Bab 38 (real one)

1.1K 52 10
                                    

Okyyy korangg ni yang real punya. Sorry pasal semalam punya eh otak tak berapa nak betul tu yang taip tah pape😅 ni betul punya author janji😂

"Doktor Hazwan buat apa kat sini?" soal Hairin. Setahu dia Hazwan sudah berpindah ke Kedah. Apa yang dia buat kat sini?

"Ohh saya sebenarnya tengah nak jemput tunang saya" kata Hazwan sambil matanya melilau mencari kelibat tunangnya

"Oh doktor dah bertunang? Alhamdulillah. Tahniah ye. Bila majlis kahwinnya?"

"Insya allah bulan depan. Oh ya nanti jemputlah datang ye. Ajak suami doktor sekali. Ni kad nye" Hazwan menghulurkan kad kahwinnya.

"Kalau takda aral melintang insya allah saya dan suami akan datang" Hairin menyambut kad itu dan menyimpannya di dalam handbagnya.

"Oklah doktor. Tunang saya dah panggil tu. Saya pergi dulu ye" Hazwan meminta diri.

Hairin menyambung semula suapan yang terhenti tadi. Selesai sahaja makan Hairin memandu pulang ke rumah

Jalan raya agak sesak ketika itu memandangkan sekarang waktu makan tengah hari. Dengan sabar Hairin menunggu di dalam kereta. Hairin mengelamun. Dia teringat saat dia dan Airish tak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata.

"Sayang! Kenapa angkat kotak ni?" marah Airish. Kotak yang ada ditangan Hairin diambil.

"Ala dah kalau semua barang dalam stor tu abang nak angkat, rin nak angkat apa?" tangganya dicekak ke pinggang.  Muncung ditarik

"Rin angkat abang jadi raja dalam hati rin jela" Airish mengeyit mata

"Haish abang ni buat pick up line pulak dia" Hairin tersenyum

"Hahahah. Sayang kan tengah mengandung mana boleh buat kerja berat-berat. Lagipun kotak ni kan berat"

"Dah tu rin nak buat apa?"

"Sayang duduk jela kat sofa tu diam-diam. Tak pun apa kata sayang buat video nanti boleh post kat insta"

"Alaa rin takde mood lah nak buat video. Rin nak tolong abang. Lagipun rin kesian dengam abang. Kena angkat semua barang ni"

"Takpelah sayang, abang kan kuat. Sado. Hashtag abang sado" Hairin tergelak mendengar lawak Airish

"Haish yela-yela rin duduk kat bilik kerja lah. Nak baca novel. Nanti abang dah siap kemas abang pergi sana eh"

"Okay sayang. Tapi sebelum tu abang nak hadiah"

"Hadiah apa?"

Airish menghulurkan pipinya.

"Apa?" Hairin buat-buat tak faham

Airish mencebik. Dia berpusing menghala ke pintu

"Ehh abang ada benda kat muka abang"

Airish menurunkan kotak itu. Cepat-cepat dia pergi ke cermin nak tengok apa yang ada kat muka. Pantang kalau ada yang tak kena dengan mukanya. Hairin menghampiri Airish. Chupp. Hairin mencium pipi kanan Airish.

"Heyy! Nakal eh sayang abang ni" Airish mencubit pipi tembam Hairin.

"Sakitlah bang. Baby, tengok papa awak ni,dia cubit pipi mama" Hairin bercakap dengan perutnya yang masih kempis.

Airish menunduk menghadap perut Hairin. "Baby, cepat-cepat keluar tau. Nanti papa cubit pipi baby je tak yah cubit pipi mama. Mama marah papa cubit pipi dia"

Hairin tergelak. Bahagia terasa. Lagi 7 bulan lagi mereka akan menimang cahaya mata. Anugerah yang paling diinginkan oleh setiap pasangan yang berkahwin.

Pinnn!!! Bunyi hon melenyapkan igauan Hairin. Tanpa sedar air mata membasahi pipi. Cepat-cepat Hairin bergerak ke depan. Dia berhenti di bahu jalan sebentar.

Tanggannya memegang perut yang kempis. "Maafkan rin bang. Kalau bukan sebab rin semua ni takkan jadi" Hairin menangis lagi.

*****************
Hairin berlari pantas ke wad Airish. Baru tadi Sarra menelefon dia beritahu keadaan Airish.

"Mummy? Sarra? Rish dah sedar ke?" Hairin menanyakan mummy dan adik iparnya. Datin Laila dan Sarra hanya mampu membalas dengan tangisan.

Hairin semakin pelik. Kenapa perlu menangis? "Mummy, Sarra? Kenapa ni? Rish kenapa?"  Hairin menggoncang tangan Datin Laila dan Sarra. Hairin terus masuk kedalam wad Airish.
Lemah lutut Hairin bila melihat tubuh kaku Airish ditutup seluruh badan dengan selimut.Hairin berjalan lemah ke katil Airish. Ditarik selimut yang menutup wajah Airish. Wajah Airish pucat.

"Abang.." panggil Hairin lirih. "Abang bangun abang. Abang gurau je ni kan? Abang rin mintak maaf kat abang. Rin tahu ni semua salah rin. Abang bangunlahh" Hairin menggoncang tubuh kaku Airish. Dipegang tangan Airish yang sejuk.

"No.no.no. Abang hidup lagi kan? Abang tak tinggalkan rin kan?" Hairin menjerit memangil suaminya

"Abang!!!" Hairin meraung. "Abang bangunlah. Janganlah tinggalkan rin. Rin mintak maaf abang"

Datin Laila dan Sarra cepat-cepat masuk ke dalam bila terdengar Hairin menjerit.

"Rin.. Rish dah takde rin. Rish dah tinggalkan kita rin"  Datin Laila memeluk Hairin.

"Takk!! Rish tak boleh tinggalkan rin. Rish dah janji takkan tinggalkan rin"

"Akak.. Janganlah macam ni. Angah dah takde kak. Angah dah takde" Sarra memujuk Hairin

"Takk!! Abang!! Jangan tinggalkan rin bang!!" Hairin meracau-racau. Dia tersedar apabila terasa ada yang menampar pipinya. Hairin membuka mata. Dia mula tersedar. Rupanya dia tertidur di atas sejadah selepas solat tadi.

"Rin okey tak?" soal Irshad yang berada disisi Hairin

"Bang cad, rish bang cad,rish" Hairin memegang lengan Irshad

"Ye bang cad tahu. Ni tadi Sarra call rin tak dapat. Tu yang dia call bang cad" beritahu Irshad. Hairin dah mula cuak.

"Ada apa Sarra call?"

"Nak cakap pasal rish"

"Kenapa dengan rish?" Hairin sudah tidak sabar mahu tahu. Dia berharap mimpinya tidak menjadi realiti.

"Rish.. Dia.."

"Dia? Dia apa bang cad?"

"Dia...."











Hahahhahah tergantung lagii😂 author mmng suka main gantung- gantung citer nih😂 saja nak kasi saspen sikit😂 btw author nk ckap sikit Hazwan dah mai balik, Airish pun koma lagi pa kata kalau author mati kan watak Airish then tukar Hairin dengan Hazwan 😍 amacam okey dakk??😂😂😂

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now