Bab 1

374 5 1
                                    

    Ruang kafe yang menarik dan tenang dapat menarik perhatian pelanggan yang lalu dihadapannya. Peluh di lap perlahan. Panas terik matahari sungguh melelahkan .

    "Auch! Sorry" Tercungap-cungap aku meminta maaf kepada seseorang yang melanggarku. Ewahh! Patutnya dia yang meminta maaf kepadaku. Sakit kot bahu kiri aku memang badan batu betul!

    "Eh! Patutnya saya yang meminta maaf. Maaf ya cik saya kena cepat ni. I have to go now. Ada jodoh kita jumpa lagi. " suara garau seseorang. Tanpa memandangnya aku terus meluru masuk ke dalam The Coffee Prince.

    "Ada jodoh kita jumpa lagi? Argh! Makin stress aku. Mana Ifa dan Isha ni? Boleh tua aku tunggu dia orang. Tah lah terpaksa jalan kaki kereta buat hal pula aduh! Geram aku. " Macam orang gila pula cakap sorang sorang.

    Sakit hati aku dibuatnya. Sudahlah orang langgar aku tadi, nasib baik dia meminta maaf. Kereta pula buat hal. Hari apakah ini? Aku mengeluh kesekian kalinya. Terpaksa jalan kaki dari universiti ke kafe favourite kami ni.

    Selama aku nelepak disini taj pernah pula aku memerhatikan dengan teliti ruang di dalam kafe ini. Kafe ni sangat cool. Aku mengeluarkan kamera DSLR. Canon eos 50 D yang tergantung itu dinaikkan. Klik! Aku menangkap gambar kafe ini. Jujur kukatakan dinding yang di cat hitam dan putih. Semuanya berciri hitam dan putih. Nampak sangat nice! Hilang juga stress yang melanda.

    "Ikha! Sorry sangat sangat, Puan Lisa minta tolong tadi. Aku bawak kereta macam pelumba yang dekat Sepang tu tau. Risau kau marah sorry babe! "

    Hati yang tadinya ingin marah kerana terkejut dan lambat sampai tiba tiba menjadi sejuk. Kasihan pula aku melihat Ifa yang berasa sangat bersalah. Dia lah sahabat aku. Dari zaman sekolah rendah sampai lah sekarang. Semuanya dikongsi bersama, pahit, manis, masin, tawar, suka dan duka. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Puteri Asyifa bt Akmal Syarif.

    "Maaf tak diterima. " Aku berpura pura marah. Aku suka menyakatnya. Sejak dibangku sekolah lagi aku digelar 'princess sakatio'. Walaweh! Sakatio? Hahaha. Aku biarkan sahaja.

    "Alaa, Ikha tak sayang aku dah ke? Hmm" Dia mencrbirkan bibirnya kebawah. Sumpah kelakar. Aku menahan ketawa.

    "Zalikha Airis bt Zakwan Albertino. Please forgive me. Please, please, please. " Geram pula aku kerana dia meminta maaf berkali kali. Sebut nama penuh pula tu macam nak akad nikah saja.

    Pelik ya nama ayah aku? Ayah aku seorang mualaf. Dilahirkan di Itali. Maknanya aku kacukan melayu-itali. Apabila melihat Ifa aku tergelak terbahak bahak.

    "Apasal kau gelak? Hah! Saja lah tu nak sakat aku. Dasar princess sakatio. "

    Aku hanya mampu ketawa. Lalu datang seorang manusia yang berjantina perempuan. Siapa lagi kalau bukan Isha. Adik 3 minit. Lebih tepat lagi kembaranku. Zalisha Airin.

    "Okey okey aku saja aje. Hai Isha! Dari mana ni? "Tanyaku sebaik sahaja dia mengambil tempat di sebelahku. Ifa hanya memandang.

    "Hello Isha" Tegur Ifa.

    "Isha dari library. Saja cari kau tadi. Isha tengok kereta kau terdampar di tepi jalan. Apasal? " Isha bertanya. Serta merta aku dan Ifa ketawa.

    "Macam mana boleh terdampar kau punya kereta Ikha? " Hesh! Minah ni saja aje ya aku cepuk kang.
    "Tak tahu lah apa yang rosak. Aku dah call mekanik tadi. Hmm aku jalan kaki aje tadi lepastu ada pula Mamat badan batu terlanggar aku masa nak masuk ke kafe ni tadi. " Aku bercerita kepada mereka apa yang telah berlaku.

    "Jodoh kau kot" Isha membalas dengan perkataan yang merepek. Ifa menganggukkan kepalanya seperti ayam yang terhantuk kepala.

    "Eh! Apa ni Isha" marahku. Main jodoh jodoh pulak. Aku tak nampak pun muka dia tadi ish! Memang tak lah.

    "Jangan gaduh kat sini pula. Calar imej aku nanti dapat member macam korang. "

    Aku dan Isha ketawa. Kami hanya bergurau. Itu lah rutin harian kami, suka bergurau. Kembar sejati katakan.

    "Order miss" Aku rasa pelayan memang tahu air kami barista juga tahu. Sesat planet mana lah Mamat ni?

    "Macam biasa" kata kami serentak. Kami pelanggan tetap disini. Tapi pelik juga aku kebiasaannya kami tak perlu mengambil order kerana menu kami tidak pernah bertukar.

    "Excuse me? Macam biasa? Maaf miss saya pekerja baru. " The heck pekerja baru rupanya. Padanlah tak tahu apa yang kami minum.

    "Oh ya? Sorry, hot chocolate, cappucino latte and hot milk okay? " Hot chocolate my favourite! Hot milk mestilah untuk Isha. Cappucino untuk Ifa.

    "Oh. Thank you ." Dia berlalu pergi setelah mengambil pesanan.

    Kami melepak disitu sehingga petang. Bercerita dengan bermacam macam hal. Biasalah kalau berjumpa memang taj kering gusi kami hahaha.

*Baru saja berjinak jinak membuat novel berdasarkan cerita, kehidupan dan novel kegemaran. Mungkin tak sehebat penulis terkenal tapi saya sekadar ingin mengisi masa lapang. Selamat membaca!
   

  

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now