Bab 40

1.1K 48 6
                                    

Hairin menggeliat kecil. Matanya masih lagi dipejam. Tanggannya meraba-raba mencari bantal peluk. Bantal peluk dia tak jumpa tapi dia terasa yang dia terpegang tangan seorang lelaki. Kasar.

"Bang cad, mana bantal peluk rin ni?" Hairin menggoncang tangan 'Irshad'. Matanya masih lagi dipejam. Bila rasa yang 'Irshad' tidak melayannya, Hairin berpusing-pusing mencari bantal peluk dan hingga ke penghujung katil dan... Gedebushh!

"Auchh sakitnya punggung aku" Hairin menggosok perlahan punggungnya

"Awak okey? Nak saya tolong tak?" tanya seorang lelaki yang berpakaian hospital

Hairin memandang ke atas. Dilihat pakaian lelaki itu berwarna hijau yang menandakan pesakit di hospital. Apabila dia memandang ke arah muka lelaki itu barulah dia perasan. Airish! Hairin bingkas bangun dan memeluk tubuh Airish. Rindunya dia pada lelaki itu.

Lama Hairin memeluk Airish. 1 minit. 2 minit. 3 minit. Airish tidak membalas pelukan Hairin.  Hairin menjadi pelik. Tidak rindu kah dia pada dirinya? Sudah tiada perasaan sayang lagikah? Masih marahkan Airish pada dirinya?

Semua persoalan itu berlegar-legar di dalam fikiran Hairin. Hairin akhirnya melepaskan pelukan dengan juraian air mata. Tangan Airish diraih. Dikucup lembut tangan kasar Airish.

"Abang,rin mintak maaf kat abang. Rin tahu rin banyak dosa dengan abang. Rin tahu ni semua salah rin. Sebab rin anak kita gugur. Sebab rin abang kemalangan. Ni semua salah rin. Rin mintak maaf bang" Hairin merayu dengan Airish. Tapi jawapan yang Airish berikan amat merobek hati Hairin.

"Err puan ni siapa? Kenapa puan mintak maaf kat saya?"

Dushh! Hati Hairin bagai dihempas ke batu. Benarlah Sarra kata Airish amnesia. Buktinya dia sudah tidak mengenali Hairin.

"Abang, abang tak kenal rin ke?" soal Hairin. Air matanya diseka.

Airish menggeleng. Dia lansung tidak mengenali wanita di hadapannya ini. Tiba-tiba sahaja memeluk dan meminta maaf. Sungguh dia keliru. Adakah dia ada hubungan dengan wanita ini?

"Abang ni rin bang. Isteri abang. Takkan abang tak kenal?" Hairin menggoncang tubuh Airish.

"Hish awak ni kenapa? Saya cakap saya tak kenal awak. Saya tak kenallah! " Airish sudah mula meninggikan suara. Terhenjut tubuh Hairin apabila terdengar jeritan Airish. Tak pernah sekalipun Airish meninggikan suara.

"Abang janganlah hukum rin macam ni.."

"Abang.."

"Don't call me abang! I'm not your brother" tangan Hairin dilengannya dtepis kasar

Hairin menangis. Terduduk Hairin dihadapan Airish. Dia sudah tak mampu untuk menahan lagi. Dia bingkas bangun dan mencapai semula beg tangan. Kakinya dihala menuju ke pintu keluar.

Buka sahaja pintu dia terserempak dengan Sarra. Sarra memegang bahu Hairin untuk menghalang pemergian Hairin. Tetapi Hairin hanya pergi begitu saja. Hatinya sakit.

Sarra cepat-cepat masuk ke dalam. Angahnya dihampiri. Bekas makanan yang dibawa tadi dihempas kasar atas meja hospital.

"Apa yang angah dah buat? Angah tahu tak angah dah buat kak rin nangis. Ni mesti angah dah buat hati kak rin sakit kan?" Sarra memarahi angahnya.

"Angah tahu angah salah. Tapi ni untuk kebaikan dia juga dik" Airish menunduk setitik demi setitik air matanya tumpah. Siapa cakap dia suka buat itu semua? Dia pun sakit juga

Sarra yang terperasan akan air mata angahnya terus memeluk angahnya dari belakang. Diusap perlahan bahu angahnya. "Sarra tahu angah pun terseksa juga. Takpelah kalau ini yang angah rasa terbaik untuk korang berdua angah teruskanlah. Sarra tak sokong dan Sarra tak larang. Tapi Sarra hormat keputusan angah"

*************

Sampai sahaja di rumah,Hairin terus naik ke atas. Fitri yang melihat adik ipar a.k.a kawan baiknya itu menangis cepat-cepat berlari mendapatkan Hairin. Bekas makanan yang dipegang tadi dicampak ke tepi.

Pintu bilik Hairin yang dibiarkan terbuka itu memudahkan Fitri untuk masuk.  Hairin sudah tersedu-sedu menangis di atas katil. Fitri menghampiri Hairin dan memeluk tubuh Hairin. Diusap kepala Hairin yang dilitupi tudung.

"Kenapa ni? Bang cad cakap rish dah sedar kan?" soal Fitri lembut

"Rish dia tak ingat aku lagi dah. Dia tak kenal aku. Dia hilang ingatan. Dia amnesia!" Hairin meraung di dalam dakapan Fitri. Fitri terkejut.

"Tapi dia still boleh ingat kau balik kan?"

"Macam mana fit? Dia tak kenal aku fit. Aku pegang dia pun dia taknak"

"Memanglah dia tak kenal kau. Kan kau cakap dia amnesia" Fitri mengetuk perlahan kepala Hairin.

"Sakitlah fit" adu Hairin

"Tahu pun sakit. Hah aku ada idea"

"Idea? Idea apa?"

"Idea untuk kau dapatkan Airish semula"

Hairin mengesat air mata. Terus dia duduk menghadap Fitri.

"Macam mana? Macam mana?" Hairin dah tak sabar nak tahu

"Macam ni.. Apa kata kau ngurat Airish semula" Fitri mengangkat-angkat sebelah keninggnya. Ala-ala Ziana Zain gitu

Hairin yang mendengar sudah terkejut. MENGURAT? Seumur hidup Hairin Danisha tidak pernah sekali dia mengurat lelaki.  Nak dekat dengan lelaki pun dia malu. Uishh gila idea Fitri ni

"Hang gila ke apa fit? Kau tahu kan aku mana pernah rapat dengan lelaki lain sebelum ni"

"Aish tu lelaki lain ni suami kau sendiri. Ala kita buatlah projek memikat suami Hairin" Fitri menepuk tangan.

Nampak sangat terpengaruh dengan drama Projek Memikat Suami. Yela, Fitri ni memang minat giler dengan Aiman Hakim Redza tu.

Hairin meletakkan jari di dagu. Dia berfikir sejenak. 'Hurm kalau dia boleh tunggu aku 7 tahun takkanlah aku nak biarkan dia lupakan aku macam tu je?'

"Baiklah aku akan ikut plan kau"

"Yeayyy!" Fitri bersorak kegembiraan

"So,apa plannya?"

Fitri membisikkan sesuatu ke telinga Hairin. Hairin mendengar dengan penuh khusyuk.

**************

Airish duduk termenung di beranda biliknya. Tadi dia telah dibenarkan pulang ke rumah. Sungguh dia rindukan wanita itu. 3 minggu dia tidak menyedarkan diri. Setiap hari mimpinya pasti akan didatangi Hairin. Hairin menggendong seorang bayi yang sangat comel. Wajahnya persis Airish. Hairin tersenyum kegembiraan. Setiap hari mimpinya sama sahaja. Airish meraup mukanya. Kalaulah bukan sebab perempuan tu, aku mesti dah bahagia sekarang.

Airish teringat sewaktu mereka berjalan-jalan di pantai Port Dickson sebelum ni. Kenangan sewaktu Hairin hampir lemas ketika mandi laut. Tak keruan Airish dibuatnya. Cepat-cepat dia berenang untuk selamatkan Hairin. Setelah ditarik Hairin ke atas pasir,terus sahaja Airish melakukan cpr. Ditekan-tekan dada Hairin. Berulang kali Airish membuatnya hinggalah Hairin tersedar.

Terbatuk-batuk Hairin mengeluarkan sisa air yang masuk ke dalam badannya. Berysukur Airish kerana Hairin tersedar. Terus dipeluknya Hairin.

"Abang, rin mintak maaf sebab tak dengar cakap abang" Hairin menangis didalam pelukan Airish

"Shhh. Dah-dah abang maafkan sayang. Yang penting sayang dah selamat" Airish menenangkan Hairin

"Dah jom naik bilik. Kita rehat kat bilik eh" ajak Airish. Dipimpinnya Hairin ke hotel mereka.

Airish menangis. Sebelum ni dia sudah hampir kehilangan Hairin. Kalau boleh dia nak terus menjaga hati wanita itu, akan tetapi dia terpaksa membuat begini. Dia ada sebab dia sendiri kenapa dia menahan rasa dan membuat semua ini. Dia berharap sangat yang Hairin akan faham kenapa dia lakukan semua ini.

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now