Mangkuk yang sudah kosong di tolak ke tepi.Alhamdulillah, makanan tadi dah selamat mendarat dalam perut.Air kosong yang masih berbaki separuh gelas di teguk habis.
Tangan menongkat dagu.Myra yang tersengih layan smartphone di pandang pelik.Apa yang seronok sangat pun dia tidak tahu.
Patut la tadi masa makan Krik krik aje, rupanya tengah layan phone.Dia datang ke rumah Myra ni sebab nak luah perasaan dan hilangkan stress aje Dah la mood tengah tak baik sekarang ni,Minah tu boleh tersengih sorang sorang pulak, tak ajak dia pun! Waaaaa...ni nak nangis ni.
"Yang kau tersengih sengih macam lala masak cili tu kenapa?"
"Ada laa"
"Sampai hati kau kan? tak nak layan aku"
"Aku bukan saje saje tak nak layan kau, Aku tak nak laa rosakkan mood baik aku ni dengan tengok muka lemon basi kau tu" Kejamnya kamu duhai sahabat! tapi Irasya tak ambik hati pun.
"Chat dengan pakwe la tu heh...Siapa pulak putera malang yang sangkut dengan kau kali ni?"
"Mana kau tahu? pandai kau teka"
Myra sengih malu malu.Ahaks! kantoi sudah."Hmmm...well aku memang bijak pun. Hah, sape mamat malang tu?"
"Pembetulan, dia tak malang okey! dia bertuah dapat hati orang yang cantik dan bijak macam aku ni! beauty with brain gituu" Irasya mencebik
"Ingat,cantik la buat muka macam tu? betul la aku cakap dia bertuah. Kau ingat senang senang aje aku nak jatuh cinta dengan orang yang aku tak kenal? Bagi bunga satu lori pun belum tentu dapat miliki hati aku.Lain laa..Mr.A aku ni, haii tengok dia senyum pun aku dah cairr! manis aje..."
"Bla..bla..bla..bla...kau ni tak menjawab soalan laa. Aku tanya lain jawab lain"
"Okey..Sorry sorry. Dia anak kawan Mama aku.Kau ingat tak masa hari kita hias restaurant hari tu ada sorang mamat handsome datang?"
"Owhh..Lepas kau jumpa dia kau tiba tiba meroyan hari tu kan? Kau cakap plan kau musnah"
"Yup! Malam tu sepatutnya majlis birthday dia yang ke 26. Mana tak meroyan aku nak buat kejutan tak jadi... Tapi malam tu dia belakon macam tak tahu apa apa.Aunty Shahira pun bahagia je malam tu bila tengok muka terkejut buat buat dia. Lawak gila, cute je."
"Malam tu, Dia datang cari aku kat dapur. Dia ucap terima kasih,Then dia ada la cerita dekat aku sebab apa dia tiba tiba muncul depan restaurant petang tu, dia cakap dia takut Mummy dia arrange blind date untuk dia sebab tu dia datang tengok.Lepas tu dia mintak number aku dekat Mama then sampai sekarang kitorang berhubung.The End"
Irasya menepuk tangan.Muka kagum di tayang.Akhirnya ada jugak orang yang dah berjaya curi hati kawan baik dia yang hati sebeku aiskrim tu. Dia tumpang bahagia.
"Apa nama cinta hati kau tu?"
"Tengku Aakif Ezraf...Tengku kau! jangan main main. Hebat tak aku? dapat kerabat di raja terus" Irasya sengih saja, ape apa jela Myra asal kau bahagia.
"Eh...Rasya, mamat yang duk kejar kejar kau tu pun tak kurang hebatnya kan? Apa nama dia...Tuan Darrish. Hah! Tuan Darrish Aryan kan? Tuan CEO hot tu, Aku harap kau berjodoh la dengan dia" Berjodoh hotak dia!
Mood bahagia setinggi gunung Everest sudah jatuh menjunam ke dasar laut. Dia dah tahu aku stress pasal mamat tu nak jugak sebut.Aku rela jadi andartu la dari kawin dengan mamat tu!
"Handsome jugak CEO tu, sesuai dengan kau.kau tak nak ke kahwin dengan dia?"
"Aku baru teringat sesuatu. Hari tu kau ada janji dengan aku nak belanja pizzakan? Aku nak tuntut janji hari ni, kau order sekarang"
"Wehh...kau baru makan dua paket magi kot. nak tukar topik pun agak agak laa"
" Ah! tak kira, aku nak makan kejap lagi. Aku nak Barbeque Chicken 2. Large tau! Order sekarang ye" Cepat cepat Irasya berlalu ke dapur. Myra sudah ternganga. Irasya kalau stress memang makanan yang dia akan cari dulu, tapi bukan semua makanan dia bedal ye,Time stress aje dia demand sikit bab makan ni kalau tak memang semua benda dia telan.
Kalau tak dapat apa yang dia nak memang merajuk la minah sorang tu! Kalah orang mengidam!
"Yela...Yela aku order sekarang! Haishh...
padahal stress aje pun, macam macam kau nak makan! kalau mengandung nanti aku tak tahu la macam mana gayanya, Hari hari Si Darrish derita layan kerenah kau, nasib baik la aku ni kawan yang memahami..."Di dapur
Span bersabun di gengam lalu di tenyeh kasar mangkuk yang di gunakan untuk makan tadi.Anggap aje la dia tengah tenyeh muka perasan handsome Darrish.
Kenapa la mamat tu mesti muncul dalam hidup dia? Bencinyaa!!!____________________
"Nah, Kau punya coffee!"
Mug yang di hulur di sambut.Irasya ukir sengih."Waaa...Thank you, thank you! Aku tak mintak pun kau buat, baiknya kawan aku ni! Sayang kau! Muahhh" Flying kiss di layang kepada Myra. Gadis itu tayang muka geli sambil melabuhkan duduk di sebelah Irasya. Remote tv di tekan menukar siaran. Layan K Drama pun best jugak ni.
Irasya tayang muka meyampah apabila rancangan Net geo Wild di kaca televisyen sudah di tukar kepada Drama Korea.Haishh! Susah jugak ada kawan hantu Korea ni!
"Aku nak tanya something ni"
"Hmmm..apa dia?" Mug di sua kebibir lalu air kopi yang masih berwap tipis itu di sisip perlahan. Myra tarik nafas, harap harap tak rosak la mood gadis itu selepas dengar soalan dia nanti. takut jugak kalau tiba tiba minah tu bertukar jadi naga tak pasal pasal kena sembur dengan api!
"Errr...kau memang tak nak terima ke lamaran Darrish tu? Dari apa yang kau cerita tadi aku rasa dia betul betul ikhlas nak jadikan kau isteri dia.Aku bukan apa weyy...aku kesian la dekat dia"
Irasya menghela nafas berat.Mug di letakkan di atas meja kopi. Kesian? kenapa nak kesian dekat Darrish? kenapa semua orang tak nak faham perasaan dia? kenapa semua orang lebih ambil berat pasal perasaan lelaki itu? kenal pun tak sampai 3 bulan.
"Kau benci dia ke Rasya? ke dia ada buat benda tak elok dekat kau?" Irasya geleng
"Haish... Habis tu? Cer cite kat aku"
"Aku tak tahu la, Hati aku ni...aku tak ada apa apa perasaan dekat dia. Bukan sebab aku masih cintakan Khai, No! aku dah tak ada apa apa feeling dekat dia.
Darrish tu pun aku baru aje kenal. Aku tak tahu dia tu jenis yang macam mana. Aku tak benci dia, aku suka tengok cara dia layan anak buah dia nampak penyanyang,Tapi hati aku masih berat nak terima semua ni. Aku tak nak sejarah dulu berulang, aku tak nak hati aku terluka untuk kali yang ke dua...." Wajah Irasya bertukar mendung.
"Errr...dah la tak nak dah cakap pasal ni. kita cakap pasal benda lain pulak. Ermm, kau kata suka tengok dia layan anak buah dia selain dari tu apa lagi yang kau suka?" Banyak la kau punya ' tak nak cakap pasal ni' tadi, alih alih Darrish jugak yang jadi topik utama.
"Huh...malas aku layan kau, Aku nak balik la"
"Elehh...padahal kau dah tangkap cintan dengan Darrish tu kan?? Tapi tak nak ngaku"Tembak Myra
Irasya terkedu.Tangan naik meraba pipi sendiri.Terasa membahang.Dah sah sah merah muka dia sekarang ni.Jantung berdetak laju.Perasaan apakah ini?! Takkan aku ada perasaan kat Darrish kot?! Perasaan aneh yang mula bertandang di hati cuba di tepis. Cepat cepat tangan mencapai mug yang berada di meja kopi,lalu air kopi yang masih berbaki di teguk rakus.
Myra sembunyi senyum melihat reaksi gadis itu.Tak ada perasaan dekat Darrish konon!

YOU ARE READING
Penipuan Hati♥ [HIATUS]
Teen FictionBerita mengenai Khairul Akil yang telah berkahwin menyebabkan Hani Irasya tertekan.Lelaki yang selama ini di cintai sepenuh hati telah menipu dirinya dan dia terpaksa berpura pura kuat di hadapan keluarganya.Di sebabkan hal itu dia memaksa dirinya u...