"Bertuah punya anak dara! bangun bangun jer terus makan ya? bukan reti nak tolong Mama masak dekat dapur"
Irasya yang sedang mengunyah nasi goreng kampung tersedak.Cepat cepat cawan berisi hot chocolate di teguk.Nasib baik suam, kalau tidak habis melecur mulutnya nanti.
"Kalau dah jadi Isteri orang nanti Mama tak tahu la apa yang akan jadi dengan rumah tangga kamu! silap hari bulan dapat madu!"
"Ishh...apa Mama ni! siapa nak kahwin? Rasya tak nak" Semenjak dua menjak ni entah kenapa, hati rasa panas jer bila cakap pasal hal kahwin ni.Tak suka!
"Hah...ingat elok la macam tu? Nabi tak mengaku umat tau!" Irasya diam. Nasi goreng yang masih berbaki di dalam pingan di habiskan. Dah tak ada guna nak berbahas soal tak nak kahwin ni bila Datin Hanina dah cakap macam tu.Sebelum kena ceramah baik dia mengalah.
"Mama, Papa mana?"
"Dah habis makan baru nak tanya? Papa dengan abang pergi office kejap. Pukul 11 nanti diorang balik la..."
Irasya hanya menganguk.Haishh... kesian Papa...hari cuti pun kena pergi pejabat.
Mesti ada yang tertanya tanya apa yang dah terjadi antara Irasya dan abang dia tu kan? Tak ada yang menarik pun, cuma diorang still perang dingin.Haris Irsyad langsung tak tegur dia dalam 3 hari ni. Irasya pula langsung tidak ambil kisah tentang hal itu. Kalau bercakap pun buat sakit hati aje. Mujur Dato Ziad dan Datin Hanina tidak dapat menghidu pergaduhan antara,mereka. jika tidak sudah pasti Irasya orang pertama yang disaol.
"Kamu pakai cantik cantik ni, nak pergi mana?"
Irasya menunduk memandang pakaian yang tersarung di tubuhnya. Nampak over sangat ke pakaian dia?
Blouse bewarna biru muda dipadan kan dengan Palazo bewarna putih."Nak keluar dengan Aryan ke?"
Uhuk!
"Ingat orang tak ada kerja lain ke? Mama dengan Abang sama jer, Asyik asyik Darrish aje yang di sebutnya"
"Yang kamu marah sangat ni kenapa? Mama tengok baik jer budak tu"
"Dah la... Malas dah nak bahas pasal hal ni. Ni Rasya nak mintak izin nak keluar jumpa Myra. Mama dia mintak tolong cari barang and hias restaurant,kawan Aunty Gayah nak sambut birthday anak dia dekat sana."
"Hurmm...pergi lah, kirimkan salam Mama pada Gayah dan Myra ye"
"Okey Ma"
Irasya bagun dari duduknya lalu berlalu ke biliknya untuk memakai tudung."Jangan lupa kirim kan salam Mama tu..Bawak kereta elok elok"
"Iya ma... Rasya takkan lupa" Tangan Datin Hanina di salam dan dikucup lembut. Langkah di bawa ke arah kereta Mini Cooper bewarna maroon miliknya.
"Bye Mama, Assalamualaikum"
"Waalaikummussalam..."
Datin Hanina masih setia menanti di muka pintu sehingga bayangan kereta milik Irasya hilang dari pandangan. Baru sahaja remote pintu pagar automatic itu ingin di tekan. Tiba tiba dua buah kereta mewah masuk ke perkarangan rumah banglo itu.
Datin Hanina berkerut memandang kearah dua buah kereta mewah itu.Siapa pula yang datang waktu pagi begini? kenalan suaminya kah?
_____________________
"Weh...anak kawan Mama kau tu umur berapa? lelaki ke perempuan?"
Soal Irasya sambil membelek belek belon hiasan yang bewarna warni itu."Allah! aku lupa laa" Myra tepuk dahi. Tangan di seluk ke dalam handbag.Telefon pintar miliknya di keluarkan.Nombor Puan Gayah di dial.
YOU ARE READING
Penipuan Hati♥ [HIATUS]
Fiksi RemajaBerita mengenai Khairul Akil yang telah berkahwin menyebabkan Hani Irasya tertekan.Lelaki yang selama ini di cintai sepenuh hati telah menipu dirinya dan dia terpaksa berpura pura kuat di hadapan keluarganya.Di sebabkan hal itu dia memaksa dirinya u...