Part 9

2.9K 104 1
                                    

#Re-edit#

"Pak cu nak gi ane?"

"Pak su nak pergi jepun! Nanti pak su bawak balik buah tangan dekat Mia.Okey?"

Damia sudah mencebik ingin menangis.
"Nak itut!!" Sudah! "Errr...tak boleh la Mia.. Pak su nak pergi sorang je"Baik punya alasan dia bagi.Apa lagi bergema la suara tangisan si kecil itu di dalam bilik dia

"Pak cu ahat!!"

Pap!

Ipad yang di pegang oleh Damia selamat mendarat atas lantai.Darrish yang melihat sudah membulat mata.Oh No!

"Mia anak kawan gan pak cu! Pak cu butan pak cu Mia!"Makin kuat Damia meraung.Ipad yang berderai di atas lantai itu langsung tidak di hiraukan.

"Errr...Mia jangan macam ni..."
"Mia enci pak cu!" Terus dia membuka langkah berlari meninggalkan Darrish yang masih terpinga pinga

"Mia! Nanti dulu..."
Baru sahaja dia membuka langkah

Krek!

"Damn!" Macam mana dia boleh lupa Ipad Damia jatuh dekat situ? Oh Shit!
Ipad Damia yang sudah Nazak terus Innalillah kena pijak!

Oleh sebab itulah Damia masih merajuk dengan dia. Dan sebab nak pujuk si kecik itu lah dia terlepas Flight ke Jepun!
Sia sia aje dia bersiap hari tu.Last last duduk rumah jugak!

Darwish awal awal lagi angkat tangan tak nak masuk campur.Sebab dia tahu macam mana susahnya nak pujuk anak dara dia tu bila merajuk! kalah adik dia.

Darrish buntu.Dah macam macam dia buat.Bagi coklat dah,bagi Teddy bear baru dah.Apa lagi yang patut dia,buat?

Tubuh di baringkan ke atas katil.Berkelip kelip mata dia merenung siling.Nak kena mintak tolong Darlina ke? Masalahnya adik dia yang seorang itu sedang ber'Honeymoon' di New Zealand sekarang ini.

".....Pak cu butan pak cu Mia!"

Teringat akan kata kata Damia itu Darrish tergelak sendiri.Dia sebenarnya anak kedua dari tiga adik beradik.Bukan bongsu.Sewaktu Damia lahir dahulu teruk jugak dia bergaduh dengan Darlina kerana asyik berkeras membahasakan dirinya Pak Su dengan Damia.

Sengaja dia menyuruh Damia memangilnya Pak Su.Katanya dia anak bongsu jugak,anak bongsu lelaki.Perasan muda betul!

"Kalau aku mintak tolong Irasya.Dia nak tolong tak?"

Tingg!
tiba tiba mentol menyala di atas kepala(😝).
Kenapa dia tidak terfikir selama ini? Tapi nak ke Irasya tolong dia? Masa mereka keluar semalam pun gadis itu,seakan malas mahu melayan dia.

Lengan di letakkan ke atas dahi.Matanya masih asyik merenung siling.Keluhan di lepaskan.Sebut pasal Irasya, Terasa rindu untuk menatap wajah cantik itu.Terasa,Rindu mahu mendengar suara merdu gadis itu.Darrish tersenyum sendiri.

Tangan Naik menampar pipi sendiri.Bengong kau ni Darrish! Anak dara orang tu! Terlebih angau dah ni.Parah! Kena mintak Ibu dengan Ayah masuk meminang ni!

____________________________

Headphones di sarungkan ke telinga.Lirik lagu yang terpapar di screen laptop itu ditatap seraya mulutnya turut menyanyikan lagu tersebut.

Itulah rutin harian Irasya setiap kali dia berasa bosan.Nak bekerja Papanya tidak mengizinkan.Belajar aje tinggi tinggi akhirnya duduk rumah jugak.

Television yang sengaja di pasang di pandang sekilas.Dia tak suka sangat tengok drama melayu.Drama arab je dia tengok.Cehh! lupa daratan betul.

Sesekali dia menguap.Haish! Bosan!
Nak ajak Myra keluar gadis itu kerja part-time.Nak kumpul duit meminang bakal suami katanya.Dasar sengal.
Jawabnya terperap dalam rumah je la dia hari ni.

Biasanya kalau waktu begini pasti sahaja Khairul Akil ada bersamanya. Pasti lelaki itu ada untuk menghiburkan dia.Setitis air mata mengalir ke pipi.Laju sahaja tangan naik mengelap pipi.

Walau sekuat mana dia cuba melupakan lelaki itu.Semakin kerap bayangan lelaki itu muncul.Walau sekuat mana diri dia menegah,Namun Hati tetap tidak mampu memadam nama Khairul Akil dari bertahta di hatinya.

Entah sampai bila dia harus begini. Kenapa cukup susah untuk dia melupakan Khairul? Kenapa hati ini sungguh degil!

Haish....bila agaknya dia boleh melupakan lelaki itu?

Daripada pening kepala duk fikir pasal ni.Baik dia tidur.


_______________________

"Woi! Bangun! tak elok tidur lepas asar! nanti kau jadi gila..."Selimut yang menutupi tubuh Irasya itu di tarik kasar.Irasya mendengus geram bila tidurnya di ganggu.

"Rasya....bangun laa!"

"Ishh! bising laa" Selimut yang berada di hujung kaki di tarik hingga menutupi kepala.

Myrah garu kepala yang tidak gatal. Susah betul nak kejut Tuan puteri sorang ni!

Selimut tebal itu sekali lagi di tarik kuat lalu di campak ke bawah katil.Sekali lagi Irasya memdengus.Dengan rasa kantuk yang masih tersisa dia duduk bersila di tengah tengah katil dengan mata yang masih terpejam.

"Kau buat apa datang sini...tak kerja ke?" Rambut yang mengerbang ala ala singa di betulkan.Kalau An'mar tengok ni mesti ingat Irasya ni Species dia...

"Kalau aku tak datang suruh datang...
cakap rindu la apa la.Bila datang, nacam ni kau layan aku?"

Irasya tayang muka toya

"Pergi kerja la jangan kacau...aku nak tidur"

"Amboi amboi! macam ni la kawan!  Bila nak cari siap pujuk lagi konon 'kau la kawan aku dunia akhirat' 'kau la bestfriend aku'! Bila tak nak,buang!"

"Apa apa jelah..." Irasya menjawab malas. Tubuh di baringkan ke atas tilam kembali bantal peluk di capai lalu di peluk erat.

Myrah hanya mengeleng.Dia langsung tidak terasa hati dengan layanan gadis itu dan ini bukan kali pertama dia mengejutkan gadis itu untuk bangun. Hani Irasya ni memang liat nak bangun! Dia dah pernah kena tendang  dengan minah sorang tu.Sakit? entah.tapi terduduk jugaklah dekat lantai.

"Ya Allah! bangun la! ishh...geram betul aku dengan minah ni laa!"Tangan naik mencekak pinggang "Dah berapa lama kau tidur ni? dah solat ke belum ni?"

"Urmmm... pukul berapa sekarang ni?" Huh!baru nak terlelap.
"7:34 p.m."

"What?!!!" Mata yang mengantuk terus segar. "Asal kau tak kejut awal awal!" Myrah mencebik.Hailah...minah ni.

"Aku dah terlepas waktu zohor and Asar tahu tak!"Sesudah bicara terus dia melangkah laju ke bilik air.

________________________

"Bila agaknya adik kamu tu nak kahwin? Umur pun makin lama makin tua. Kalau anak anak kawan Ibu umur 27 tu dah ada 2 3 orang anak dah..."

Darwish hanya mendengar sambil tersenyum.Tak tahu apa yang perlu dia jawab.badan anak keduanya Darius yang terlena di atas ribaan nya di tepuk perlahan.

"Ibu tanya Along ni!"

"Lepas ni kawin laa...Arish tu, Ibu tak payah fikir pasal ni.Pandai pandai la dia.."

"Lepas ni tu bila? Tahun depan ke 10 tahun lagi? Ibu kalau boleh nak tengok semua anak Ibu bahagia..Ibu nak sangat tengok Arrish tu kahwin..."Kata Puan Sri Azlia

Raut Wajah Puan Sri Azlia Darwish pandang lama.Wajah itu seakan berharap. Tapi apa yang dia boleh buat kalau Tuan punya badan sendiri tidak mahu...

"Ibu rasa...Ibu kena carikan jodoh untuk Arrish,anak kawan Ibu ramai je yang minat dekat Arrish tu"

"Arrish tak mungkin akan setuju degan cadangan ibu tu...Along pun tak setuju, Arrish boleh cari kebahagiaan dia sendiri...bu, Mungkin dia dah ada calon.
Kita tunggu khabar baik dari dia nanti"

Pintu bilik di tutup perlahan.Langkah di bawa ke arah sofa mewah yang berada di bilik itu.Punggung di labuhkan di sofa. Tubuh di sandarkan dan kepala di dongakkan memandang siling yang terukir cantik.

Mata di pejam.Masih tergiang giang di telinganya perbualan antara Darwish dan Ibunya sewaktu dia sedang menuruni tangga untuk ke Dapur.

"Ibu nak aku kahwin?"

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now