Part 16

2.3K 82 0
                                    


"Tuan...."

Tangan yang berura ura untuk mencapai tombol pintu terhenti.Tubuh di pusing ke belakang,menghadap gerangan yang menegur.

"Yes?"

"Err...Tuan,Budak perempuan yang datang pagi tadi tu...dia datang sini balik masa Tuan keluar meeting. Dia suruh saya bagi ni" Paper bag  yang berada dalam gengaman di hulurkan.

"Budak perempuan?"Wajah lelaki itu sedikit berkerut.Budak? Damia ke? tak kan Irasya pulak kan.Lambat lambat dia mencapai huluran dari perkerja yang bernama Halina itu.

"Ha'ah, budak perempuan yang datang pagi tadi tu...kalau tak silap saya dia pakai blouse warna biru..."

Sah! memang Irasya yang Halina maksudkan.Nampak kubudak budakan sangat ke budak tu? Ehh hahaha😂

"Oh ya...Tadi dia ada pesan dekat saya suruh cakap dekat tuan yang..Hutang kita dah selesai..Dia tak cakap pulak hutang apa tapi itu jela yang dia suruh sampaikan dekat Tuan" Sewaktu gadis itu datang.Pagi tadi dia bersama rakan sekerja yang lain ralit memandang gadis itu kerana hairan dan tertanya tanya tentang  kedatangan gadis cantik itu.Yela selama ini mana pernah ada wanita asing yang pernah naik ke tingkat 18 itu kecuali client lelaki, yang wanita kebisaannya di suruh tunggu di bilik mesyuarat di tingkat 17 sahaja atau Darrish sendiri yang akan keluar bertemu mereka.

Yang membuatkan mereka hairan Rashdan mengenali gadis itu,para pekerja yang lain berangapan gadis kecil molek itu mempunyai hubungan dengan Tuan mereka.

"Owhh... Thanks Halina"
"Most welcome, Tuan. Saya sambung kerja dulu" Darrish hanya menganguk seraya memandang Halina yang berlalu ke tempat kerjanya.

Nafas di hela perlahan.Paper bag bewarna putih itu di gengam .Tak payah tengok apa ada dekat dalam pun dia sudah tahu isinya.Tombol pintu di pulas sebelum susuk tubuh tegap itu hilang di balik pintu.

Tubuh di hempas ke sofa.Keluhan berat di lepaskan,Tak sangka secepat ini Irasya menyelesaikan 'hutang'nya. Padahal dia langsung tidak kisah pasal hutang, kalau Irasya tidak manganti telefon miliknya yang sudah arwah itu pun tidak mengapa, dia mampu beli sendiri, koleksi telefon pintar miliknya pun masih banyak yang tidak diguna.Dia cuma guna 'hutang' tu untuk dekatkan diri dengan Irasya saja.

"...Saya janji hutang tu akan saya selesaikan secepat mungkin. Dan saya harap Encik tak akan ganggu saya lagi." 

Sekarang Darrish rasa nak terajang mulut sendiri! menyesal sebut pasal hutang pagi tadi! Telajak jalan boleh U turn, terlajak kata? sesalan yang kau dapat Darrish!

Darrish mengeluh lagi.Kusut. Hutang antara mereka dah selesai, Bermakna dia tidak boleh mendekati gadis itu.Eh, Wait sejak bila kau cepat mengalah ni? Banyak lagi cara yang kau boleh guna untuk dapatkan dia,

Dia kata jangan ganggu dia lagi tak bermakna wujudnya benteng antara kau dan dia,itu sekadar kata kata yang terbit dari bibir dia sahaja. Walau macam mana sekalipun kau di tolak dan di tempis, kau tetap akan cuba dapatkan hati dia!
Ya! aku akan dapatkan dia dengan cara aku sendiri! Darrish teranguk anguk, setuju dengan kata hati sendiri.

Tapi...untuk jayakan misi mencuri hati Irasya dia perlukan bantuan seseorang. Ya! seseorang yang sangat rapat dengan gadis pujaannya itu! Tadi kata ada cara sendiri sekarang mintak tolong orang pulak!😑

Telefon pintar dikeluarkan dari kocek seluar.Nombor seseorang di dial.

"Assalamualaikum! bakal Adik Ipar!"
Darrish tergelak kecil apabila suara ceria orang sebelah sana menyapa deria pendengarannya.

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now