misi tak gagal eh. Cumanya maybe belum sampai masanya lagi. Lagipula angah kena selesaikan masalah angah dengan Nazirah ni dulu. Selesai je semua nanti barulah angah fokus balik dekat Hairin"

"Terpulanglah ngah. Apa yang angah rasa baik, angah buatlah. Kami semua kat sini tetap menyokong angah"

"Thanks long"

"Eh angah. Bila sampai? Ya allah senyap je kan" tegur Datin Laila yang baru muncul dari dapur.

"Baru je ni ha. Mummy sihat?" Airish menghulur tangan untuk bersalaman dengan Datin Laila

"Sihat. Ni balik seorang je ke?"

Airish hanya mampu membalas dengan senyuman yang hambar.

"Takpelah. Insya allah satu hari nanti pasti terbuka juga pintu hati Hairin untuk terima angah" Datin Laila menepuk bahu

"Insya allah. Mummy doakan untuk angah ye"

"Mummy selalu doakan kebahagiaan anak-anak mummy" Datin Laila memeluk Airish dan mencium ubun-ubunnya. Anak-anaklah sumber kekuatannya.

"Ala-ala nenek dengan pak ngah buat jejak kasihlah pulak"tegur Ariff. Tangan kecilnya menepuk dahi. Kemudiannya dia tertawa.

Mendengar tawa Ariff membuatkan mereka juga tertawa. Sesaat kemudian mereka terdengar suara jeritan Ana dari dapur. Rupanya kek coklat yang dimasak hangus akibat terleka menghadap facebook.

Nasiblah kek saja hangus bukan satu dapur yang hangus.

Oky ni je yng mmpu. Hw tak mengizinkan author nak update :-(  And ya maybe lepas ni author update tiap hujung minggu ye sebb kerja skolah confirm belambak cg bagi😭 sape kata form 4 ni tahun honeymoon😭 tipu je😭 oky bye nk smbung buat hw😅 oh ya btw sorry yng komen tapi author tak balas🙏 busy smpat baca je🙏

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now