Johor bahru. Ya Allah rindunya dengan kampung ni! Banyak kenangan dekat sini. Masa kecil kecil dulu aku suka panjat pokok mangga yang atok tanam. Atok dan opah merepukan satu satunya datuk dan nenek yang aku ada.
Datuk dan nenek disebelah ayah pula sudah lama meninggal dunia. Maknanya kami tak pernah berjumpa dengan mereka. Menurut ibu rumah pusaka itu dijaga rapi oleh bapa saudara ayah. Dulu ibu dan ayah pernah menetap di Itali untuk menjaga nenek dan datuk selepas beberapa tahun ketiadaan mereka ayah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia.
"Ikha, kamu buat apa di luar tu? " Ibu memanggil aku .
Rupa rupanya aku seorang sahaja yang masuk diluar. Sedangkan mereka di dalam sedang enak menikmati buah rambutan yang dihidangkan oleh opah.
"Berangan tak habis habis. " Usik Isha. Aku menjegilkan mata ke arahnya.
"Orang dah nak kahwin biasalah tu. Tengok katak pun boleh terbayang bakal tunang. Ala ada cerita yang cium katak lepas tu katak tu bertukar menjadi lelaki kacak. Kamu jaga jaga Wan nanti ada yang masuk ke dalam perigi buta." Amboi opah ni lebih lah tu. Mukaku terasa panas. Ingin sahaja aku menyembunyikan diri di dalam almari baju atok.
"Hm.. Ye lah kan. Kita ni bilalah lagi. " Eh dia ni orang tak nak dia nak pula.
"Nanti opah carikan yang paling super dari Ikha. "
Semua ketawa mendengar kata kata opah. Ha amek kau lagi super hang tau.
"Ala ambil sahajalah si Jojo tu. Dia sudah lama tunggu Isha. " Atok mencalonkan Jojo si juling kepada Isha.
Aku ketawa sampai berair mata. Sumpah kelakar bila membayangkan isha naik atas pelamin bersama si Jojo itu.
"Atok ni. " Isha memuncungkan bibirnya. Gunting bibir tu sia sia hidup.
"Sesuailah kak Isha. Boleh lah tu suruh si Jojo masuk meminang. " Makin galak kami ketawa. Isha mencubit pipi Ashraf tanda dia geram. Dalam hati pasti sudah mengutuk si Ashraf ni.
"Dah lah tu nanti nati sambung. Makan dulu nanti ada yang tercekik biji rambutan pula. " Ibu menutup cerita. Kasihan pula melihat si Isha hahaha.
PETANG itu aku bersiar siar bersama Isha. Ashraf kalau sudah dikampung macam macam lah yang dilakukannya. Macam mana keadaan Ifa ya?
"Ikha, kau tak call Ifa ke? Semalam Isha baru sahaja telefon dia. " Isha ni macam tau tau sahaja aku sedang memikirkan si Ifa.
"Jap nak call. " Aku membuat panggilan. Lama pula dia angkat.
"Hello! Ifa, kau tengah buat apa tu. " Mungkin dia tadi sedang menjaga anak.
"Assalamualaikum, Cik Zalikha Airis. Saya sedang menolong ibu masak. Maklumlah saya ni anak dara kenalah rajin. Nanti kalau kahwin senang. " Ceh ayat perli ni.
"Waalaikumussalam, Cik Puteri Asyifa. Boleh saya menunggu cik Ifa sekarang? " Isha ketawa melihat mimik muka ku.
"Kejamnya kau! Baru sekarang kau teringat aku? Sama sahaja dengan si Isha. Bertuah sungguh dapat member macam korang. " Ifa memulakan ceramahnya. Silap aku juga, sudah lama tidak tidur dirumahnya dan bertanyakan khabarnya. Kepalaku sarat dengan masalah membuatkan aku amnesia tahap satu!
"Ifa.. Aku tengah pening ni dan ada masalah. "Aku pening dengan masalah sekarang ini.
"Pening? Rehatlah tak kan itu pun nak diajar? Masalah apa lagi? Jembalang tu kacau kau lagi? Itu bukan masalah, itu sampah! Kau campak aja dia dalam laut senang cerita. " mulut Ifa seperti bertih jagung. Belum sempat aku hendak menjelaskan, dia sudah membuat andaian sendiri.
"Kau ni kalau aku boleh buat macam tu dah lama aku buat. Tapi masalah aku bukan pasal Iskandar! I have a big problem! Lagi besar dari tu. " Susah kalau bercakap dengan orang yang susah naj dengar penjelasan kita dulu.
"Uih bukan masalah comel ni tapi masalah syaitan nampaknya. Ceritalah cepat! Manalah tahu aju dapat nenolong. Tapi tolong dengar sahajalah. " Gelojoh pula. Tadi pandai pandai buat andaian sendiri.
Aku mula bercerita kesemuanya kepada Ifa. Isha pula setia bersamaku. Sambil menikmati susana kampung sambil itu juga aku bercerita."Omo! Then kau tak tahulah siapa bakal tunang kau? Ini bukan drama okay Ikha. " tanya Ifa.
"Aku tahulah ni buka drama. Kau ni sabar saja lah aku. Aku tak tau pun siapa dia. Nama dia, pekerjaan dia, rupa dia macam mana, langsung aju tak tahu. Aku pasrah teruk sekarang ni. " Ketika itu aku mula mahu menangis. Isha menggosok lembut bahuku.
"Chill Ikha. Orang tua bisanya pandai menilai. Insyaallah, mungkin ini memang jodoh terbaik kau. Dapat jugalah kau perlindungan daripada dikacau oleh jembalang tak berguna tu. Aku tak dapatlah nak bagi komen apa apa pasal tunang kau tu eh bakal tunang. Kau sendiri pun tak kenal dia, inikan pula aku pandai pandai bagi pendapat. " Ifa memujukku.
"Entahlah. Aku berserah sahaja. " Lelah aku menuturkan kata kata itu.
"Weh tak kan bakal mertua kau tak tinggalkan gambar dia? " Tanya Ifa. Aku ketawa kecil."Tarak masa lah aku nak melihat gambar dia kalau ada pun. Baik aku tengok gambar Ayie Elham. "
"Kalau muka dia macam Kang Daniel artis korea yang kau minat tu macam mana? Hesh mesti untung. "
"Untung gila aku! Tapi kalau muka dia macam.. Kau faham faham je lah. Boleh menangis tak bernada aku! "
Isha ketawa terbahak-bahak begitu juga dengan Ifa. Selepas berjanji untuk memberitahunya tentang kisah selanjutnya, kami berpamitan seketika sebelum menamatkan panggilan.
Aku dan Isha segera pulang ke rumah. Kata ayah malam ini kami perlu bertolak untuk pulang ke Damansara. Dapat lah esok Ashraf ke sekolah.
Best ke tak Best? Typo abaikan
Happy holidays! 💖
Apa jadi dengan kehidupan Zalikha nanti? Ha baca kalau nak tahu 😂
YOU ARE READING
Jodohku, Pilihan Dia..
RomanceZalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan mata...