Part 29

2.9K 99 12
                                    

😪😪😪


"Hai!"

Darrish pandang Irasya pelik. Dia yang tadinya duduk bersandar pada sofa terus tegakkan tubuh. Tiba tiba berhai hai ni nak berbaik dengan dia ke? Sengihan bukan main lebar lagi sampai Darrish boleh kira berapa batang gigi Irasya.

Irasya maintain sengih. tak tahu ekspresi wajah yang macam mana patut dia tayang. Pintu bilik ditutup dengan sebelah tangan. Manakala tangan sebelah lagi memegang satu besen kecil. Ada 'sesuatu' dia igin beri kepada Darrish.

Pandangan pelik Darrish Irasya buat tak nampak walaupun lutut dah rasa longgar muka dia tak payah cakaplah dah macam tomato masak merahnya. Malu memikirkan apa yang bakal dia buat kejap lagi. Ini semua Datin Hanina punya pasal...

"Dah siap cuci pingan kan? Dah pergi tuam lebam dekat mata Aryan tu"

"Hah? kenapa orang pulak yang kena?"

"Kenapa kamu yang kena? Kamu kan isteri dia, Kesian menantu mama tu dah kurang sikit handsome dia"
Ceit! sempat lagi dia puji menantu dia tu. Irasya tayang muka tak puas hati. Setengah jam yang lepas Datin Hanina sudah menyuruh dia membasuh segala pingan mangkuk dan pekakas yang digunakan semasa bersarapan, katanya dah jadi isteri orang kena rajin buat kerja dekat dapur.Habis selamani dia malas ke?

Dan sekarang haishh.... Dia kena tolong tuam Darrish pulak. Tak boleh ke biarkan saja? Tak pun suruh Darrish buat sendiri? Kenapa mesti dia jugak yang kena?

Yang paling buatkan Irasya rasa nak hantukkan kepala kelantai bila Datin Hanina terus keluar ke pasar bersama Mak long dan Mak teh tanpa memberitahu apa yang berlu dia guna untuk menuam kawasan lebam itu.

Hah... silalah gelakkan dia beramai ramai. benda senang pun dia tidak tahu. Tapi dengan bantuan dari pak cik google dapat la dia tambah ilmu sikit. Terima Kasih pak cik kerana sentiasa ada saat diperlukan uhuk uhuk.

"Sampai bila awak nak tersengih dekat situ? Dah lebih dari lima kali saya kira berapa batang gigi awak yang saya nampak. Kalau tak silap lapan semua"


Terus Irasya kemam bibir. Bongok! banyak banyak benda dalam bilik ni dia boleh kira gigi aku jugak dia nak kira.


"Awak ada nak cakap apa apa dekat saya ke?" Irasya membuka langkah laju. Kini dia berdiri ditepi sofa berangkai dua yang diduduki Darrish. Tanpa berlengah masa 'Sesuatu' yang berada didalam besen kecil itu ditunjukkan kepada Darrish.


"Apa ni?"

"Sup bunjut"

"Sup...Sup bunjut pfttt....Hahaha awak nak suruh saya masak ke"

Gelak pulak. Betul la apa dia cakap bentuk benda tu memang macam sup bunjut pun warna putih pulak tu.

"Saya tak ada masa nak main main la. Ni sapu tangan bersih kat dalam ni ada ais. awak ambik 'sup bunjut' ni tuam dekat mata panda awak tu" Tak pasal pasal pulak dia kena terangkan satu satu.

"Oooo...cakap la awal awal. Ingat nak suruh masak tadi" huluran Irasya belum bersambut.

"Tolong tuamkan"

"Tak payah mengada. buat sendiri"

"Hmmm...Puan Irasya, awak nak pahala tak?"  Irasya gigit bibir. Eiii... dia guna kuasa pulak dah.

"Kalau tak nak tak..."

"Tepi sikit" Senyuman kemenangan tersunging dibibir Darrish. Tak susah mana pun nak tundukkan Irasya ni.

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now