Bab 63

775 26 3
                                    

Pagi itu Airish bangun dengan hati yang senang. Tidak seperti sebelum ini. Dadanya yang sebelum ini sesak terasa lapang. Lihat sahaja cinta hati disebelah. Tersenyum sampai ke telinga. Airish meniup telinga Hairin untuk mengejutkan isterinya yang sedang lena tidur.

Hairin yang terasa tidurnya diganggu mengumam perlahan. Entah apa yang Hairin bicarakan tidak dapat Airish tafsirkan. Airish tergelak sendirian kerana berasakan ianya lucu.

"Sayang.. bangun. Dah subuh ni" Airish menggoncang perlahan bahu Hairin.

Hairin perlahan-lahan membuka mata. Terasa berat pula kelopak mata ni. Kalau boleh mahu saja terus sambung tidur. Tapi apakan daya, tugas sebagai umat Islam harus dilaksanakan. Digosok-gosok mata. Celik sahaja mata Airish sudah tersenyum meleret memandangnya.

"Morning sayang" kata Airish lalu mencium dahi Hairin. Tempat yang sama sewaktu mereka bernikah dahulu.

"Morning abang"

"Jom solat dulu. Dah subuh dah ni. Lagipun abang dah lama kan tak imamkan sayang?"

Hairin hanya mengangguk. Airish kemudiannya bangun dan bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhu. Sementara Hairin masih lagi bermalas-malasan di atas katil.

Setelah Airish keluar barulah Hairin bergerak ke bilik air. Mereka kemudiannya bersama-sama menunaikan ibadah solat diimamkan Airish.

Doa mereka agar mahligai yang dibina ini kekal hingga ke jannah. Moga mereka berdua tabah menghadapi dugaan dan cabaran rumah tangga di kemudian hari. Dan semoga mereka dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Hairin menyalami tangan Airish. Airish membalas dengan mencium dahi isterinya.

Selesai sahaja Hairin terus naik ke katil. Meneruskan aktiviti tidurnya.

***************

Sudah 3 bulan sejak mereka berbaik semula. Sudah 3 bulan jugalah mereka berpindah ke rumah baru. Kondominium mereka telah dijual semula. Airish kemudiannya membeli sebuah rumah banglo sederhana besar berdekatan dengan rumah keluarga Hairin.

"Sayang, okay tak ni ? kita pergi klinik eh ?" tanya Airish di luar. Sudah dekat 3 jam Hairin keluar masuk bilik air akibat muntah-muntah.

Hairin keluar dari bilik air. Dia mengambil tempat di sebelah suaminya. "Tak larat lah bang. Nanti rin makan ubat okaylah ni" kata Hairin.

"Kalau sayang tak larat, abang call Saffiya eh ? suruh dia tengokkan sayang"

Hairin hanya mengangguk. Kepalanya berdenyut sakit. Dia kemudian berbaring di atas katil.

Setelah memberitahu keadaan Hairin kepada Saffiya, Airish turun ke bawah untuk menyiapkan bubur Hairin.

30 minit kemudian Saffiya datang bersama Iyad. Kebetulan sewaktu Airish menelefon Saffiya tadi Iyad turut berada di sana.

"Masuklah fiya, yad. Hairin ada kat atas tu. Kau tengokkanlah dia. Dari minggu lepas macam tu. Harini makin teruk pulak dia. Risau aku" kata Arish.

"Haish kau ni. Tak payah risaulah. Rin okay je tu. Ni aku naik dulu" kata Safiyya lalu menuju ke tingkat atas.

Selesai sahaja Saffiya memeriksa Hairin, mereka berbual sebentar.

"Rin, last kau datang bulan bila ?" tanya Saffiya.

"Hurm tak silap 3 bulan yang lepas. Kenapa ?"

"Are you kidding me rin ? takkan kau tak faham maksudnya ?" soal Saffiya teruja.

1 saat

2 saat

3 saat

"Ya allah ! betul ke fiya ?"

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now