Darrish yang fokus memandu di sebelah di jeling geram campur menyampah!
Hari itu Darrish tiba tiba sahaja muncul di hadapan rumahnya dan meminta izin dari mama dan papanya untuk membawa Irasya keluar.Jadi terpaksalah dia keluar bersama lelaki itu.Bukan rela okey! di paksa! Baru dua tiga kali terserempak dah ajak keluar.Apa motif lelaki itu pun dia tidak tahu.Oleh sebab itu juga sedari tadi tidak henti henti Harris Irshad asyik menghantar mesej mengejek dia! Mahu sahaja
Iphone 7 nya di baling ke luar tingkap.Tak pun baling ke muka handsome Darrish, biar patah hidung mancung lelaki itu! Tangan di gengam membentuk penumbuk.Apa agaknya jampi yang lelaki itu guna? Tak kan semudah A B C sahaja Mama dan Papanya mempercayai Darrish? dan Mengizinkan Lelaki itu membawa Irasya keluar? Pelik.
"Kau marah aku lagi ke?"
Irasya diam.Siapa tak marah kalau kena tipu? Kena tipu ke? Entahla rasanya kebodohan diri sendiri jugak sebab terlalu percaya.
Sebelum ini lelaki itu memperkenalkan diri Sebagai Daud,Ya Daud Bin Dadu! tetapi hakikat sebenarnya lelaki itu bernama Tuan Darrish Aryan Bin Tuan Rashidi.
Kalau bukan di sebabkan Nick Rais yang datang memanggil Darrish ketika lelaki itu sedang memujuk Irasya yang tiba tiba menangis dan berlari keluar dari majlis resepsi tempoh hari,Sudah tentu sampai ke sudah Irasya tidak tahu nama sebenar lelaki itu.
"Perlu ke awak tipu saya?"
Darrish garu kepala yang tidak gatal.Sudah! ape yang patut dia jawab? Sugguh dia tidak menyangka gadis itu akan sakit hati sebegini teruk!
"Patut la saya rasa pelik, ada ke manusia nama Dadu? Kenapa tak Adudu je? Senang sikit saya nak panggil Boboiboy and The gang datang serang awak!"
Darrish hanya beriak tenang.Walau hakikatnya telinga kirinya mahu meletup mendengar jeritan nyaring gadis itu.
"Suka la awak kan tengok saya macam orang bodoh panggil awak 'Encik Daud' dalam hati awak tu mesti gelak guling guling kan masa tu?"
Kereta di berhentikan di bahu jalan.Dia mengeluh perlahan.Tubuh di pusing menghadap Irasya.Wajah cemberut gadis itu di pandang.
"I'm sorry! Aku tahu aku salah.Dah stop buat muka macam tu.Aku bagi kambing kiss baru padan muka kau" Irasya mencebik.Ingatkan nak pujuk makin tambah sakit hati ada la! Tak Romantik langsung!
"Kau memang nak rasa kena kiss degan kambing ke?"Irasya memalingkan wajah ke sisi malas dia mahu memandang wajah Darrish buat sakit hati je!
Sepuluh minit belalu keduanya senyap tiada sepatah perkataan pun yang terkeluar dari mulut masing masing. Dan selama itu juga mereka hanya duduk di dalam kereta yang tidak bergerak.
Darrish di jeling sekilas.Lelaki itu hanya beriak selamba sambil berpeluk tubuh. Irasya makin geram.Darrish memang sengaja nak uji kesabaran dia ke apa?
"Kalau awak ajak saja keluar semata mata nak duduk diam dekat sini baik awak hantar saya balik! Saya ada banyak lagi benda nak buat dari layan orang sewel macam awak ni"
Darrish tersenyum senget.Orang sewel di katanya aku?
"Awak nak bawak saya pergi mana?" Lemah suara Irasya bertanya.Dia sudah penat melayan lelaki itu.Menyakitkan hati dan otaknya saja!
"Aku nak kau teman aku beli phone baru. Since kau dah janji nak ganti so aku nak tuntut janji tu hari ni.Boleh?"
"Hah?!"
________________________
"Tadi kata nak beli phone baru.Kenapa beli Ipad?"
"Suka hati aku la.Aku tak suruh kau bayar pun!"
YOU ARE READING
Penipuan Hati♥ [HIATUS]
Teen FictionBerita mengenai Khairul Akil yang telah berkahwin menyebabkan Hani Irasya tertekan.Lelaki yang selama ini di cintai sepenuh hati telah menipu dirinya dan dia terpaksa berpura pura kuat di hadapan keluarganya.Di sebabkan hal itu dia memaksa dirinya u...