Bab 53

965 59 3
                                    

Hairin memparking keretanya di garaj. Dilihatnya kereta Airish masih lagi elok terpakir diluar. 'Haih tak balik lagi ingatkan dah balik' keluh Hairin. Kalau diikutkan hati memang mahu dihalau saja Airish. Tapi takut pulak jadi macam mimpi tu. Nauzubillah. Dia tidak mahu menjadi pembunuh.

Dia menjinjing plastik-plastik yang berisi ikan,ayam,daging dan juga sayur-sayuran. Sudah sebulan dia tinggal disini. Dia berasa amat selesa dengan suasana kampung ini. Kalau boleh mahu sahaja dia tinggal disini. Tapi tulah dia hanya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan bukannya berhenti kerja.

"Assalamualaikum" Hairin memberi salam sebelum masuk kerumah.

"Waalaikumsalam" sahut Airish. Airish lansung mendapatkan Hairin yang merengkek membawa plastik beg tu. "Banyaknya sayang beli. Meh sini abang tolong. Mesti berat kan?" tangan Airish ingin mencapai beg plastik tapi dihalang oleh Hairin.

"Tak.Payah" cukup dua patah perkataan tersebut Hairin terus berlalu ke dapur. Malas mahu lihat muka Airish. Takut makin benci pulak.

Hairin meletakkan ikan-ikan di dalam sinki sementara dia menyimpan sayur-sayuran,ayam dan daging di dalam peti ais. Ikan-ikan tadi kemudiannya disiang dan disimpan didalam peti ais. Senang nak masak tinggal keluarkan saja.

Dia kemudian berlalu ke halaman luar. Pili air dibuka dan diambil batang paip. Hairin menyiram pokok-pokok yang ada dihalaman villa itu. Mamanya memang suka akan tumbuh-tumbuhan dari dulu lagi. Tidak hairanlah rumah mereka sekarang ni pun penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Hairin bernyanyi kecil sambil menyiram pokok. Entah kenapa dia terasa nak happykan diri sendiri.

Airish yang melihat Hairin diluar itu datang dengan perlahan menghampiri Hairin. Niatnya ingin mengejutkan Hairin terbantut apabila Hairin tersilap langkah dan terjatuh kedalam dakapan Airish. Muka mereka terlalu dekat dan hanya berjarak 2 cm.

Mereka masing-masing tergamam saling berpandangan. Lama. Mereka hanya begitu sahaja.

"Kak ngah! Opps. Sorry" kata Sarra yang terkejut dengan aksi abang dan akak iparnya. Sarra kemudiannya terus masuk semula kedalam rumah.

Mendengar sergahan Sarra membuatkan Hairin tersedar. Cepat-cepat dia berdiri semula. Bajunya dibetulkan sedikit.

"Sorry" kata Hairin dingin. Jelas kelihatan tidak ikhlas.

"Its okay. Nasib baik abang sempat sambut. Kalau tidak mesti sakit pinggang sayang jatuh" kata Airish pula. "Sayang kat sini sampai bila?" tanya Airish

Hairin hanya membuat tidak tahu dan tidak membalas pertanyaan Airish. Dia kembali menyambung aktivitinya yang tertangguh tadi.

"Erm esok bolehlah bawak abang jalan-jalan Terengganu ni. Abang pun dah lama tak datang sini" Airish terus mencuba mengajak Hairin berbual.

Malangnya cubaan Airish bagai di angin lalu. Lansung tiada reaksi daripada Hairin. Setelah siap menyiram pokok Hairin masuk ke dalam rumah meninggalkan Airish sendirian di luar.

"Sabarlah rish. Tulah kau takde masalah cari masalah. Last-last diri sendiri yang merana" Airish berkata sendirian.

Hairin melirik jam di dinding. Baru pukul 9:30 awal lagi masa untuk memasak. Remote ditekan mencari siaran tv yang best. Malangnya tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Semuanya tentang kematian Kim Jonghyun. Hurm puas dah dia dengan Sarra menangis semalam.

*actually author still sedih lagi dengan pemergian jonghyun😢*

Penat mencari siaran tv, Hairin kemudiannya berlalu ke perpustakaan mini. Untuk apa lagi kalau bukan baca novel. Hairin mencapai satu novel yang bertajuk Biar Aku Jadi Penunggu. Novel ni sebenarnya Fitri yang punya tapi Hairin pinjam.

Hairin membaca novel tersebut dan terasa seperti dialah Iffat Hamani. Gadis yang ditinggal suami. Tetapi sanggup menunggu kepulangan sang suami setiap hari tanpa mengetahui yang suaminya sedang bergembira bersama perempuan lain. Hairin menangis membaca novel tersebut. Apabila novel tersebut sudah sampai setengah Hairin memandang jam.

"Ya allah dah dekat pukul 12 . Aku belum masak lagi" Hairin mencampak novel ketepi dan berlari ke dapur.

Terkejut Hairin apabila tiba di meja makan dia melihat makanan sudah sedia terhidang. 'Siapa pulak yang masak ni? Takkan Sarra?'

"Eh sayang. Nak makan? Ni abang dah masakkan" tegur Airish yang muncul dari dapur sambil menatang dulang yang berisi air.

"Tak lapar" Hairin terus berlalu ke ruang tamu. Dilabuhkan punggung diatas sofa. Remote dicapai. Drama korea dicari. Setelah jumpa Hairin tekun melihat lakonan Ji Chang Wook dalam The K2.

"Akak. Akak masak apa? Sedap Sarra bau dari atas" tegur Sarra yang duduk disebelah Hairin.

"Bukan akak yang masak. Abang kesanyangan Sarra yang masak" mata Hairin masih lagi melihat tv.

"Aikk? Macam mana pulak dia boleh masak?" Sarra pelik.

"Entah. Tadi akak kat perpustakaan mini baca novel. Lepastu sedar-sedar je dah dekat pukul 12. Lepastu akak rush lah pergi dapur. Then sampai meja makan tengok makanan dah siap"jelas Hairin

Mulut Sarra membuat huruf 'o'.

"Mesti angah nak ambik hati akak balik kan?"

"Sarra tengok muka akak ni ada macam akak kisah? Akak dah malas lah nak ambik peduli. Lagipun tak lama lagi dia nak kahwin kan? Biarlah dia" Hairin sudah pasrah. Apa nak jadi-jadilah dia dah malas.

Tanpa mereka sedari Airish mendengar setiap butir bicara mereka.

"Err akak tak lapar ke? Sarra laparlah. Jom makan?" ajak Sarra.

"Sarra pergilah dulu. Akak kenyang lagi" padahal malas nak bertembung dengan Airish.

"Okey"  Sarra terus pergi ke dapur. Perut yang lapar harus diisi.

"Pergilah makan sana. Tak payah risau abang tak letak ubat guna-guna pun" kata Airish yang kemudiannya duduk di sofa berhadapan Hairin.

Hairin hanya membuat tidak tahu dan tidak mengendahkan Airish. Matanya hanya tertumpu pada drama di tv.

Fattah Amin lagi handsome daripada Airish Irfat. Okey tipu Airish lagi handsome. Hohoho.

Tak lama kemudian Hairin pergi ke dapur. Malas mahu duduk berdua dengan Airish di ruang tamu. Hairin melihat lauk pauk yang dimasak Airish begitu memikat selera. Ikan siakap tiga rasa, ayam goreng kunyit dan sayur campur begitu memikat selera. Hairin segera mencapai pinggan dan menyenduk nasi serta lauk. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Sarra.

Sarra yang melihat pinggan Hairin itu begitu terkejut. Mana taknya sepinggan penuh kot! Tengok badan keding je.

"Dah kenapa tengok akak pelik ni?" soal Hairin. Pelik tengok Sarra yang melihatnya pelik dari tadi.

"Banyaknya akak makan. Badan keding je. Ke sebab masakan angah ni yang sedap? Ha?" Sarra mengangkat kening sebelah ala-ala Ziana Zain giteww.

"Sarra pernah tak nak merasa tidur malam kat hospital buat kali kedua?"

Sarra cepat-cepat menggeleng. Kenangan sewaktu darjah 5 dulu. Sewaktu dia masuk hospital sebab demam denggi lepastu ada pulak orang giler yang menceroboh masuk kedalam kawasan hospital dan hampir membawa Sarra lari. Kelam kabut mereka semua waktu tu.

"Kalau taknak mohon sambung makan dan tutup mulut" Hairin memberi amaran. Tidak mahu dikaitkan dengan Airish. Tapi ya tak boleh tipu masakan Airish memang sedap.

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now