Part 12

2.6K 86 4
                                    

Sekujur tubuh yang terbaring di atas katil itu di hampiri.Punggung di labuhkan di birai katil.

Wajah gadis yang sedang lena itu di tilik. Dari kening yang terukir cantik turun ke mata yang tertutup rapat.Turun pula ke hidung mancung milik gadis itu.Seketika mata melirik ke arah dua ulas bibir pucat milik Nia.Kesan lebam yang sedikit berdarah di hujung bibir itu di tatap penuh kesal.

"I'm sorry..."

Tok! Tok!

"Come in"

"Bos....Tan Sri call"

Muka di raup kasar.Tangan naik memicit dahi.Kepala terasa berdenyut tiba tiba. Terlalu banyak masalah yang datang. Keluhan berat di lepaskan. Wajah di paling memandang orang kepercayaannya yang masih setia berdiri di hadapan pintu bilik itu.

"Apa dia nak?"

"Tan Sri nak jumpa...dekat office dia, sekarang"

Nick mengeluh lagi. Wajah tenang Nia di pandang sekilas. "Tolong jaga dia untuk aku. kalau dia sedar,terus call aku" Terus dia bangkit dari duduk. Ada pehintungan yang perlu dibuat.Ada persoalan yang memerlukan jawapan.

"Kahwin dengan Nia..."

Wajah tua yang berada di hadapannya itu dipandang lama.Masih terkejut dengan permintaan Tan Sri Hamdan itu. Jantung berdebar hebat.Kepala di geleng perlahan.Tak mungkin. Dia langsung tidak pernah terfikir sejauh itu.

"Ini bukan perkara main main, Tan Sri"

"No. Uncle tak main main. Tolong kahwin dengan Nia, Uncle tak nak kehilangan dia. Cukuplah dengan apa yang pernah terjadi dulu, Uncle tak nak perkara itu berulang lagi"

"Tapi...Tan Sri saya..."

"Tolong...uncle mohon, Tolong kahwini Nia. Tolong lindungi dia.Hanya Nick harapan uncle sekarang" Nick diam. Otak masih ligat berfikir. Ya, dia sayang Nia bahkan mencintai gadis itu. Tapi dia takut, Takut untuk mengalas amanah sebesar ini.Arrghh! kusut!

"Uncle cuma mahukan yang terbaik dan uncle percayakan kamu.Kamu fikir fikirkan lah ye" Nick masih diam tidak terkutik. Masih berperang dengan perasaan sendiri.Suasana sunyi dan dingin dalam ruangan pejabat itu langsung tidak dapat menenangkan hatinya.

"Oh ya...Alang alang Nia sekarang berada di bawah jagaan kamu, uncle nk mintak izin kamu.Errr.... Boleh Nia tinggal di rumah kamu buat sementara waktu?"

Nick kerut kening.Pelik.Tidak takut kah lelaki itu kalau apa apa terjadi kepada anak gadis kesayangannya itu?

"Uncle yakin orang orang Sean tak akan berani menganggu Nia selagi dia berada di bawah jagaan kamu..."

"No need to worry about that, Tan Sri. I'll take care of it.."Nick bersuara tenang.

Tan Sri Hamdan tersenyum lega. Dia tahu Nick seorang yang boleh di harap.Dia sudah dapat meneka hati pemuda itu sejak 7 tahun lalu, dimana sejarah hitam itu berlaku. Nick merupakan orang yang telah menyelamatkan nyawa anaknya.

Dalam masa yang sama dia tetap takut. Bagaimana kalau rahsia yang di simpan bertahun lamanya terbongkar.Penipuan yang telah dicipta untuk kepentingan diri sendiri.Jika Nick mengetahui hal ini,apa riaksinya? akan marahkah pemuda itu?

Nick tidak perlu tahu. Bukan sekarang.

Enjin kereta di matikan.Seatbelt yang melingkar tubuh di buka.Dengan lemah dia melangkah keluar dari kereta lalu menapak perlahan menuju ke arah Mansion miliknya.Beberapa orang anak buahnya yang menunduk hormat tidak dihiraukan.Kepalanya masih kusut memikirkan permintaan Tan Sri Hamdan itu.

Tibanya diruang tamu, terus tubuhnya di baringkan di atas sofa berangkai 3. Muka di raup kasar.Siling yang terukir cantik di tenung lama seakan penyelesaian kepada masalahnya ada di situ. Muka di raup sekali lagi.Kusut.

Keputusan yang dibuat untuk memgahwini Nia bukan jalan yang terbaik.Mengahwini Nia bermakna membawa hidup gadis itu ke lembah bahaya.Dia punyai ramai musuh.Bila bila masa sahaja boleh di serang. Untuk membatalkan dia tidak sampai hati. Malah hati sendiri turut bersetuju.

lengan kiri di letakkan atas dahi.Mata dipejam.Dia perlu merehatkan otaknya buat seketika.

_________________________

Mata dibuka perlahan. Di pejam celik beberapa kali untuk menjelaskan pandangan yang sedikit kabur. Anak mata meliar memerhati kawasan bilik asing yang di terangi cahaya malap itu.Berbagai persoalan bermain di fikiran.Di manakah dia berada sekarang? Bagaimana dia boleh berada di sini?

Tangan kanan yang berbalut di sentuh. Dia terjerit kecil apabila terasa sedikit sengal.

"You're awake..."

Dengan patas kepala di toleh kearah datangnya suara itu.Selimut di gengam dengan tangan kiri. Tubuh menggigil takut apabila lelaki itu melangkah menghampirinya.

"Who are you?"terketar ketar dia bersuara. lelaki yang berdiri tegak di sebelah katil itu dipandang takut.

"Cik Nia...jangan takut saya tak akan mengapa gapakan Cik. Baguslah kalau Cik Nia dah sedar" Lelaki itu dipandang dengan perasaan ragu ragu.

"Saya turun ambilkan air untuk Cik. Sekejap ya"

"Nanti! apa nama awak?"

"Saya Khalif...saya keluar dulu ya cik. Saya perlu beritahu kepada Bos dulu yang Cik Nia dah sedar..."

Cepat cepat khalif berlalu keluar.Nia blur. Dia masih keliru. kenapa dia dilayan sebegini baik oleh orang yang dia tidak kenali? dan Bos? Siapa bos?

Beberapa minit kemudian, Pintu bilik itu di buka dan di tutup.Nia duduk bersila di atas katil sambil menunduk memandang tangannya yang berbalut.Langsung dia tidak memghiraukan gerangan yang baru masuk ke dalam bilik itu, dia yakin itu Khalif yang membawa air minuman untuknya.

Beberapa minit berlalu tiada teguran mahupun huluran gelas kepadanya. Hairan akan hal itu, kepala di toleh kesisi. Dia terkaku.Pandangan redup dari figura yang berdiri tidak jauh darinya itu di balas. Jantung berdetak kuat.

Bilik yang tadinya bercahaya malap kini terang.Wajah figura itu semakin jelas. Matanya tidak salah memandang.Itu dia! memang dia!

"Ab..Abang Rais..."

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Hai guys! Harap korang enjoy baca part ni.😘😘

Saya ada publish cerita baru.
"SEANDAINYA..."

Jadi siapa² yang sudi boleh la baca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jadi siapa² yang sudi boleh la baca.Harapnya suka la ye😘

*Saya ada terfikir nak buat story baru kisah Nick x Nia ada yang berminat tak? tapi lepas PHati ni tamat la..*

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now