Bab 42

898 41 0
                                    

Airish tergamam. Kenapa Hairin menangis? Ada yang menggangu fikirannya kah? Tanpa membuang masa Airish mengambil tuala muka dan diberikan kepada Hairin. Malangnya Hairin masih lagi menangis. Dia tidak perasan akan kehadiran Airish di sebelah.

"Hairin?" Airish memetik jari di muka Hairin. "Hello? Hairin?" panggil Airish lagi. Bahu Hairin dicuit sikit.

Hairin menoleh ke sisi. Terkejut dia melihat Airish disebelah sambil menghulurkan tuala. 'Eh dia nampak aku menangis ke? Alahai malunya' Hairin menyambut huluran Airish dan mengelap mata dan pipinya yang basah dengan air mata.

"Kenapa awak menangis?" soal Airish.

"Ohh tadi sebab saya teringat novel yang saya baca semalam. Sedih sangat sampai menangis saya dibuatnya. Hahahha" Hairin ketawa

Airish tahu, Hairin menangis bukan sebab novel. Dari raut wajah Hairin saja dia boleh tahu. Sememangnya Hairin tidak pandai menipu.

Airish mengangguk tanda mengerti. "Oh ya tadi awak cakap nak borak dengan saya kan? So jom lah"

"Jom pergi mana?" soal Hairin blurr 

"Jom pergi buat anak" Airish berbisik di telinga Hairin. Hairin merasakan yang pipinya memerah. Malu!.

"Hahhahah kena usik sikit dah merah pipi tu. Dah jom kita borak kat tepi kolam" Airish menarik lengan baju Hairin. Sengaja dia mengusik Hairin. Suka tengok pipi merah Hairin bila malu.

Hairin dan Airish mengambil tempat di gazebo tepi kolam. "Okay. Sekarang jom kita mula borak" kata Airish

Hairin mengeluarkan album perkahwinan mereka. Airish seakan mengagak apa yang akan dilakukan Hairin. Dia tahu yang Hairin sedaya upaya mahu kembalikan 'ingatannya'.

"Okay awak. Ni album perkahwinan kita. Tarikh dia adalah pada 26 haribulan 8. Tahun lepas" Hairin bercerita segalanya tentang majlis perkahwinan mereka dan kenangan-kenangan mereka selama 8 bulan mereka berkahwin serta kenangan waktu sekolah dan waktu Hairin lari ke Mesir.

Airish hanya mendengar dengan tekun segala yang dicelotehkan oleh isterinya. Dia tak sangka pulak yang Hairin masih ingat semuanya. Benarlah kata orang yang perempuan ni mampu mengingat benda yang sudah berkurun(?) lamanya.

Hairin mengambil nafas. Penat kot dok bercerita dari tadi. Yang hairannya Airish masih lagi tekun mendengar. Selalunya Airish lah orang pertama yang akan tidur kalau dengar cerita yang panjang. Ini tidak pulak. Tekun sahaja dia mendengar. Benarlah Airish sudah hilang ingatan.

"And ya rin lah yang jadi penyebab abang kemalangan. Kalaulah rin tak halau abang haritu mesti semua ni takkan jadi" Hairin menyeka air mata yang keluar.

Airish yang melihat terasa ingin mengelap air mata Hairin. Tapi di diamkan sahaja. Rancangannya tidak boleh gagal.

"Sekarang apa yang abang dah ingat?" tanya Hairin setelah air matanya habis dikeluarkan.

"Sorry, but saya tak boleh nak ingat apa-apa" jawab Airish.

Hairin mengeluh perlahan. "Takpelah. Disebabkan abang tak ingat rin and rin pun taknaklah presure abang sangat. So apa kata kita mulakan perkenalan?" Hairin memberikan pendapat. Keningnya diangkat-angkat sebelah.

"Maksud awak? Saya tak faham"

"Macam ni. Kita mulakan perkenalan macam kita ni tak pernah jumpa. And kita akan berkawan macam biasa?"

"Ohh faham-faham" Airish mengangguk kepala

"Baiklah. Nama saya Hairin Danisha binti Khalief Naiem. Saya berumur 25 tahun dan berkerja sebagai doktor perbidanan. Selamat berkenalan" Hairin mengukir senyuman manis bak madu.

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now