Bab 60

1.1K 56 4
                                    

"Waalaikumsalam sayang. Sayang sihat? Dah lama sampai?" tegur Airish. Lega hatinya melihat Hairin di depan mata. Terubat rasa rindu di hati. Ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk wanita di depannya ini. Tapi ditahan saja dulu. 

"S..Sss..sihat" tergagap-gagap Hairin ingin  menjawab. Mana taknya terkeut dia melihat Airish didepannya. Ingatkan bayangan tapi rupanya betul-betul.

"Jom masuk. Takkan nak berdiri kat depan pintu ni? Lagipun abang tengah lapar ni. Mesti mummy dah masak kan? Haih laparnya" pelawa Airish yang kemudiannya berjalan selamba masuk ke dala tanpa menghiraukan Hairin yang terpinga-pinga di muka pintu.

"Aku tengah mimpi ke?" Hairin mencubit kedua-dua pipinya. "Auch! Sakit. Tak mimpi lah ni? Tadi tu memang dia lah? "Hairin menarik nafas dalam-dalam. Hairin pasti ini semua plan Sarra dan Airish. 

"Ish diaorang dua beradik ni memang nak ke nak kenalah. Aku dapat ni memang aku kerat 14!" 

"Fuhh nak kerat abang dengan Sarra 14 eh. Sampai hati!" kata Airish yang entah dari mana muncul di belakang Hairin.

"Abang! terkejutlah rin. Nasib rin takde sakit jantung tau. Kalau tak memang dah jalan rin tadi tau! Haih" Hairin mengurut dada lansung masuk kedalam rumah. Tanpa dia sedari dia memanggil Airish abang dan menggelarkan dirinya rin. 

Airish tersenyum di muka pintu. "Ada peluang lah ni nak dapatkan dia balik. Yes!"

 Ah sudah! Dia pulak yang menggantikan Hairin berdiri di tepi pintu. 

*******************

"So, lepasni rin sambung balik kerja kat hospital lah?" soal Datin Laila sewaktu mereka sekeluarga sedang makan tengah hari

"Haah mummy. Lama sangat dah rin cuti ni. Patient rin tu pun mesti dah rindukan rin" kata Hairin berlawak

"Bukan patient je. Abang pun rindukan rin jugak" sampuk Airish.

Hairin yang mendengar dah tersedak. Cepat-cepat Sarra hulurkan air.

"Angah ni. Kot ye pun nak berlawak janganlah masa makan. Kan dah tersedak rin tu. Rin okey tak ni?" tanya Datin Laila.

"Rin okey mummy. Takpelah rin dah selesai makan. Rin minta diri ke dapur dulu" Hairin terus pergi ke dapur membawa pinggan dan cawan kotor  tanpa menoleh kebelakang.

Fuh. Mahu gugur jantungnya tadi bila Airish kata rindu. Rindu lah sangat. Habistu si Nazirah tu nak campak mana? Bebel Hairin dalam hati. Tangannya ligat membasuh pinggan dan cawan tadi. Setelah itu dia pergi ke ruang tamu.

"Sorry" kata Airish yang tiba-tiba muncul di belakang Hairin.

Kus semangat. Nak luruh jantung woi! Tadi punya terkejut tak habis lagi ni dah ditambah lagi. Hairin mengurut dada.

"Sorry again. Abang tak bermaksud nak terkejutkan rin" Airish bersuara cemas

Hairin hanya pedulikan Airish. Dia mencapai beg tangan dan berlalu ke dapur mencari Datin Laila. Makin lama dia kat sini boleh dapat penyakit terkejut!

"Lah kenapa cepat sangat nak balik? Mummy tak puas lagi nak borak dengan rin" kata Datin Laila. Tak puas lagi rasanya dia nak berbual dengan menantunya ini.  Sudahlah susah mahu berjumpa.

"Maaflah mummy. Rin nak kena balik rumah mama kejap. Nak jumpa Fitri dengan bang cad. Semalam tak sempat jumpa diaorang." Hairin memberi alasan. Padahal semalam berborak habis dengan Fitri sampai ke malam.

"Aik bukan semalam.." belum sempat Sarra nak habiskan ayatnya Hairin dah menyampuk

"Semalam kan mama akak pesan suruh singgah rumah dia? Lagipun akak kan hantar Sarra je ni?" Hairin memberi isyarat mata agar Sarra tidak menceritakan hal sebenar pada Datin Laila.

"Haah.. Lupa pulak Sarra. Takpelah lain kali kita jumpa lagi eh? Terima kasih tau hantarkan Sarra and tumpangkan Sarra dekat Terengganu haritu"

"Sama-sama. Okeylah mummy rin mintak diri dulu. Sarra akak balik dulu" Hairin mencium tangan Datin Laila dan berpelukan. Begitu juga dengan Sarra.

Airish? Hanya menjadi pemerhati sajalah di tepi.

****************

"Kenapa kau balik sini?" tanya Fitri pelik. Popcorn yang sedang dimakan diletak ketepi.

"Lah aku nak balik rumah sendiri pun tak boleh ke?" tanya Hairin semula. Badan dihempas ke sofa. Penat!

"Aku tak cakap pun tak boleh. Cuma aku pelik je. Ingatkan kau tidur rumah mak mentua kau?"

"Takde maknanya aku nak tidur sana. Dahlah ada Airish"

"Airish? Eh bukan kau kata dia outstation ke?" popcorn diambil kembali. Sesi membawang dimulakan.

"Entah. Aku datang tadi elok je dia terpacak kat rumah. Aku rasa dia pakat dengan Sarra lah" popcorn di tangan Fitri diambil sedikit.

"Aku rasa dia still nak baik semula dengan kau lah"

"Baik semula? Heh dalam mimpi lah aku nak baik semula dengan dia. Selagi dia tak ceraikan Nazirah selagi tu aku takkan baik dengan dia"

"Mana boleh macam tu. Kau tahukan Allah tak suka penceraian? Kau sanggup nak robohkan masjid orang?"

"Bukan masjid orang lain pun. Masjid suami sendiri yang tak pernah direstui oleh aku"

"Astaghfirullahhalazim. Patutlah mama cari tak jumpa. Rupanya membawang korang kat sini eh? Ni rin bila masa balik?" tegur Datin Lea. Terbantut sesi membawang mereka.

"Baru je ni ha ma. Papa mana?" tanya Hairin

"Ada kat atas tu dengan Irshad"

"Ha mesti papa dengan bang cad tu pun membawang jugak" kata Hairin berlawak.

"Aish papa kamu tu mana reti membawang ni semua" jawab Datin Lea

"Eh mama tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Bang cad dengan papa baru je daftar group Pakcik Bawang! Hahahhaha" Hairin dan Fitri sama-sama ketawa.

"Hish kamu berdua ni kan. Dah pergi naik atas solat Asar. Dah azan dah tu" arah Datin Lea.

"Aiy aiy kapten!" jawab mereka serentak.

Datin Lea pun berlalu ke atas. Mereka berdua pun menyambung semula sesi membawang tadi.

"Ha berbalik kepada tadi. Memanglah masjid tu kau tak restu. Tapi kau kena ingat yang ikatan perkawhinan adalah ikatan yang paling suci dan diredhai oleh Allah s.w.t"

"Aku tahu.. Tapi.."

"Kau masih sayangkan rish?"

"Sayang"

"Kalau sayang.."

"Hairin Danisha! Fitri Aqiela! Solat sekarang! " jerit Datin Laila dari atas

"Baik mama!" jawab mereka serentak. Lalu bemulalah perebutan di tangga antara Fitri dan Hairin.

"Tepilah! Aku nak naik"

"Eh kau lah tepi. Aku nak naik"

"Hello, aku ni kakak ipar kau tau hormat sikit. Bagi aku naik dulu" Fitri menjegil ke arah Hairin.

Hairin membalas pandangan mata Fitri.

"Lahh dah kenapa rin dgan Fitri duk tenung mata? Ada perlawanan lawan mata ke apa?" tegur Irshad. Pelik melihat isteri dan adiknya yang sibuk berlawan mata.

"Rin nak naik tangga"

"Fit nak naik tangga"

Jawab mereka serentak.

"Ha? Tangga punyalah besar takkan tak muat kot? Rasanya korang ni takdelah besar manapun" kata Irshad. Rasanya dah cukup besar dah tangga rumah ni.

Fitri dan Hairin saling berpandangan. Kemudian mata mereka terarah pada tangga di dibawah. Akhirnya mereka sama-sama ketawa menyedari kesilapan sendiri.

So ya sorry lambat update. Lepasni maybe lambat lagi sebab next week ada exam so bagi Intan focus kat exam baru Intan update okey? 😘

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now