Part 23

2.6K 93 3
                                    


Kotak first aid kit Irasya buka. Satu plaster dicapai.Perlahan lahan plaster tersebut ditampal pada jari manisnya.Dia berdesis perlahan. Terasa pedih apabila plaster tersebut melekat pada luka yang masih baru. Selesai majlis nanti pandai pandai la dia sapu ubat.

Ini semua Cincin tu punya pasal. Menyesal pulak dia pergi sarung hari tu..

" Bagus, Semua ada dekat sini. Papa, Mama dan Abang. Rasya nak mintak maaf banyak banyak atas apa yang Rasya dah buat hari tu... dan berdirinya Rasya di sini pada malam ini nak membuktikan bahawa, Saya Hani Irasya Binti Mohd Ziad tidak akan melarikan diri pada hari pertunangan yang bakal berlangsung. Saya juga errr... menerima ba..bakal tunang saya dengan ha..ti yang terrrbuka"

Terjongket sebelah kening Datin Hanina memandang anak bongsunya. Haris Irsyad tahan senyum manakala Dato' Ziad tayang muka terkejut mana taknya sedang mereka bertiga tengah fokus tengok buletin utama, tiada angin tiada ribut tiba tiba Irasya datang mengejut berdiri depan tv.

Tanpa menghiraukan pandangan pelik tiga manusia tersebut, kotak cincin pemberian keluarga Darrish semasa hari peminangan yang sedari tadi berada dalam gengaman dibuka. Cincin belah rotan di keluarkan dari tempatnya lalu di sarung kasar ke jari manisnya.

Tangan Kanan di angkat separa dada menayangkan cincin yang tersarung elok di jari pada Papa, Mama dan Abangnya.

Beberapa jam selepas itu dia menyesal. Bukan menyesal sebab terima Darrish tapi menyesal sebab sarung cincin tu!

Masa sarung tu takde pulak dia rasa cincin tu ketat. Tak tahulah jari dia yang makin gemuk atau cincin tu memang kecil. Macam macam cara dah dia cuba, Guna sabun, Lotion, minyak rambut tetap juga cincin tu tak nak berpisah dengan jari dia.

Pantulan wajah di cermin almari solek di tenung lama. Betul ke itu dia? Asal nampak lain. Wajah yang selama ini hanya biasa biasa tampak lebih menawan dengan gaya solekan yang tidak terlalu tebal. Pembetulan, Muka dia bukan biasa biasa okay! Tapi cantik asal.

Dalam beberapa jam saja lagi dia akan bergelar tunangan orang secara rasmi. Semua ahli keluarga telah diberitahu bahawa dia bakal bertunang hari ini. Termasuk nenek di kampung, Tetapi Nek Nab tidak dapat hadir kerana tidak larat berjalan jauh. Saudara mara yang tinggal berdekatan turut hadir membantu dan memeriahkan majlis yang bakal berlangsung nanti.

Irasya bangkit dari duduknya. Tadi Datin Hanina menyuruh dia turun menuggu di bilik tetamu tingkat bawah, katanya bila majlis sudah bermula nanti tak payah susah susah naik ke tingkat atas untuk memanggil Irasya.

Kain yang sedikit ketat di bahagian lutut menyukarkan dia untuk melangkah.  Siapalah yang reka baju ni? Eishh! cantik aje tak guna kalau tak selesa dipakai. Nak tarik ke atas sikit tak boleh sebab dia tak pakai stoking karang tak pasal pasal tertayang betis pulak dahla sepupu dia dekat bawah sana tu ramai yang lelaki.

"Ni kenapa mulut memuncung kalah ititk pulang petang ni? practice nak cium bakal tunang  ke? kau jangan dik, baru tunang je tak kahwin lagi" Haris Irsyad yang muncul secara tiba tiba itu menyebabkan darah Irasya makin mendidih. Ayat dia tu tak boleh ke kalau tak menyakitkan hati? Nak bergurau tak kena masa. Ada jugak yang kena bungkus macam Mummy dengan baju ni petang karang.

"Apa Abang mengarut ni? Eiii... kalau halal pun tak hingin la orang nak cium dia! Nampak tak orang sussah nak jalan ni? Bukan nak tolong. Abang dengan baju ni sama je, menyakitkan hati!"

"Amboi amboi! sedap mulut aje dia mengutuk. tahu tak berapa lama designer ambik masa nak siapkan satu baju? Sampai tak tidur malam tau. ingat senang ke?Diorang berpenat lelah nak siapkan baju tu last last kena kutuk. Tolong appreciate sikit hasil kerja orang tu" Makin panjang muncung Irasya.

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now