Bab 46

932 54 10
                                    

Sorry for the late post🙏 idea kering kontang. Ini je yang mampu and harap korang enjoy lah eh

"Err mummy rish kat mana? Rin tengok kat bilik takde pun?" tanya Hairin. Matanya melilau mencari batang tubuh Airish.

"Tadi angah keluar. Kejap lagi dia baliklah kot" jawab Sarra yang sedang duduk di sofa menonton tv

"Ohh" Hairin mengambil tempat di sebelah Sarra

"Angah keluar dengan siapa?"

Sarra mengangkat bahu. Matanya masih lagi melihat tv.

Hairin melirik jam di tangan. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Airish tak balik makan ke?

"Kak ngah takyah risau lah. Kejap lagi baliklah angah tu. Tak lari mana pun dia" Sarra memerli Hairin

"Takdelah. Sekarang kan masa makan tengah hari. Takkanlah tak balik makan?" penat-penat dia masak tadi takkan Airsh tak balik makan?. "Pukul berapa tadi angah keluar?"

"Pagi lagi. Lepas breakfast"

"Lamanya. Dia keluar dengan siapa?"

"Entah. Tak cakap pulak"

15 minit kemudian, terdengar bunyi kereta Airish di luar. Hairin cepat-cepat menunggu di pintu masuk untuk menyambut suami terchenta!

Tiba-tiba mata Hairin tertancap pada figura di sebelah Airish.

"Eh rin. Buat apa kat sini?" tegur Airish

"Err rin saja je datang nak jenguk mummy. Rish baru balik ke?" Hairin cuba memaniskan senyuman. Padahal dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati melihat mereka.

"Ohh. Haah baru balik. Tadi teman Nazirah shopping. Oh ya by the way ni Nazirah. My girlfriend. Nazirah ni Hairin. My friend"

Tersentak jantung Hairin mendengar perkataan 'Girlfriend' yang keluar sendiri dari mulut Airish. Hairin dapat merasakan yang air matanya akan gugur bila-bila masa sahaja dari sekarang.

"Hai Hairin. Nice to meet you" Nazirah menghulurkan tangan

"Hai. Nice to meet you to" Hairin menyambut salam Nazirah.

"Oh ya jomlah masuk. Zirah, jom I bawak you jumpa mummy and adik I" Airish dan Nazirah melangkah masuk ke dalam.

Hairin berpaut pada pintu. Kakinya terasa lemah. Air matanya jatuh. Sungguh sakit hati dia melihat kemesraan mereka. Isteri mana yang sanggup tengok suami yang disayangi bersama dengan perempuan lain kan?

Hairin gagahkan juga diri. Dia tidak mahu tunjukkan yang dia lemah. Hairin mesti kuat.

Suasana di meja makan sungguh senyap. Tiada suara yang memuji masakan Hairin. Tiada suara merengek Sarra bila di kacau Airish. Tiada ketawa yang keluar dari mulut Hairin bila melihat suami dan adik iparnya bergaduh. Tiada. Senyap. Hanya sesekali bunyi sudu dan mangkuk bersentuh(?) sahaja.

Sarra yang sudah tidak tahan dengan suasaan senyap itu terus memulakan perbualan. "Ermm esok Sarra free. Apa kata kalau kita pergi picnic?" cadang Sarra

"Great! I dah lama tak pergi picnic" sahut Nazirah

"Boleh jugak tu" sahut Airish

"Mummy malas lah. Lagipun esok mummy nak tengok drama mummy" balas Datin Laila

"Kak ngah?" tanya Sarra pada Hairin

"Ah esok akak nak jumpa kawan. Sorry tak dapat join" Hairin memberi alasan

"Kawan? Siapa?" tanya Sarra lagi

"Errr.."

"Boyfriend lah tu" sampuk Nazirah

"Kak zirah! Kalau tak menyampuk boleh tak? Sarra tanya kak ngah. Bukan akak. And kak zirah tak dijemput untuk picni esok. Picnic ni hanya untuk keluarga kami sahaja. And kalau kak rin tak pergi. Picnic ni akan dibatalkan" marah Sarra. Geram dia. Entah siapa yang mengajak entah

"She will be part of our family" tegas Airish

Semua mata tertumpu pada Airish yang sedang menunduk.

"What's you mean angah?"

"Zirah girlfriend angah. And kami akan kahwin"

"What?! Angah! Are you crazy? Angah tahu tak yang angah tu dah ada.." 

Sarra belum sempat menghabiskan ayatnya Hairin dah menyampuk.

"Erm rin minta diri dulu" Hairin menyalam tangan Datin Laila dan terus keluar dari rumah tu.

Dia sudah tak sanggup berlama-lama di rumah itu. Makin lama dia di situ, hati dia makin sakit. Tadi girlfriend now dah nak kahwin? How dare you Airish.

Hairin memandu tanpa arah tuju. Dia tidak mahu balik ke rumah mama dan papa. Akhirnya dia pergi ke rumah dia dan Airish. Nasiblah kunci rumah sentiasa ada di dalam beg tangannya.

Hairin memberi salam sebelum masuk. Hairin melangkah ke frame-frame yang digantung di dinding. Air matanya mengalir di pipi. Hairin amat rindu akan kemesraan mereka dahulu. Dia rindu akan Airish yang dulu. Yang penyayang, romantik. Tapi Airish sekarang sudah berubah.  Dan mungkin hati Airish juga sudah berubah.

Hairin beralih ke meja makan. Kertas dan pen dicapai. Hairin menulis sesuatu di atas kertas.

'Assalamualaikum,abang, besar sangat ke salah rin pada abang? Sampai abang sanggup buat rin macam ni? Rin tahu abang. Rin tahu, abang tipu rin. Rin tahu abang tak amnesia. Rin dah dengar perbualan abang dengan Sarra. Kenapa abang buat rin macam ni? Kenapa abang hukum rin macam ni? Rin sakit bang. Rin sakit. Abang buat rin ni macam tak wujud. Kalau betul Nazirah tu girlfriend abang. Kalau betul abang nak kahwin dengan dia. Rin izinkan. Rin sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan abang. Tapi satu je rin minta.
Rin harap abang akan lepaskan rin. Rin tak sanggup nak berkongsi kasih dengan orang lain. Dan tiada satu orang pun perempuan dalam dunia ni yang suka berpoligami. Kalau abang betul nakkan dia lepaskan rin. Biarlah rin sakit kehilangan abang, dari rin sakit berkongsi kasih. Rin tahu, rin tak sempurna. Rin cuai. Rin yang jadi penyebab anak kita gugur. Dan rin juga penyebab abang kemalangan. Semuanya salah rin. Abang, dulu abang pernah tanya kenapa rin pilih abang dan terima abang semula? Tapi rin tiada jawapan masa tu. Dan jawapan rin adalah, sebab abang rin bahagia. Sebab abang yang buka pintu hati rin untuk terima insan yang bernama lelaki. Abang tahu kan yang rin tak pernah move on dengan arwah abang Naiem? Tapi bila abang hadir dalam hidup rin, abang ubah semuanya. Abang buat rin menjadi Hairin Danisha yang lain. Memang sebelum ni rin tak pernah rapat dengan abang, sebab masa tu rin takut dengan perasaan rin sendiri. Tapi bila family kita berjumpa dan diaorang kata yang kita dah bertunang dari kecil, hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati rin. Walaupun waktu tu rin tahu yang abang ni beku. Tak layan perempuan, tapi abang jadi lain bila dengan rin. Abang seperti seorang Raja yang berusaha melindungi Permaisurinya. Detik kita diijab kabulkan tu merupakan detik yang paling rin tunggu. Rin ikhlas sayangkan abang. Rin ikhlas cintakan abang. Sepanjang 9 bulan kita berkahwin ni rin rasa bahagia sangat. Rin bersyukur sebab Allah hantar abang sebagai imam rin. Rin minta maaf sebab rin bukannya isteri yang solehah. Rin tak mampu nak bahagiakan abang seperti mana abang membahagiakan rin. Rin tahu rin tak sempurna. Tapi rin nak abang tahu yang setiap hari rin berusaha untuk menjadi yang sempurna untuk abang. Abang, rin sayangg sangat kat abang. Abanglah segalanya untuk rin. Walaupun sekejap je masa yang Allah beri untuk rin bersama abang, tapi rin tetap bersyukur. Rin bahagia sangat. Abang, rin doakan abang bahagia dengan Nazirah. Mungkin jodoh kita sampai sini saja. Apa pun rin tetap doakan yang terbaik untuk abang. I always love you abang. Saat abang baca surat ni. Rin sudah tiada lagi di Kuala Lumpur. Rin nak pergi jauh dari sini. Rin nak rawat hati rin. Rin sayang abang sampai bila-bila.

      Yang benar,
Isteri yang selalu merinduimu


Hairin melipat kertas itu dan memasukkan ke dalam envelope.

Hurmm nampaknya episod Hairin dan Airish sweet macam takde je. Diaorang dlam konflik lagi.. Hurmm lama lagilah nak tunggu dioarang punya sweet.

                              

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now