Bab 49

926 55 8
                                    

"Assalamualaikum! Kak ngah! Oo kak ngah! Assalamualaikum!" Sarra memberi salam di luar. Sudah 3 minit dia tercongok dekat luar menunggu Hairin membuka pintu. Peluh yang mengalir di dahi diseka dengan tangan. Panas terik mentari sungguh merimaskan Sarra.

"Mana kak ngah ni. Dahlah panas kat luar ni. Dengan kaki sakit ni. Aduihh. Menyesal pulak naik pak mat. Kalau tahu tadi drive je datang sini. Untung-untung aku boleh pergi makan keropok lekor dulu" rungut Sarra. Dia duduk mencangkung di hadapan beg bagasinya.

Setelah 15 minit menunggu, muncul kereta Hairin di hadapan. Hairin yang melihat seperti ada orang didepan villanya segera keluar.

"Ya allah Sarra! Sarra buat apa kat sini?"

"Kak ngah! Akak pergi mana? Penat Sarra tunggu tahu tak. Dahlah tengah panas ni"

"Akak keluar kejap. Ni Sarra datang sorang ke? Mummy mana? Datang naik apa?"

"Haah. Sorang. Mummy tak ikut. Sarra naik pak mat tapi dia dah balik dulu"

"Ha yelah. Dah jom masuk" Hairin mengajak Sarra masuk.

"Wahh besar giler villa ni. Akak duduk sensorang? Tak takut ke?"

"Nak takut apa?"

"Wuuuu hantuuuuu hihihihi" Sarra mengilai seperti hantu

Hairin menepuk bahu Sarra. "Haish kamu ni"

"Hehehhe Sarra saja je. Ni akak masak apa makan tengah hari ni?"

"Tak masak. Barang dapur dah habis. Akak belum beli lagi. Kita makan luar je lah akak belanja eh?"

"Cantekk ah kak. Jomlah kak. Sarra lapar ni"

"Lapar je kerja dia. Badan cekeding je"

"Heheheh"

"Dah jom. Beg tu biar je dulu nanti balik baru kita angkat naik atas"

Kemudian mereka mula bergerak ke kedai makan. Hairin membawa Sarra pergi ke kedai makan berdekatan villa nya.

"Akak duduk sini sampai bila?" soal Sarra. Tanggannya bermain dengan straw didalam gelas yang berisi air sirap itu.

"Entah. Mungkin sampai bila-bila?" Hairin tersenyum pahit. Matanya memerhati sebuah keluarga yang turut berada di kedai itu. Keluarga itu kelihatan begitu bahagia. Dia teringat akan anaknya. Kalaulah dia tidak keguguran dulu. Mungkin semua ni takkan berlaku. Hairin menghela nafas.

"Akak.. Sarra faham akak terasa dengan sikap angah. Tapi..  sebenarnya kak.. Ada benda yang kami rahsiakan dari akak" Sarra tunduk menekur lantai kedai.

"Tentang angah yang pura-pura amnesia tu?" 

Sarra terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut kakak iparnya.

"Ak..aka..akak..tt..ttahu?" tergagap-gagap Sarra bertanya. Jika benar Hairin sudah tahu, masak dia.

Hairin menggangguk. Tersenyum dia melihat Sarra yang kelihatan takut itu.

"Sarra tak payah risaulah. Akak tak marah Sarra pun. Dan akak tak salahkan angah. Akak faham. Semua ni salah akak. Kalaulah akak tak keguguran masa tu mesti semua ni takkan jadi" Hairin sudah mula mahu nangis.

"Haish dahlah tu kak. Semua ni dah ketentuan Allah. Dah memang tertulis belum masanya untuk akak dan angah menimang cahaya mata. Akak sabar eh. Sarra yakin hubungan akak dan angah akan kembali pulih eh" Sarra menggosok tangan Hairin lembut.

Hairin menggangguk. "Insya allah". Hairin bersyukur kerana Sarra sanggup datang dari jauh untuk menjenguknya disini.

***************

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now