Bab3

141 1 0
                                    

    Malam ini, aku berdoa dengan panjang dan penuh keikhlasan seperti sebelumnya. Minggu depan akan bermulanya peperiksaan akhir semester. InsyaAllah dengan izin Allah segalanya akan dipermudahkan. Semoga cita cita menjadi seorang akauntan tercapai.

    Selepas berakhirnya peperiksaan itu, maka berakhirlah kisah aku di planet UiTM ini. UiTM akan aku tinggalkan sejuta satu kenangan. Eh!  Sejuta? Isha pula akan berdepan dengan peperiksaan dua minggu sesudah aku menjalani peperiksaan. Lain pula yang seorang ini. Minat dalam bidang kedoktoran nak jadi doktor pakar tulang katanya atau lebih tepat ortopedik.

    Telefon berdering minta dijawab. Cepat cepat aku melipat telekung dan sejadah lalu memasukkannya ke dalam almari.

    Dahiku berkerut sebaik sahaja memandang nombor yang asing bagiku. Private number? Manusia mana pula yang menelefon malam malam begini.

    "Assalamualaikum, Ikha ya? " Kata seorang manusia yang berjantina lelaki. Aku tahu lah dia lelaki sebab suara garau tak mungkin lah perempuan.

    "Waalaikumussalam, ya saya. Siapa di sana? " Seram pula aku jadinya, mana tahu ahli kongsi gelap ke. Eh! Tak kan baik sangat sampai bagi salam. Mungkin dapat hidayah dari Allah. Be positive!

    "Erm, ingat lagi tak saya? Mikail? Ala dulu saya senior Ikha tapi dah pindah ke oversea. "

    Aku terkedu. Pastinya aku ingat. Dia merupakan seorang lelaki yang dapat menarik perhatianku. Senang cerita crush aku. Aku seperti tidak percaya kerana dia menelefonku. Dulu pasti aku yang akan menelefonnya. Aku yang terkejar-kejar dia sedangkan dia tak pernah anggap aku lebih dari junior atau adik.

    "Ikha? Are you still there? "

    "Erm.. Aa yes. Oh Mika. Mana dapat nombor saya? " Pelik pula aku, tiba tiba dia dapat nombor aku ajaib bin ajibun betul.

    "Actually, hari tu ada terserempak dengan Ifa and then borak borak sekejap. Masa nak balik tu teringat pula nak minta nombor telefon Ikha. Saja aje call. Sorry ganggu. I have to go now. Erm by the way, nanti nak ajak Ikha keluar. Bawa Ifa sekali ya? Ada benda nak beritahu. "

    "Benda apa? Kenapa tak beritahu disini sahaja? " Malu lah aku nak keluar berjumpa dia.

    "Tak best pula cakap di dalam talian. Kita jumpa okey?  Nanti saya beritahu bila tarikh, masa dan sebagainya. Okey Assalamualaikum. " Talian terputus. Aku menjawab salamnya dalam hati.

    "Asam padi betul lah! " gumamku.

    Heshhh! Apa lah takut kantoi dengan bini agaknya. Eh! Bini?  Dia dah kahwin ke? Alaa melepas lah aku. Tapi dulu pun dia tak pandang aku. Mestilah ada orang yang sudah mencuri hatinya.

    Aku mula mengenalinya sejak aku menjejakkan kaki ke UiTM. Sewaktu itu aku membawa air sambil berborak dengan Ifa sampai tergelak gelak. Cerita pasal kura kura Ifa yang lambat berjalan je. Tiba tiba sahaja air yang aku bawa tertumpah kerana terlanggar seseorang. Tumpah di lantai aku tak kisah tapi terkena baju makhluk Tuhan.

    "Oh my gosh! Ya Allah, maaf maaf tak sengaja. " Mulutku terlopong habis habisan. Semut pun boleh serbu masuk.

    Aku lihat dia sedang membersihkan bahagian baju yang terkena air. Mungkin panas tapi setahu aku hot chocolate aku sudah pun suam.

    "Tak apa sikit sahaja ni. Maaf salah saya juga sebab sibuk dengan call sampai tak perasan orang . " Aku hanya tersenyum. Berbudi betul orangnya, sudah lah segak, kemas, bergaya pula tu. Astaghfirullah al-azim melalut apa aku ni.

    "Ini kad saya. Apa apa call sahaja. " Tak sempat aku hendak berkata apa apa dia sudah berlalu pergi.

   "Alahai hensemnya babe! " Ifa ni pantang nampak anak lelaki orang betul lah minah ni.

    "Kau ni! Semua lelaki hensem. Kalau boleh Pijan zaman sekolah kita dulu pun kau sapu kata hensem. " Geram pula aku. Tapi memang hensem pun.

    "Hei! Lebih lah tu sampai kaitkan Pijan si tahi lalat besar. " Dia memprotes.

    Terkekeh-kekeh aku ketawa. Pijan tu dulu dia cinta mati dengan si Ifa.

    "Kau ambil lah kad ni. Buat lah apa apa kau nak. " Aku segera pergi mengambil tempat duduk.

    Krekkk... Terhenti lamunanku apabila bunyi pintu dikuak dari luar. Wajah Isha terjegul di muka pintu.

    "Ikha.. Ikha dah tidur ke? " Eh! Dia ni tak kan tak nampak aku tengah study ni.

    "Belum lagi, tengah buat kek ni. Kenapa? Ada berita fasal orang nak baling bom ke? " haa macam mesin gun aku balas soalannya.

    "Ikha jangan lah main main! " katanya dengan nada yang menahan marah. Dah dia tanya aku dah tidur ke belum aku jawablah. KBAT kot soalan dia.

    "Ye lah Isha sayang. Kau kenapa? Muka sedih aje. Jangan sedih sedih nanti Ikha pun sedih. " Aku merasakan dia sedang memendam rasa dan susah untuk diluahkan. Ya Allah kenapa dengan Isha ni? Risau lah aku. Menyesal pula main main tadi.

    "Isha.. " panggilku dengan lembut. Aku menghampirinya yang duduk di birai katil. Aku duduk di sebelahnya dan tangannya aku genggam erat untuk menyalurkan semangat. Dia lah satu satunya kembar yang aku ada. Sayang terhadapnya tidak dapat kuluah dengan kata kata. Hanya Allah yang tahu betapa sayangnya aku terhadapnya.

    "Dia tinggalkan Isha! Dia kahwin dengan orang lain Ikha.. Dia tipu Isha! Dia tipu Isha! " Berangnya. Teresak esak dia menangis sambil memelukku. Aku melurut lembut belakangnya.

    "Kan Ikha dah cakap banyak kali. Faiq tu tak sesuai dengan Isha. Masa Isha dengan dia officially couple , Ikha dah berapa kali nampak dia dengan perempuan lain. Sekarang Allah dah tunjuk dekat Isha dia macam mana kan? Allah itu maha mengasihani dan maha adil. Devi essere paziente. Mungkin suatu hari nanti Isha jumpa Prince charming yang paling tepat sekali. " Panjang lebar aku berkata.

    Isha hanya tersenyum hambar. Mungkin mood masih ke laut. Faiq itu teman lelaki Isha. Sekarang dah jadi ex boyfriend lah kan. Kalau diikutkan hati aku ni, dah lama dia tempah kubur sendiri. Tapi siapalah kita ni.

    "Thank you Ikha. Ti amo molto! Isha rasa berdosa sangat terhadap ibu dan ayah. Selama ni mereka tak tahu pun Isha ada teman lelaki. Astaghfirullah al-azim. " Dia menutup mukanya dengan kedua dua belah tangannya.

    "Shhh.. Jangan macam ni Isha. Kita ni hanya manusia biasa tidak lepas dari kesilapan. Dari sini kita perlu ambil pengajaran. Dah jangan menangis lagi. Macam ayam nak beranak dah muka kau. " Aku cuba untuk menceriakannya.

    Tergelak dia jadinya. Aku menarik nafas lega. Sekurang kurangnya tak ada lah sampai nak bunuh diri. Frust menonggeng katakan.

    "Ikha.. Isha ke bilik dulu lah. Thanks again my sweetie! Goodnight! " Flying kiss diberikan kepadaku. Aku seolah-olah menangkapnya dan dibawa ke hati. Dia tergelak dan membuat gaya seperti hendak termuntah. Dia segera beredar dari kamarku.

    "Haih, macam macam perangai adik aku ni. Kerja pun tergendala. " Selamat malam dunia.

 

  

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now