Part 19

2.2K 75 3
                                    

Earphone di sumbat ke dua dua belah telinga.Barisan klip video yang tertera di skrin lebar smartphonenya discroll dari atas ke bawah.Tengah stress ni layan youtube kejap untuk tenangkan diri.Satu klip video di pasang. Berkerut keningnya cuba menghadam melodi dan lirik yang sudah di translate kan ke bahasa inggeris yang tertera di bawah video tersebut.
Youtube pun dah cangih sekarang ni.

Ini semua Darlina punya idea.Katanya kalau nak curi hati perempuan macam Irasya dia perlu mendalami dan cuba minat apa yang gadis itu minat.Macam yang dia tengah buat sekarang ni, dengar, memahami dan mengkaji lagu lagu arab di youtube.Baik punya idea Darlina bagi, otak dia yang sakit sekarang ni.

"Tuan....Ini fail yang perlu di tandatangan" Senyap.Rashdan pandang bosnya. Kehadirannya lansung tidak di pedulikan. Pelik pulak bos dia hari ni.

"Tuan.."Darrish masih diam

"Tuan!" Rashdan geleng kepala.Bos dia ni dah kenapa? Darrish yang sedang duduk di kerusi itu di hampiri.Dia berdiri di sisi lelaki itu,Darrish langsung tak perasan akan kehadiran dia.

Rashdan tunduk.Mata turut memandang skrin telefon milik Darrish. "Tuan tengok apa ni? Sampai saya masuk ke sini pun tak perasan"

Terasa ada haba panas menghembus ke muka.Darrish toleh ke sisi.

"Allah! Allahhuakbar!Astagfirullahaladzim!
Astagfirullahaladzim"

Darrish urut dada.Terkejut.Mulutnya di tenyeh tenyeh dengan belakang tangan.Rashdan sudah tergelak sakan.Darrish jeling tajam.Jangan la ada orang nampak apa yang jadi tadi. tak pasal pasal viral!

Dia tercium Rashdan.Di ulang, Dia TERCIUM Rashdan!

"Sayang jugak Tuan dekat saya..."

"Tak ada maknanya.Kau ingat aku Gay?! tak pasal pasal first kiss aku dah tercop dekat pipi kau.Eiii...geli tau tak geli! Kau ni pun satu masuk tu tak reti nak bagi salam or ketuk pintu dulu ke? Nasib baik aku tak ada sakit jantung je"

"Saya dah ketuk Tuan.Mujur tak tercabut aje pintu tu saya ketuk.Dah Tuan tak jawab saya pelik, so saya masuk jelah.Tuan tak perasan lansung saya masuk sini.Bila saya nak tengok apa yang Tuan tengah fokus sangat tu..Ehh tiba tiba kena kiss pulak. Kesian bakal isteri dapat pipi bekas orang"

"Diam lah!" Bengang pulak dia rasa.

Darrish berdehem.Dia betulkan duduk.Kedua dua tangan di letakkan di atas meja.Kerusi di hadapan Darrish di tarik Rashdan lalu melabuhkan duduk di situ.Biarlah Darrish tak suruh duduk pun, dia nak duduk jugak.

"Sila turunkan tandatangan Tuan dekat sini, dan sini" Fail yang sudah dibuka diletakkan di hadapan Darrish.Lelaki itu hanya menurut.

"Terima kasih Tuan, Saya keluar dulu"

"Hmmm"

Ting!

Kosentrasinya sedikit tergangu.Penanda buku di selitkan di muka surat yang dibaca, lalu novel bertajuk Qalif Watak Cinta terindah karya Dila Dyna ditutup.

Siapa yang rajin sangat jadi burung hantu malam malam buta ni. Aplikasi whatsapp
dibuka.Ada berpuluh puluh mesej dari group dan beberapa orang rakannya yang belum di baca.Lain kali jangan masej dia masa tengah baca novel memang dia tak akan baca punya. paling tidak pun dia balas bluetick saje.Baik betul perangai!

Nama seseorang yang berada di barisan atas menarik perhatiannya.Maknanya manusia itulah yang menghantar mesej padanya sebentar tadi.Haishh...Tak tidur lagi mamat ni.

Perlu ke dia buka? buka, tak payah.Buka? tak payah? Buka jelah

"Video apa pulak ni?"

Irasya tersenyum simpul apabila video yang dihantar oleh Darrish itu di buka.
Elehh...ingat sweet le tu hantar lagu ni dekat dia pagi pagi buta ni.Tak cair pun!

"Maak Albi, you have my heart.Yela tu! Saya tahu la awak cuba nak pikat saya.Tapi maaf saya tak terpikat langsung" Yelatu tak terpikat senyum pun sampai ke telinga.Video itu pun dia tengok sampai habis Tak terpikat lagi ke macam tu Irasya oi!

Jari mengscroll ke atas.Tiba tiba rasa rajin pulak nak baca mesej dari lelaki itu. Irasya baca satu persatu.Senyumannya makin lebar.Tak ada apa yang menarik pun sebenarnya, lelaki itu hanya bertanya khabar dan selebihnya emoji berbentuk hati.

Saat terbaca mesej yang bertarikh tiga hari lepas matanya membulat.Nafas seakan terhenti buat seketika.Tangannya terketar ketar.Tak mungkin!

Hari ahad nanti keluarga saya akan ke rumah awak.Mereka akan pinang awak dan tetapkan tarikh pertunangan kita.Saya harap awak bersedia♥

Hari Ahad?Esok?!

Jam yang tertera di skrin lebar itu di kerling. Pukul 1:53 pagi! Sekarang ni dah masuk hari Ahad.

Keluarganya pasti sudah sedia maklum akan perkara ini.Patutla masa makan malam tadi Mama, Papa dan Abangnya asyik bercakap soal tarikh yang sesuai.Irasya dan Darrish yang menjadi topik utama perbualan mereka tadi.

Irasya langsung tidak ambil pusing soal itu.Apa yang ada dalam kepalanya pada masa itu hanya ingin cepat cepat habiskan makanannya dan naik ke bilik untuk membaca novel.

Bodoh kau Irasya! kenapa kau langsung tak peka soal ini? Aduh! what should I do now?

Penipuan Hati♥ [HIATUS]Where stories live. Discover now