Bab 47

948 51 6
                                    

"Betul ke apa yang kau nak buat ni rin?" soal Fitri. Matanya melihat Hairin yang sedang memasukkan beg-beg kedalam bonet kereta Honda Jazz miliknya.

"Betullah. Apa yang tak betulnya?" soal Hairin semula. Jarinya mengira jumlah beg yang ada. Hm dalam 5 beg je. Tak banyak mana pun kan? Campur dengan beg tangan baru 6.

"Kau tak nak siasat dulu ke? Mungkin kau dah salah faham ke?" Fitri cuba memujuk Hairin.

"Nak siasat apa fit? Dah jelas. Dah terang. Dia cakap depan mummy, Sarra and aku yang dia nak kahwin dengan perempuan tu. Kau pun tahu kan rish tu macam mana? Dia seorang yang straight dengan keputusan yang dia buat. Dah takde makna aku duduk kat sini lagi"

"Habistu rancangan kita macam mana? Takkan kau nak biarkan je?"

Hairin menoleh melihat Fitri di belakang.

"Rancangan kau. Untuk apa aku teruskan rancangan tu? Hati dia bukan milik aku lagi. Aku hanya ada jasad dia sahaja. Bukan hati dia. Mungkin kesalahan aku terlalu besar kot. Tu yang susah dia nak maafkan aku"

"Rin betul-betul nak pergi ke?" soal Datin Lea yang menghampiri mereka. Dato Khalief disamping isterinya.

Hairin mengangguk.

"Rin jaga diri eh kat sana. Kalau ada apa-apa cepat-cepat telefon kami tau" pesan Datin Lea

"Insya allah mama. Mama tak payah lah risau. Rin dah besar. Rin boleh jaga diri rin sendiri"

"Rin, papa kalau boleh taknaklah masuk campur urusan rumah tangga rin. Tapi pada papa lebih baik kalau rin berbincang dulu dengan rish. Rin pun dah tahu kan yang rish main-main je? Papa bukan apa papa kalau boleh taknaklah hati anak papa ni sakit lagi"

"Takpelah papa. Mungkin jodoh kami sampai sini je. Rin redha dengan ketentuan ni. Cuma rin minta papa dan mama restui pemergian rin. Insya allah bila hati rin dah terubat, rin akan pulang semula. Tapi bukan dalam masa terdekat. Rin nak mulakan hidup baru dekat sana. Dah pukul 12 ni. Takut lambat pulak sampai sana. Rin minta diri dulu mama, papa" Hairin menyalam tangan Datin Laila dan Dato Khalief. Dipeluk erat dua orang insan yang melahirkan dan membesarkannya. Berjuraian air mata Datin Lea. Berat hatinya melepaskan puterinya.

Hairin beralih kepada Fitri. Dipeluk erat tubuh sahabat baiknya itu.

"Kau jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan. Jadi isteri yang baik. Dengar cakap abang cad. Jangan jadi macam aku. Jadi ibu yang penyayang untuk anak-anak kau. Sampaikan salam rindu aku pada Raisya dan Raina. Sampaikan juga salam rindu aku kat abang cad. Cakap kat dia, terima kasih sebab jadi abang yang selalu melindungi adiknya. Rin bertuah sangat dapat abang cad" Fitri menangis.

"Rin taknak tunggu bang cad balik ke?" soal Datin Laila.

"Takpelah mama. Rin tahu bang cad takkan setuju dengan apa yang rin buat ni. Oklah, mama,papa rin gerak dulu. Fit aku pergi dulu eh. Assalamualaikum" Hairin masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya mula bergerak pergi.

Datin Lea menangis teresak-esak di dada suaminya. Fitri di sebelah cuba memujuk ibu mertuanya.

"Sudahlah Lea. Rin bukannya pergi tak kembali pun" pujuk Dato Khalief

Datin Lea memukul lembut dada suaminya. "Abang ni. Ada kata pergi tak kembali pulak. Pergi tak kembali tu dah mati namanya"

"Abang cakap je. Tak maksudkan pun"

"Err mama,papa. Fit rasa better kalau kita masuk sekarang. Sebab jiran-jiran dah ramai berkumpul depan rumah tengok drama tak barbayar papa dengan mama" Fitri menggaru kepala. Matanya melihat jiran-jiran di depan.

Datin Lea dan Dato Khalief termalu sendiri. Cepat-cepat mereka bertiga masuk ke dalam rumah.

*************
Oky guys, author nak cakap yang cerita Hairin dekat Terengganu adalah rekaan semata-mata. Termasuklah tempat-tempat di sini. Honestly author dah lama giler tak pergi Terengganu, and author pun malas nak search google tempat-tempat kat Terengganu. Oky enjoy reading!

Hairin tiba di Villa keluarganya pada jam 6 petang. Perjalanan dari KL ke Terengganu yang selalunya mengambil masa 3-4 jam kini mengambil masa selama 6 jam disebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk.

Hairin memberi salam sebelum masuk. Sudah 20 tahun dia tidak melangkah masuk ke rumah ini. Banyak sungguh kenangan dia dan arwah Naiem disini. Hairin menggendong beg tangan dan menarik dua buah beg roda yang berisi pakaian. Lagi 3 beg esok baru dia ambil.

Dato Khalief mengupah orang untuk membersihkan villa ini seminggu sekali. Walaupun villa ini tidak berpenghuni tetapi takkan lah nak dibiarkan begitu sahaja kan?. Villa ni pun agak besar. 3 tingkat pulak tu. Tapi tingkat atas sekali merupakan kolam renang. Hairin yang meminta begitu dulu.

Villa ni pun direka khas mengikut citarasa kanak-kanak Hairin. Yelah sebelum mereka berpindah ke KL, Hairin dan kelurganya tinggal disini. Tetapi sejak arwah Naiem dan Naiemah meninggal dunia mereka berpindah ke KL. Kebetulan Dato Khalief ingin membuka perniagaan di KL. Hairin pun pada waktu itu sering demam panas kerana merindukan arwah Naiem. Risau dengan keadaan Hairin mereka cepat-cepat pindah ke KL.

"New home. New life. And new Hairin Danisha" Hairin menghempas badan ke atas sofa. Pin tudung dibuka. Shawl dilucut dari kepala.

"Laparlah pulak perut ni. Dalam peti ais memang takdelah makanan. Haihh nak tak nak kenalah cari kedai makan"

Hairin menarik beg rodanya ke tingkat atas. Nasiblah villa ni ada lif. Kalau tidak memang mahu patahlah tulang Hairin mengangkat beg-begnya.

Setelah membersihkan badan dan solat maghrib, Hairin keluar untuk mencari kedai makan. Perut yang lapar harus diisi.

Setelah memandu selama 15 minit Hairin akhirnya berhenti di sebuah restoran makanan barat.

Hairin memilih tempat yang agak tersorok. Jauh sikit dari hingar-bingar manusia. Setelah pelayan mengambil pesanan Hairin mengeluarkan Iphone nya. Dibuka aplikasi Instagram.
Melihat tiada apa yang menarik, Hairin membuka galeri. Dia klik pada gambar si kembar. Rindu pula pada budak dua orang tu. Setelah itu barulah dia teringat yang dia belum menelefon keluarga di KL.

Hairin cepat-cepat mendail telefon mamanya. 15 saat kemudian talian pun bersambung.

"Assalamualaikum, mama"

"Waalaikumsalam. Rin! Baru sampai ke? Jalan jammed eh?"

"Eh taklah rin sampai pukul 6 tadi. Jalan jammed"

"Pukul 6 sampai baru ni nak call mama?"

"Sorry mama. Rin penat tadi. Ni pun rin tengah makan. Dalam peti ais takde makanan tu yang rin makan luar ni"

"Ha yelah. Macam mana Terengganu?"

"Mama! Rin baru sampai kot. Manalah rin nak tahu. Esok baru ingat nak pusing-pusing sekitar sini"

"Sorry. Mama excited sikit. Lagipun mama kan dah lama tak pergi sana"

"Mama, bang cad oky?"

"Heh, takde maknanya dia nak oky. Mengamuk jugak memula tadi. Lepastu papa nasihatkan dia senyaplah dia. Rish pun tadi dia datang sini"

"Oh. Okylah ma. Rin nak makan dulu eh. Nanti esok rin call balik. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Hairin menutup phone dan mula makan makanannya.

Sorry tengah malam baru dapat update 😓 dah mlam baru free.

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now