Part 25

4K 132 31
                                    


"I tak sangka you sudi terima  pelawaan I"

Natasya senyum manis. Darrish hanya menunduk nemandang meja. Halah, kenapa dia mudah saja menerima ajakan gadis itu untuk makan tengahari bersama? Cepat saja kepalanya diangguk setuju tadi dan sekarang dia berada disebuah restaurant didalam kompleks membelibelah, sedang duduk berhadapan dengan Natasya. Gadis yang sudah bertahun tahun tidak bersua.

Natasya pandang wajah Darrish. kegelisahan jelas terpancar diwajah tampan itu. Takut kena marah dengan girlfriend mungkin atau lelaki itu tidak selesa bertemu dia.

"You nampak gelisah. Kenapa? Takut awek you marah?"

"No! I cuma terfikirkan tentang meeting kejap lagi tu je" cepat saja Darrish bersuara menafikan

"Owhhh...Dah lama kita tak makan sama sama macam ni kan?" Darrish hanya menganguk perlahan. Ya, memang sudah lama mereka tidak duduk semeja dan berbual mesra. Oleh sebab itu Darrish berasa sedikit kekok untuk berhadapan Natasya. Tiba tiba kenangan silam yang telah lama cuba dilupakan mula terlayar di ingatannya. Dalam diam dia berharap agar segala memori silam ini dapat dihapuskan dari ingatannya dengan segera.

"You tak pernah berubahkan Arrish sikap you masih sama macam dulu. Cuma satu benda saja dah berubah. You nak tahu apa dia?"

"Apa?"

"Wajah you. Nampak lebih macho lebih gentle dari dulu dan Lebih handsome. Walaupun ada sedikit perubahan tapi I still boleh cam you" Darrish tergelak kecil entah kenapa kata kata gadis itu terasa kelakar. Adakah itu satu pujian untuk mengambil hatinya?

"What about you?"

"I? ada apa dengan I?"

"Yeah, you. You pun dah banyak berubahkan?"

Natasya senyum simpul. Tak sangka lelaki itu sedar akan perubahan dirinya. Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan datang menghantar pesanan mereka. selepas mengucapkan terima kasih Natasya kembali bersuara

"I rasa tak ada apa apa perubahan pun pada diri I. I masih Natasya Imani yang dulu"

"Ohh, mana pergi semua baju tak cukup kain you dulu? mana pergi rambut kaler pelangi you tu? sejak bila you pandai bakai pakaian yang tertutup macam ni?"

"Auch! Pedas betul sindiran youkan. Sakit hati I" Tangan naik mengusap dada. Saje nak berdarama. Dia tak ambil hati pun dengan 'sindiran' Darrish itu.

"Well, people can change right? I berubah untuk kebaikan semua. I nak orang kenal  I sebagai Natasya yang sekarang. Bukan yang dulu"

"Pain make people change" Darrish bergumam perlahan tetapi kedengaran jelas di telinga Natasya. Wajah ditunduk memandang hidangan di atas meja, bibir mengukir senyuman tipis cuba untuk menahan rasa yang terbuku dihati.

Ya Arrish kesakitan yang telah ubah diri saya.


________________




"Tuan Darrish Aryan!"

Baru sahaja kaki ingin memijak anak tangga. Suara itu bergema kuat. Cepat cepat tubuh dipusing ke belakang. Puan Sri Azlia duduk berpeluk tubuh. Wajah putihnya bertukar merah menahan marah. Mata mencerlung tajam menikam wajah Darrish yang masih blur dengan jeritannya tadi.

"Kamu dari mana?"

"Office, Baru lepas meeting"

"Sebelum meeting kamu pergi mana?"

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now