Bab 45

1.1K 52 2
                                    

"Hairin? Tak sangka jumpa awak kat sini" kata jejaka itu lagi

"Ah ya. Saya pun tak sangka jumpa awak kat sini" Hairin cuba bangun. Punggungnya terasa sakit.

"Awak okey tak? Nak saya bawak awak pergi klinik?"

"Er it's okey. Sikit je ni. Tak sakit mana pun. By the way Hazwan buat apa kat sini?" tanya Hairin kembali

"Saya.. Er.. Saja je jalan-jalan kat sini. Hairin pulak buat apa kat sini? And kembar yang comel ni pulak siapa?" mata Hazwan melirik kepada dua budak comel disisi Hairin.

"Ohh. Saya nak cari baju sebenarnya. Baju kat almari tu semua besar-besar sangat. Kembar ni pulak anak buah saya. Kebetulan diaorang ada kat rumah tu yang bawak sekali. Buat teman. Raiya,Raina salam uncle"

Raiya dan Raina mengikut arahan Hairin. Mereka menyalam tangan Hazwan. Hazwan mengosok lembut rambut kembar.

"Erm okeylah Hazwan, saya pergi dulu lah. Bye. Assalamualaikum" Hairin meminta diri

Hazwan menghantar pemergian Hairin dengan ekor mata. Dia tersenyum sinis.

******************

"You nak pergi mana lagi ni? Dah dekat 3 jam tahu tak kita kat sini" Airish mengeluh. Tangannya sudah lenguh menjinjing beg-beg yang berisi pakaian, beg dan kasut yang berjenama.

"Nantilah kejap. I ada banyak lagi benda nak shopping ni." balas Nazirah. Tangannya membelek-belek pakaian-pakaian yang digantung di rak. Yang pasti, pakaian itu kesemuanya seksi-seksi belaka.

Airish mengeluh lagi. Entah buat keberapa kalinya dia mengeluh dia pun tidak tahu. Rasa menyesal pun ada mengikut wanita itu keluar bershopping. Kalaulah dia tahu akan jadi begini memang dia takkan ikut. Dia lagi rela duduk rumah jaga Lavender.

"You ni boleh tak berhenti mengeluh? Asyik mengeluh je dari tadi. Bosan tahu tak?" rungut Nazirah

"Ergh fine! I tak mengeluh. Tapi you boleh cepat sikit? I lapar tahu tak?" marah Airish. Sudahlah pagi tadi dia tidak sempat bersarapan. Nasib dapat minum air.

"Hish yelah-yelah I pergi bayar kejap" Nazirah mengambil beberapa helai baju dan membawanya ke kaunter untuk dibayar.

Airish keluar dari butik. Malas nak tunggu kat dalam. Dahlah dari tadi pekerja butik tu asyik pandang dia je. Naik rimas pun ada. Dahlah penat tunggu Nazirah.

Mata Airish terpandang dua orang kanak-kanak. Dia ingin menghampiri kanak-kanak tersebut kerana dia fikir yang mereka bersama dengan ibu dan ayah mereka. Tiba-tiba dia terpandang Hairin. Dia pun fikir mahu mahu menegur Hairin tanpa menghiraukan kembar. Baru sahaja 5 tapak dia melangkah, dia ternampak Hazwan pula. Hairin dan Hazwan berbual dengan mesra. Kembar juga nampaknya selesa dengan Hazwan.

Setahunya, kembar susah mahu selesa dengan orang yang tidak dikenali. Airish mengeluh.

"Patutlah wife you to dah tak jumpa you lagi. Dah ada pengganti rupanya" Nazirah turut memerhati Hairin.

"Apa maksud you ni?" tanya Airish. Riak mukanya menunjukkan yang dia agak kurang senang dengan percakapan Nazirah.

"Laa takkan you tak tahu?" Nazirah cuba memancing perhatian Airish

"Yang wife you dah couple dengan mamat tu"

"What?!" Airish terkejut dengan pengakuan Nazirah. Hatinya sakit. "Mana you tahu?"

"Haritu I pergi buat medical check up lepastu I dengarlah nurse-nurse kat situ cakap"

"Dah jom I hantar you balik" Airish berjalan mendahului Nazirah. Hatinya bagai disiat-siat bila mendengar itu semua.

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now