Bab 41

1K 43 2
                                    

Hey guys! Thnks pda yng komen idea2 tu eh😊 so author dah decide nak gunakan semua idea2 korang but kalau korang ada idea lagi bolehlah komen kat bawah ni ehhh
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Hari ni Hairin bersemangat. Bersemangat sebab apa? Sebab harini Hairin akan menjalankan misi mengurat suaminya Airish!. Dia juga sudah mula memakai shawl yang bergaya. Dress labuh berwarna baby pink dipadankan dengan skinny jeans dan shawl berwarna baby blue. Shawl digayakan ala-ala Emma Maembong.

Setelah dipastikan pakaiannya rapi dia menuruni tangga dan ke meja makan. Papa dan mamanya sudah bersedia untuk bersarapan.

"Morning pa,ma" tegur Hairin. Kerusi dihadapan mamanya ditarik. Sarapan pagi hari itu ialah nasi goreng kampung dan telur dadar.

Dato Khalief dan Datin Lea menjadi pelik. Pelik dengan Hairin. Yela, dah dekat sebulan lebih kot Hairin jadi murung,tak bercakap. Sekali harini bukan setakat dah okey siap package menyanyi dengan riang.

"Hairin okey tak harini?"  soal Datin Lea

"Ma, rin okey je lah" jawab Hairin diselangi dengan ketawa

"Kalau okey takpelah, ni rin nak pergi mana?" soal Dato Khalief pula

"Ohh, rin nak pergi rumah mummy. Nak tengok rish" nasi goreng disuap sedikit ke mulut

"Kalau nak pergi jumpa rish tak pelah. Tapi ni siap nak berlawa bagai macam nak pergi bercuti je mama tengok"

"Saja. Okeylah pa,ma rin pergi dulu eh" Hairin menggapai tangan mama dan papanya lallu mengucup lembut tangan mereka.

Hairin bergegas keluar. High heels berwarna hitam disarung ke kaki. Enjin kereta honda Jazz kesayangannya dihidupkan. Setelah dibiarkan beberapa ketika Hairin memandu keluar dari garaj. Rumah Datin Laila dituju.

"Abang, Lea peliklah dengan si rin tu" adu Datin Lea pada si suami. Dato Khalief yang sedang leka membaca surat khabar itu tidak perasan akan percakapan isterinya.

"Abang! Abang dengar tak Lea cakap ni?" soal Datin Lea semula

"Ye, abang dengar. Pergilah abang izinkan" mata Dato Khalief masih lagi tidak berganjak daripada surat khabar

Datin Lea terpinga-pinga. Apa yang suaminya merepek? " Apa yang abang izinkan?"

"Laa.. Tadikan Lea cakap nak pergi temankan rin. Abang pun cakaplah yang abang izinkan" Surat khabar diletak ke tepi

"Astaghfirullah abang! Lea cakap yang Lea pelik dengan perangai rin bukannya nak pergi teman rin. Alahai abang-abang" Datin Lea menepuk dahi

"Ohh cakaplah awal-awal. Hurm abang pun pelik juga. Semalam punyalah nangis bagai nak rak. Harini tup-tup bergumbira pulak dia"

"Itulah yang Lea pelik tu. Tapi takpelah bang, yang penting Hairin dah okey. Lea kalau boleh taknak dah Hairin tu sedih lagi"

Dato Khalief mengangguk. Dia mencapai kembali surat khabar dan menyambung kembali bacaan yang tergendala disebabkan isterinya.

*************

Hairin memberi salam diluar pintu. Setelah beberapa ketika muncul wajah Datin Laila dimuka pintu. Hairin tunduk menyalam tangan Datin Laila. Datin Laila ceria menyambut menantunya.

"Mummy sihat? Maaflah rin dah lama tak jenguk mummy" soal Hairin. Punggungnya dilabuhkan di sofa.

"Alhamdulillah. Sakit-sakit tu biasalah. Dah tua-tua ni" Datin Laila mengambil tempat di sebelah menantunya."Ni mesti rin datang nak jumpa rish kan?" soal Datin Laila

Hairin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hanya tersengih memandang mak mertuanya. Naik segan juga dia bila hajatnya kemari dapat dihidu orang tua tu. Hairin mengangguk. "Haah mummy. Rin nak tunjukkan rish album perkahwinan kami. Yela rish kan hilang ingatan. Mana tahu kalau rin tunjukkan album kitaorang ni rish boleh ingat sikit-sikit ke?" Hairin menunjukkan album yang sederhana besar itu kepada mummnya.

Datin Laila tersenyum. "Pergilah. Rish ada kat atas tu. Mummy doakan korang boleh jadi macam dulu lagi. Lagi satu mummy taknak rin stress dengan semua yang jadi ni. Rin kena ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan rin kena kuat tau"

"Insya allah mummy. Rin akan cuba untuk kuat" dipeluknya tubuh Datin Laila. Sayangnya dia pada wanita itu saling tak tumpah seperti sayangnya pada mamanya.

Hairin melepaskan pelukan dan meminta diri untuk ke atas. Anak tangga didaki dengan penuh rasa debar di dada. Bimbang jika Airish akan menghalaunya seperti di hospital tempoh hari. Mengingatkan hal itu kakinya terasa berat untuk melangkah. Tetapi digagahkan juga. Hairin menepis prasangka buruk. Dia yakin yang Airish pasti boleh pulih seperti sediakala.

Pintu bilik Airish diketuk. Dekat 15 minit jugalah Hairin menunggu dan mengetuk pintu bilik Airish. Naik sakit jugalah tangan dia mengetuk. Disebabkan kakinya sudah lenguh Hairin mengambil keputusan untuk menunggu di ruang tamu sahaja. Saat dia menoleh kebelakang pintu dibuka dari dalam.

"Yes?" terjengul wajah Airish di muka pintu. Airish hanya bertuala sahaja.

Hairin yang berpusing memandang Airish itu tergamam. Rambut Airish yang masih basah. Kulit putih Airish sungguh menggoda sesiapa yang melihatnya.

"Err Hairin?" Airish memetik jari di muka Hairin.

"Hah? Er.. Em.. Awak busy tak? Kalau tak saya nak borak dengan awak kejap"

"Hmm ya sure. Saya pergi pakai baju jap eh" pintu bilik kembali di tutup.

Hairin menahan debar di dada. Kuss semangat. Dahlah Airish tu handsome. Walaupun badan Airish semakin kurus tetapi tetap handsome. Dia masih teringat tentang pelayan di kedai makan yang cuba untuk mengurat Airish.

"Encik nak makan apa?" tanya pelayan itu. Rambutnya yang diikat ekor kuda itu dimain-mainkan. Cuba untuk menarik perhatian Airish

"Saya nak sup tulang dengan nasi putih. Air saya nak teh ais"

Pelayan itu mencatat di sebuah buku nota kecil."Kakak encik ni pulak?"  tanya pelayan tersebut kepada Hairin.

'What? Kakak? Pfft! I'm her wife lah! ' Hairin menahan rasa. "Emm abang.. Apa kata kalau abang yang pilihkan untuk rin dengan baby. Rin tak tahulah nak pilih apa" suaranya sehabis baik cuba dimanjakan. Tangan Airish diambil dan diusap.

Pelayang yang melihat perbuatan Hairin itu menarik muka.

"Okay, kalau macam tu bagi wife saya nasi goreng kampung dan air sirap bandung. Tu je"

Setelah mencatat apa yang dipinta pelayan itu segera beredar.

"Padan muka dia. Tula kata rin ni kakak abang pulak. Hish"

"Hahahha. Tak baiklah sayang buat macam tu" Airish tergelak. Macam-macam ragam orang hamil. Dulu takdelah kuat cemburu sangat. Ni makin menjadi.

"Tak baik? Oh yang dia ngurat abang tu baik sangatlah?" Hairin memuncung.

"Sayang.. Abang tak kata pun apa yang dia buat tu betul. Cumanya abang rasa kelakar pulak"

"Kelakar kenapa? Bukannya rin buat lawak pun"

"Kelakarlah. Sayang abang ni semenjak mengandung asyik jealous je tak tentu pasal"

"Hello. Orang jealous bertempat and bersebab eh"

"Yela sayang.."

Hairin menangis lagi. Setiap kali kenangan indah dia dan Airish menjengah ingatan pasti dia akan menangis. Betapa dia merindui Airish.

Sorry guys sebab dah lama tak upadate. Lately ni banyak sangat masalah yang timbul sampai takde masa nak update Wattpad. Insya allah author try untuk update  2 hari sekali. Sebab nak cukupkan 1000 lebih perkataan. And maybe ISQS tinggal lagi 4 bab kot. Maybe lah tak sure lagi. Kalau author dah banyak idea mungkin akan dipanjangkan. Tapi kalau korang rasa nak tamat cepat ya author akan usaha tamatkan dengan segera.👌 anyeong!👋

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now