Pipi Montel Darius di cium berkali kali. Si Kecil itu tersengih suka.Alahai! Comelnya!! Mahu sahaja dia gigit gigit pipi tembam itu.
Si kecil itu terseyum menampakkan dua batang gigi hadapan yang baru tumbuh.
"Darius.... Kenapa comel sangat ni...??" Irasya bersuara seraya pipi tembam Darius di cuit.
Tadi bukan main lagi dia rasa menyesal,menemani Datin Hanina shopping hari ni, Siap bermasam muka bila Mamanya menyuruh dia menemani Darrish dan menolong lelaki itu menjaga dua orang anak buahnya.
Sekarang ni,rasa tak nak berpisah pulak dengan Darius.Mahu sahaja dia peluk si montel itu ketat ketat tak nak lepas! "Geramnya Aunty dengan Darius ni...." Tubuh Darius di bawa ke pelukan. Aunty?
Suasana di Restaurant itu mula bising dengan kehadiran pelangan.Mungkin sudah tiba waktu makan tengah hari. Darrish yang meminta dia dan Darius menunggu lelaki itu di situ, sementara Darrish menemani Damia membeli mainan.Dengan rela hati Irasya bersetuju.
"Sorry lama tunggu...."Kerusi di hadapan Irasya di tarik lalu dia melabuhkan duduk. Tubuh kecil Damia di angkat keriba.
Irasya tersenyum tipis. Terserlah ciri ciri Bapak budak di situ😝"Darius tak meragam ke? biasanya kalau dengan orang yang dia tak kenal dia nangis...."
"Tak...dia okey je dengan saya. Tak meragam pun.Darius budak baik kan?" Pipi Darius di cium lagi.
Darrish terpegun.
Irasya cium Darius?! dah kenapa pulak dia rasa macam Irasya cium dia! untung jadi Darius, Pak su ni jangankan cium, penampar pun belum tentu mak su bagi..Mak su pun boleh😝
Pandangan pelik Darrish menyebabkan Irasya gelisah.Lelaki itu marah ke dia Cium Darius?
"Errr...awak marah ke say..."
"Ehh tak tak.. aku cuma terkejut aje tadi biasanya Darius marah kalau orang cium dia...""Owh..." pandangan di alih kepada Damia yang berada di ribaan Darrish. Bulat mata Damia pandang dia "Mia beli apa je tadi? best tak?"
"Mia li anyak toys..Tuk adik Mia li, tuk tatak un mia li ugak..."
"Wahh! untuk kakak pun ada? Tapi kakak dah besar la Mia malu la...."
"Mia un dah becar, tak alu un..." Darrish tergelak, ada ada saja Damia ni.
"Yela tu dah besar...kalau besar tak merajuk dengan Pak Su, dah la tak cakap Thanks pun kat Pak Su tolong beli toys. Mia tak sayang Pak Su..." Darrish karang ayat sedih.Irasya geleng kepala.Haishh... macam budak budak!
"Ala..Pak Cu ajuk ehh...Mia ayang Pak Cu yah, agan edih..."Leher Darrish di peluk kemas. "Okey dah, cukup Pak Su tak merajuk dah...Sekarang ni nak makan apa Pak Su lapar ni..."
Damia bawa jari ke dagu.Kononnya sedang berfikir "Tite matan at umah je yah, tite bawak tatak bayik umah boyeh tak Pak Cu?"
Wajah Irasya di pandang, seraya kepala di angguk sedikit seakan meminta supaya gadis itu bersetuju.Irasya serba salah.
Dia patut geleng ke angguk sekarang ni?"Err...tak apa ke saya pergi rumah awak?"
"Okey jer..lagi pun tu rumah parent aku... and don't worry mereka semua makan daging lembu dengan kambing je tak makan daging manusia..."Tak tahu nak gelak ke nak nangis sekarang ni."Boyeh laa tatak..."Damia seakan berharap.Darius turut mendongak memandang muka Irasya. Akhirnya dia menganguk setuju dalam terpaksa.
Damia bersorak riang, Darrish terseyum menang. Darius menepuk tangan.haissh.. masalah!!
Mama Rasya nak balik!!!!
_______________________
"Bos..."
Tab yang di hulur oleh anak buahnya di sambut. "Macam mana keadaan dia?" Soalnya tanpa memandang wajah orang kepercayaannya itu.Pintu kayu yang tertutup rapat di hadapan nya di pandang lama.Ada seseorang di dalam sana, Seseorang yang berjaya mencuri perhatian dia..
"Cik Nia okey bos..tangan dia cuma terseliuh..Sekarang Cik Nia tengah berehat"
Kepala di angguk perlahan.Tab di tangan di letakkan ke atas meja kopi.Secawan espresso yang masih berasap tipis di capai.Cawan di sua ke mulut lalu di sisip perlahan.
"Siapa yang rancang semua ni?"
"Orang yang sama bos.."
"Shit!! Tan Sri tahu pasal hal ni"
"He knows.."
Nick mengengam kuat tangannya menimbulkan urat pada lengan sasanya.Mengapa Tan Sri Hamdan langsung tidak memberitahunya soal keselamatan Nia Syafinaz? Kalau dia tahu lebih awal sudah pasti kejadian yang berlaku pagi tadi dapat dielakkan dan gadis itu juga tidak akan tercedera.
Salah dia jugak, sebab tidak mengarahkan orang suruhannya untuk menjaga keluarga tersebut. Sebaliknya hanya memerhati dari jauh sahaja itu pun bila Tan Sri Hamdan dan keluarganya ingin keluar ke mana mana selain ke pejabat.
Sekarang apa yang dia perlu buat hanya melindungi gadis itu!
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
sebenarnya, saya ada terfikir nak unpublished cerita ni, but my Bestie tak bagi😥 I dah tak ada idea nak sambung sebab lately dapat banyak idea for my next story...
Sorry kalau part ni korang tak faham or tak best (typo pun banyak). itu saja yang saya mampu buat setakat ni.
Untuk cerita baru saya 'Seandainya' nanti saya publish harap korang suka cerita tu nanti
jangan lupa vote and comment
![](https://img.wattpad.com/cover/125895591-288-k629188.jpg)
YOU ARE READING
Penipuan Hati♥ [HIATUS]
Novela JuvenilBerita mengenai Khairul Akil yang telah berkahwin menyebabkan Hani Irasya tertekan.Lelaki yang selama ini di cintai sepenuh hati telah menipu dirinya dan dia terpaksa berpura pura kuat di hadapan keluarganya.Di sebabkan hal itu dia memaksa dirinya u...