Bab 44

1K 50 0
                                    

Airish masih berteleku di atas sejadah. Terlayar di ingatan memori di kampung halaman dulu. Sewaktu dia dan Arrash masih kanak-kanak. Manakala Sarra masih berusia 3 tahun. Waktu itu dialah budak yang paling nakal. Paling banyak mulut. Macam mulut murai kata Sarra. Mana taknya 24 jam dok bercakap je. Nak tunggu dia senyap, bila tidur saja. Barulah aman. Kalau tidak membebel dan memekak saja kerjanya.

"Daddy ni pokok apa?" soal Airish. Tangannya menunjuk ke rumput di tanah. Waktu itu mereka sedang berjalan-jalan di dalam dusun.

"Ni bukan pokok angah, ni rumput" jawab Dato Hanif

"Rumput? Rumput bukan kat padang ke? Kenapa rumput ni ada kat sini?" soal Airish lagi.

"Rumput tumbuh kat mana- mana jelah angah" jawab Arrash. Tanggannya memegang bakul untuk mengisi buah-buahan yang mereka bakal petik.

"Hmm kat sini takde strawberry ke mummy? "Airish bertanya pada Datin Laila. Matanya melilau di sekeliling dusun itu. Tubuhnya yang kecil agak menyukarkan pandangannya.

"Sini bukan cameron highland lah ngah. Ni dusun kampung. Semuanya buah-buahan tempatan" Datin Laila menjawab soalan anaknya dengan lembut.

"Betul tu buah-buahan tempatan. Jambu!" Dato Hanif membuat lawak Dato Ac Mizal ketika di Maharaja Lawak.

Datin Laila, Arrash, Airish dan Sarra masing-masing menepuk dahi mendengar lawak Dato Hanif. Menyedari yang lawaknya tidak mendapat sambutan, Dato Hanif menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mereka sekeluarga kemudiannya ketawa bersama.

Mereka meneruskan perjalanan di sekitar kebun. Banyak buah-buahan yang sudah masak di pokok. Dato Hanif mencapai galah untuk menjolok buah-buahan tersebut. Kemudiannya mereka bergerak ke pangkin untuk makan buah-buahan tadi.

"Wahhh ada ujian lah" mata Sarra bersinar melihat buah durian yang sudah dikopek itu

"Bukan ujianlah adik. Itu buah rambutan!" usik Airish. Tangan kirinya membuat high five dengan Arrash.

Sarra menarik muka masam. Bibirnya dimuncungkan. Bengang dengan perilaku abang-abangnya.

"Angah! Along! Kenapa buat adik macam tu?" marah Datin Laila. "Tu bukan ujian sayang. Ujian tu yang along buat kat sekolah. Ni buah durian sayang" Datin Laila memujuk puteri tunggalnya.

"Dah-dah toksah nak buat drama kat sini. Mari kita makan" kata Dato Hanif. Malas nak tengok drama. Bagi dia daripada tengok drama tak berbayar tu baik dia isi perut dengan buah-buahan di depan ni.

Memori tentang daddynya terhapus bila terdengar suara Sarra yang memanggilnya. Airish cepat-cepat mengelap air matanya. Entah bila masa air matanya jatuh pun dia tidak sedar.

"Angah? Are you okay?" soal Sarra. Dia duduk bersimpuh di sebelah angahnya.

"Ya I'm okay" Airish cuba mengukir senyuman.

"No you are not. Mata angah merah. Angah nangis eh?" Sarra melentokkan bahu di dada Airish. Semenjak arwah Dato Hanif meninggal dunia, Sarra makin rapat dengan Airish.

Airish mengusap tangan Sarra. Lagak mereka seakan pasangan suami isteri.

"Angah okay. Cuma angah teringat kenangan kita dengan arwah daddy. Masa tu umur Sarra baru 3 tahun. Sarra ingat tak masa kita jalan-jalan kat dusun atok dulu?"

Sarra hanya mengangguk.

"Masa Sarra sebut buah durian tu ujian" Airish dan Sarra tergelak.

"Hurm masa tu along dengan angah selalu kacau Sarra. Lepastu mummy marah. Then bila daddy nampak dia kata kita tengah buat drama tak berbayar" mereka ketawa lagi.

"Sarra rindu daddy" Sarra mula menangis. Airish memeluk adiknya. Diusap lembut kepala Sarra.

"Angah pun rindukan daddy. Kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah eh. Semoga arwah daddy ditempatkan di antara orang-orang yang terpilih"

Sarra terus menangis. Mereka semua sebenarnya masih lagi mencari pembunuh yang membunuh daddy mereka. Ya Dato Hanif dibunuh. Motif pembunuh tersebut masih lagi tidak diketahui. Setahu mereka, Dato Hanif memang tiada musuh. Sikap profesional dan ramah yang ditunjukkan Dato Hanif membuatkan semua pekerja dan orang sekeliling berasa senang dengganya.

***************

Hairin, Raiya dan Raina melangkah masuk ke dalam mall. Harini Hairin mahu membawa si kembar berjalan-jalan di dalam mall. Memandangkan harini cuti. Dia juga sebenarnya mahu mencari baju baru. Kerana baju-baju dalam almarinya semuanya besar-besar. Yelah Hairin kan mengandung sebelum ni jadi dia mengosongkan pakaian-pakaiannya yang lain dan menggantikan dengan baju-baju yang lebih besar. Pakaian-pakaian itu semua dihantar ke rumah kebajikan.

"Mak ucu kita nak beli apa kat sini?" tanya Raiya. Matanya melilau melihat orang-orang disekeliling. Hari minggu pasti saja ramai yang datang untuk membeli-belah. Tak kurang juga yang hanya mencuci mata.

"Raiya dengan Raina teman mak ucu beli baju boleh?" tanya Hairin kembali. Tangan kiri dan kanannya cermat memegang tangan si kecil. Bimbang terlepas. Yelah kes penculikan kini semakin berleluasa.

"Boleh-boleh" jawab kembar serentak. "Tapi lepastu mak ucu kena belikan kitaorang ais krim" sambung Raina.

"Boleh sayang. Anything for my beautiful girls" Hairin memeluk bahu mereka. "Tapi sebelum tu kita selfie dulu" Hairin mengeluarkan iphonenya dan menangkap gambar.

Kemudian Hairin mengepost(?) di akaun instagram milik kembar. Akaun tu sebenarnya Hairin yang wujudkan untuk kembar.

*Photo* - Spend time dengan mak ucu today! @HD1997_                        POST!

Setelah itu mereka memulakan pencarian. Butik demi butik mereka pergi namun tiada satu pun yang berkenan di hati. Kembar sudah mula penat. Tetapi Hairin masih lagi ingin mencari pakaian baru.

Sedang Hairin leka melihat pakaian di butik-butik dia terlanggar seseorang. Bum! Hairin terjatuh.

"Maaf. Awak tak apa-apa?" tanya orang itu

"Awak?" Hairin sedikit menjerit. Terkejut melihat jejaka didepannya






★★★★Notes and Promote★★★★

Promote~

Love You Miss Purdah by @aliazahrin

Notes~

Sorry sangat sebab lambat update. Lately ni asyik tak sihat. Idea pun makin kering. Tab? Jangan tanyalah still problem lagi😪 haihh banyak betul dugaan nak menyiapkan citer ni. And kepada yang selalu comment suruh update lagi tu author mntak maaf sangat. Author tak boleh nak ikut kemahuan korang. Maybe lepas ni author akan slow update sampai segala masalah ni selesai. Sebab author target nak habiskan ISQS  tahun ni jugak. Maybe hujung bulan depan? Lepastu insya allah ada citer lain pulak. Dah ada dlam draft cuma tunggu masa nak released je. Tu je yang author nak ckap. Goodnight readers🌃 .

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now