Bab 52

1K 58 4
                                    

Nampak tak atas tu author tulis Bab 52? Sepatutnya Bab 51 sebab author copy balik yang bab 51 punya tapi disebabkan malas nak republish author buat Bab 52 and yang pasti bab kali ni panjang sikit untuk cover sikit Bab 52 yang sepatutnya.. Oky teruskan membaca💋

"Sebenarnya aku cuma nak uji rin je. Aku cuma nak tengok kesetiaan dia dengan aku tu je. Aku tak jangka pulak akan jadi macam ni" Airish menunduk kesal. Sungguh dia menyesali dengan perbuatannya.

"Uji? Are you kidding me rish? Kau fikir rin tu bahan eksperimen ke untuk kau uji? Rin tu ada hati perasaan. Sepatutnya dia yang uji kesetiaan kau bukannya kau yang uji dia. Kau yang buat masalah dengan Nazirah lepastu kau sakitkan hati dia"

"Tapi dia punca anak kami gugur. Dan dia curang dengan aku. Dia ada scandal dengan Hazwan"

"So kau nak salahkan rin lah sebab anak korang gugur? Kau tahu tak emosi perempuan masa mengandung ni tak menentu. Perasaan dia sensitif. Dan bila dia nampak kau dengan Nazirah, macam-macam yang dia boleh fikir tahu"

"Argh aku serabutlah!" Airish meraup rambutnya kasar

"Macam ni lah rish. Kalau kau betul nak kahwin dengan Nazirah go on. Tapi satu je yang aku minta. Lepaskan rin. Tolong jangan buat dia terseksa. Aku tak sanggup tengok dia menangis lagi"

"Tak. Aku takkan ceraikan rin. Aku masih sayangkan rin"

"Kalau kau sayangkan dia lagi, then tinggalkan Nazirah"

"No. Aku tak boleh" Airish menggeleng. Dia benar-benar tidak boleh tinggalkan Nazirah. Andai sahaja perkara itu tak berlaku pasti..

"Tapi kenapa? Kau dah sayangkan dia?"

"Bukan fit. Tapi dalam perut dia ada benih aku" Airish berkata agak perlahan. Bimbang didengari orang sekeliling.

"What?! Ya allah apa yang kau dah buat ni rish? Kau dah gila ke apa?" Fitri benar-benar tak menyangka Airish akan melakukan perkara terkutuk sebegitu.

"Sumpah weh ni bukan kehendak aku. Aku sendiri tak sedar masa tu. Then bila aku dah sedar aku nampak Nazirah tengah teresak-esak menangis. Demi Allah aku tak terniat pun nak buat semua ni" Airish mengangkat tangan. Gayanya seperti sedang bersumpah.

"Jadi sebab tulah kau nak kahwin dengan Nazirah?"

Airish mengangguk. Kalaulah masa boleh di undur pasti dia takkan melakukan uji kaji yang bodoh ni.

"Bila kau akan bernikah dengan Nazirah?"

"Dalam masa 3 minggu lagi" Airish mengeluh. Mampukah dia menganggap Nazirah sebagai isterinya setelah dia tahu tentang keburukan Nazirah?

"Macam ni lah rish. Aku dah whatsapp alamat tempat tinggal rin kat Terengganu. Dia duduk dekat villa keluarga kitaorang. Okeylah rish aku balik dulu. Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum" Fitri meminta diri.

"Waalaikumsalam. Thanks fit sebab bagitahu aku semua ni"

"Welcome rish"

Airish merenung kosong gelas didepannya. Entah kenapa dia bodoh kerana percayakan Nazirah dulu. Airish teringat kata-kata mummnya siang tadi. Benar dia tidak boleh melepaskan peluang yang ada. Dia mesti segera merebut peluang. Airish kembali melihat alamat villa Hairin di Terengganu. Dia mencapai kunci kereta dan beredar setelah membayar di kaunter.

Setelah mempacking(?) baju dan barang-barang peribadanya Airish mula memandu ke Terengganu.  Perjalanan yang agak memenatkan dari KL ke Terengganu itu mula mengurangkan semangat Airish. Tapi dia cepat-cepat bangun. Dia tidak boleh membiarkan perkahwinan dia dan Hairin berakhir begitu sahaja. Dia mesti menerangkan perkara yang sebenar pada Hairin.

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now