Minggu ini merupakan minggu yang Agak sibuk. Aku? Elok aje buat yang aku suka tak busy pun. Kerja aku senang makan, tidur, tengok telivisyen, baca novel. Nampak betapa aktif nya aku dalam kerja kerja indoor ni.
Iskandar memang tak serik mengacau aku tapi aku buat bodoh sahaja. Aku pun stress juga! Padahal dulu dia okey sahaja tapi sejak kejadian itu dia jadi lahanat macam ni. Boleh biul aku jadinya.
"Kak Ikha! Jom teman makan cendol. " kus semangat! Budak ni main sergah macam tu saja bawakknya aku terpengsan tadi macam mana?
"Hesh! Suka sangat sergah sergah orang macam ni. " Berkerut dahi aku bila memarahnya. Ashraf tarik sengih.
"Scusa caro! (sorry dear) Jomlah! Haritu keluar bukan nak ajak Ash. Bila Ash ajak keluar tak mahu pula. " Ada nada merajuk yang dapat aku kesan. Kasihan pula aku melihat dia.
"Hello! Sorry sikit ya haritu awak ada training kan. Okey lah jom. " selamba badak sahaja budak Ashraf ni.
"Ha! This is good! Nae maeum seoge jeojang! " eleh tiru gaya dia fikir comel lah tiru aegyo Jihoon.
Ashraf mula menjerit memanggil nama Isha. Ayah dan ibu sibuk jadi kami sahajalah yang keluar bersama.
Dari pandangan mata aku lihat Isha berlari bagai nak rak apabila namanya dipanggil. Muka dia pucat!
"What! Ada apa apa berlaku ke? " Tanya Isha kalut. Aku dan Ashraf tidak dapat menahan tawa apabila melihat mukanya. Terbahak bahak kami ketawa sambil menekan nekan perut.Isha tayang muka kelat. Marah lah tu sebab diketawakan. Setelah ketawa kami reda Ashraf bersuara.
"So cute! Jom makan cendol. " Ashraf mengajak Isha. Daripada muka kelat bertukar menjadi muka yang bercahaya yang sangat terang. Ceh over je. Pantang dia lah sebab air batu campur durian.
"Tunggu jap nak pakai tudung. " Sambil berlari dia berkata. So childish lah Isha.
"Kita orang tunggu dalam kereta! " aku melaung dari bawah. Perempuan biasalah kata pakai tudung tapi sebenarnya ..
Cendol utama. Kami duduk di meja hujung kerana disitu sahaja yang kosong. Cendol disini paling sedap dan pelanggan pula ramai. Memang marvelous!
"Zalikha! Amboi cantiknya sekarang. "
Dalam sedang enak menikmati ABCD. Datang seorang hamba Allah yang entah dari mana datang tanpa diundang.
Ibu kepada Iskandar menegurku. Jauh pula dia merantau. Padahal rumah dia di Puchong. Macam mana aku boleh tahu tu mak dia? Dulu semasa bekerja di restoran selalu juga dia datang ke situ untuk menghanghantar lauk untuk anaknya, Iskandar. Dia tahu yang anaknya pernah melamar aku.
Ibunya melemparkan senyuman sinis. Nampak benar api kebencian dimatanya. Aku sungguh tak mengerti manusia sebegini.
Huluran tanganku tidak disambut. Ashraf dan Isha memandang dengan pandangan kurang senang. Aku menarik kembali tangan yang dihulurkan tadi. Pastinya dia marah kerana aku menolak lamaran anaknya dihadapan orang ramai. Pelik bukan?
"Tak sangka aku. Nampak sahaja lemah lembut, sopan santun, baik tapi tak ada perasaan! Mahal sangat ke harga diri kau ni?! " Tempelak ibu Iskandar.
Allah! Sanggup dia berkata begitu sedangkan di juga seorang perempuan?
"Maaflah mak cik. Saya rasa mak cik tak ada hak nak marah Ikha. Ijha ada hak nak memilih jodohnya sendiri. Lagipun takdir Allah kita tak boleh nak melarangnya. Cuba mak cik tanya dengan anak kesayangan makcik tu apa yang dia pernah cuba lakukan.. " belum sempat Isha menghabiskan ayat nya aku memandangnya dengan pandangan tajam.
YOU ARE READING
Jodohku, Pilihan Dia..
RomanceZalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan mata...