Part 28

2.4K 78 15
                                    

Betul kata Darrish dia demam balik. Pulang saja dari masjid tadi badan terasa lemah atas arahan Datin Hanina dia terus berlalu ke bilik untuk berehat. Dia langsung tidak ambil kesah tentang Darrish lantak dia la nak buat apa pun yang penting jangan ganggu buat masa sekarang. Tetamu yang berada dibawah pun dia malas nak ambik tahu. Bunyi macam sombong tapi nak buat macam mana bukan dia,mintak nak jadi macam ni pada hari perkahwinan pulak tu. (walaupun sebenarnya dia ada mintak)

Buka saja mata benda pertama yang dia tengok adalah jam. Pukul 7:10 petang tak lama lagi nak masuk waktu maghrib. Perlahan lahan dia bangun dari pembaringan. Kepala dah rasa ringan sikit. Tubuh terasa berpeluh.mungkin kesan ubat yang Datin Hanina beri lepas solat asar tadi.

Bunyi pintu di buka dari luar membuatkan Irasya terkaku dibirai katil. Irasya pandang Darrish. Darrish padang Irasya dan krik krik krik

"Err...awak dah bangun" Darrish gosok belakang leher. Awkward.

"Ba...baru je sedar tadi" lepastu krik..krik balik.

Irasya betulkan rambut. Darrish pula masih berdiri kaku di depan pintu.

"Tadi Papa ada ajak solat berjemaah ramai ramai kat bawah. Ermm... awak boleh solatkan?" Irasya angguk.

"Owh, kalau macam tu saya pergi mandi dulu. Lepastu baru awak boleh kan?"

"Okey"

Dengar sahaja jawapan Irasya. Kaki terus dibawa ke arah bag bajunya yang terletak dipenjuru bilik. Sehelai t-shirt, tuala, kain pelikat serta berang keperluan yang lain dia keluarkan.

Tubuh dipusing menghadap Irasya sebelum kaki melangakah menghampiri si isteri. Irasya mula kalut. Dah kenapa Darrish nak datang ke sini.

"Kejap" Tangan besar itu sekali lagi melekap kedahi.

"Dah tak panas sangat ni. okeylah saya pergi mandi dulu" Sebaik sahaja pintu bilik mandi tertutup Irasya mendengus kuat.

"Tak boleh ke tanya je? perlu ke sentuh sentuh? eeeei. geram aku dengan mamat ni"

__________________________

Baru saja ingin melelapkan mata bunyi suara seakan orang bergaduh membuatkan Darrish membuka mata kembali. Bunyi macam dekat aje.

Dalam kesamaran cahaya lampu tidur dia pandang Irasya disebelah. Mulut gadis itu bergerak gerak dan suara kuat seperti orang bergaduh juga keluar dari mulut halus itu. Mengigau ke?

Wait, Irasya mengigau? Darrish rasa nak tergelak. tubuh di pusing ke kiri. Tangan menampung kepala. Best jugak tengok budak ni cakap sorang sorang.

"Kau memang kurang ajarkan? Eiii kau ingat kau tu cantik sangat?!"

"Bergaduh dengan siapa la,agaknya tu"

"Apa! kau kata aku gemuk?!" Darrish tergelak. Serius la. Orang kata gemuk pun nak marah ke.

"Mari sini kau, kau memang nak kena kan!!"

Bukkk!

"Adoii. Aduh sakit!" Tangan menekup mata kiri. Darish bergerak menjauhi Irasya sebelum tubuhnya terjatuh ke bawah.

"Aduh mata aku, pinggang aku"

"Hahaha. Padan muka kau! siapa suruh cakap aku gemuk kan dah mendapat. Nak lagi ke?"

Ni memamg betul betul mengigau ke saja tak nak bagi dia tidur atas katil?

"Aduh! ada ke patut aku yang tak ada kaitan ni ditumbuknya? tolonglah jangan lebam." apa ke malang nasib dia. malam pertama makan penumbuk.

Sekarang ni mana dia nak tidur. Dia takut nak tidur tepi Irasya lagi silap silap kejap lagi kena terajang pulak tak ke naya.

____________________


"Jom turun. Mama ajak sarapan. Diorang semua dah lama tunggu"

"Okey"

Setibanya mereka diruangan makan. Keadaan yang tadinya bising seperti ditaman permainan bertukar manjadi sunyi seperti di dewan peperiksaan. Semua mata yang ada asyik memandang mereka berdua, atau lebih tepat lagi pandang Darrish.

"Nak makan apa?"

"Mee goreng"

Mangkuk berisi mee goreng dicapai lalu disendukan ke dalam pingan milik dihadapan Darrish. Pandangan aneh mereka yang berada dimeja makan itu diabaikan.

"Kenapa korang pandang kami macam tu?"

"Kami saja je nak tengok. Pengantin barukan. Dah kamu makanlah" Dato' Ziad menjawab. Darrish senyum saja sebelum menyudu mee goreng yang masih berasap tipis ke mulut.

"Bro, aku nak tanya asal mata kau lebam?" Soalan polos Haris Irsyad hampir saja membuatkan dia tercekik.
semua yang berada di situ menunpukan perhatian kepadanya
"Ni ke? ni sebab emm..." apa dia nak jawab ni?

"Ni sebab semalam. main handphone pastu tertidur then jatuh atas muka. sebab tu jadi macam ni"

"Yeke handfone jatuh atas muka? macam kena tumbuk aje. Ni mesti adik aku punya kerjakan?"

"apa orang pulak?"

"Eleh tak nak ngaku la tu. ganas jugak adik abang nikan"

"Eeeiii abang ni kan!"

"Dah dah depan rezeki pun nak gaduh. malu sikit dengan saudara mara kita ni. Makan diam diam" Datin Hamina menyampuk. Sebelum peperangan sudu garfu bermula baik dia cegah awal awal.

"Abang tu Ma!"

"Apa? betul la. Dia yang buat tak nak mengaku"

"Harris Irsyad! jangan nak mula eh"

"Okey orang diam"

akhirnya mereka bersarapan dengan tenang pada pagi itu.


#Apa benda aku mengarut ni😅 sampai 3 bab pulak tu. maaf la kalau rasa tak logik dan bosan otak sis dah dah sewel sejak PKP ni😂

#Stay at home
#Stay safe
#Kita jaga kita


Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now