Part 5

3.2K 107 1
                                    

"An'mar...!" Nama itu di seru

"An'mar...! where were you?" langkah dibawa ke ruang tamu sambil tangan kanannya memegang satu bekas sederhana besar yang berisi makanan kucing.

"An'mar...?"Irasya menjenguk ke bawah sofa.Kosong. begitu juga di bawah meja kopi.Kepala yang tidak gatal di garu.Kemana kucing kesayangannya pergi?

"An'mar...?!"Panggilnya lagi seraya bekas yang berada di tangan,di goncang bagi mengeluarkan bunyi.
Beberapa saat kemudian bunyi loceng yang terhasil dari rantai leher yang di pakaikan pada kucing itu mula kedengaran.

"Meaoww..."Irasya tersenyum. Kucing kesayangannya di hampiri lalu tubuh besar kucing itu diangkat ke dukungannya.
"Hmmm...An'mar makin ringan la, macam tak cukup makan je ni.Jom kita pergi makan!" Irasya melangkah ke pintu utama.

Punggung di labuhkan di atas kerusi yang terdapat di taman mini rumahnya.An'mar di letakkan di atas meja begitu juga dengan bekas yang berisi makanan kucing tadi.

Bulu kucing yang berwarna hitam itu di belai lembut seraya matanya memerhati kucing itu makan.Senyuman kecil terukir di bibirnya.

An'mar bermaksud harimau dalam bahasa arab.Nama itu di berikan oleh bapa Saudara Irasya yang menetap di Dubai ketika Bapa saudaranya sekeluarga pulang ke Malaysia.Katanya kucing itu kelihatan seperti harimau perliharaannya dan tubuh kucing itu juga sedikit besar dari kucing biasa.

Tapi kalau tanya Miss Google translate katanya harimau dalam bahasa arab ialah 'Namur' bukan An'mar.Entah betul entah tidak.Irasya sendiri pening waktu itu.Di sebabkan nama An'mar lebih menarik akhirnya kucing kesayangannya itu di gelar An'mar sehingga sekarang.

"Meoww.."
Irasya tersengih bekas makanan yang sudah kosong di jeling sekilas. Kepala An'mar di gosok lembut "Good Boy.."

Tubuh besar kucing itu di angkat ke ribanya,seraya jemari rungcingnya membelai lembut tubuh kucing kesayanganya itu.Pagi besok dia sekeluarga akan berlepas ke Osaka Jepun.jadi An'mar terpaksa di tinggalkan di rumah bersama pembantu rumahnya.

"Kalau Rasya tak nak pergi majlis tu. abang boleh je cakap dekat Papa biar kita stay dekat sana lama sikit..."Suara Haris Irshad tiba tiba menjengah deria pendengarannya.

Irasya mendengus.Kerusi yang berada di hadapanya di tarik oleh Haris Irshad lalu melabukkan duduk di situ.
"Berapa kali Rasya nak kena cakap benda sama dekat abang ni?"Haris Irshad di jeling.Ada jer orang yang nak rosakkan mood baik aku!

"Rasya nak ke Mama dan Papa tahu pasal ni?"

"Biarla diorang tahu pun.Rasya tak kisah, Rasya tetap nak pergi majlis tu! mutamad!"Tubuh An'mar yang berada di atas ribanya diletakkan ke atas meja.Lantas dia berdiri.Jelingan tajam di berikan kepada abangnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Haris Irshad mengeleng kepala memandang adiknya itu.Padangannya beralih pula ke arah An'mar yang berada di atas meja.
"Degil betul tuan kau tu kan Rimau.."

_________________________

Khairul Akil melangkah menuruni anak tangga.Suara Mummynya bersama seorang perempuan yang sedang bergelak ketawa menarik perhatiannya.Langkah terus dibawa ke ruang tamu.

"Apa yang lawak sangat ni.hmm...? Mummy? Sayang?"Wajah kedua dua insan kesayangannya di pandang
"Turun pun kamu Akil.Ni ha, Mummy tunjukkan album gambar masa kamu kecik dulu dekat Nuha.Katanya muka kamu comot sangat dulu..."Kata Datin Fatma

Punggung di labuhkan di sebelah isteri yang baru di kahwininya seminggu yang lalu.Tengku Nuha Adila Binti Tengku Dahlan.Sudah bertahun tahun dia menanti kepulangan Nuha dan Akhirnya gadis itu menjadi hak milik mutlak Khairul Akli!

Hani Irasya? gadis itu hanya di gunakan untuk mengisi kekosongan setelah dia di tinggalkan oleh Nuha sahaja.Tiada langsung perasaan sayangnya pada gadis itu. Malah dia lebih suka mempermainkan hati Irasya.Dia ingin sekali melihat gadis itu menderita!

Bahu Nuha di paut menyebabkan tubuh Isterinya bersandar pada dada bidangnya.Wajah Nuha yang sedang ralit melihat Setiap gambar yang berada di dalam album gambar itu di pandang.Sesekali terdengar ketawa halus dari isterinya apabila ada gambar Khairul Akil yang menggelikan hati.

"Berani Sayang gelakkan abang ya. Nak kena ni"Tubuh Nuha di geletek. Nuha ketawa kuat sampai berair matanya.Kini pipi Nuha pula menjadi mangsa ciuman nya.Berkali kali pipi gebu itu di cium"Ishh...Abang dahla..Mummy tengok laa" Wajah Khairul Akil di tolak supaya menjauh. Merah mukanya menahan malu.

"Siapa suruh gelakkan abang.."
"Okey laa...Nuha mintak maaf...,Sorry ye Abang"Hidung mancung Suaminya di cuit.Sekali lagi pipi Nuha di cium.

"Kalau ye pun nak bermanja pergilah masuk bilik.Cepat sikit mummy dapat cucu..." Makin merah wajah Nuha apabila di tegur begitu oleh mertuanya

"Mummy jealous la tu sebab tak boleh bermanja dengan daddy.Kan Sayang?"

"Ada ada je kamu ni kan!"Khairul Akil tergelak. "Oh ya.. sebelum mummy terlupa.Mummy nak tanya kenapa last minute tukar tema? Semalam Aunty Sarah call Mummy kata Akil pergi butik dia tukar tema.Kenapa?" Soalan dari Datin Fatma itu tidak terus di jawab.

Pelukan pada bahu isterinya di eratkan.Tangan kanan Nuha di gengam."Akil nak buat kejutan untuk seseorang..."


🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

DONE!

Maaf la kalau part ni agak boring😅

typo abaikan ye😪

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now