Sudah lebih empat bulan aku berada dirumah. Puas aku memujuk rayu ibu dan ayah untuk membenarkan aku bekerja untuk sementara waktu . Tapi ibu dan ayah langsung tidak mengendahkan pujukanku. Sekarang ni aku tengah tunggu surat posting dan hari dimana aku akan mendapat segulung ijazah .
Hubungan aju dan Adrean seperti biasa sahaja. Kamu sentiasa berbual ringkas di telefon tetapi bila dia tak busy sahajalah. Namun, dia tak pernah culas untuk menghantar mesej menerusi aplikasi whatsapp setiap hari. Hari demi hari hati aku lain macam sahaja dengan ucapan dia. Walaupun hanya ucapan selamat pagi.
Pagi itu aku seperti biasa aku bangun dari tidur, bersolat, bersarapan dan bersiap untuk membuat tugasan harian sejak empat bulan yang lalu, iaitu menemani ibu ke pasar atau menemani Ashraf bersiar siar.
Teringat pula Isha. Sekarang dia dah mulakan tugasan dan tanggungjawab dia sebagai seorang doktor. Cepat kan? Padahal aku yang exam dulu. Doktor dengan akauntan lain kan aduh.
Jam sepuluh pagi ibu sudah sibuk didapur. Aku juga sibuk, sibuk menonton siaran ulangan drama korea yang terlepas semalam. Aku memang hantu korea. Biasalah lah kan macam tak tahu sahaja. Tapi aku paling pantang lah asal minat korea mesti nak kecam kecam.
'Berangan je minat lelaki korea. Letak wallpaper gambar korea lah padahal Mamat korea tu tak pernah pun teringat dia '.
Zaman aku sekolah dulu macam ni lah. Itu baru satu. Ada yang sampai sangkut paut kan hal agama. Allahu.
Dalam sedang enak menonton, kedengaran motosikal posmen diluar. Aku tak bergerak langsung. Tidak mahu terlepas adegan menarik dalam drama yang sedang ditonton. Lagipun, kat luar tu dah ada peti surat. Nanti nanti lah kami lihat."Ewah ewah kakak kita seorang ni. So boring! Nasib lah kakak yang lagi sorang dah kerja. Orang bagi salam pun tak dengar. Nasib lah pagar depan tak kunci, kalau kunci rosak juga lah loceng kat depan tu. " aku dian tidak berkutik. Membebel lah tak kisah pun. Tolong jangan kacau masa cerita tengah panas ni.
"Oh my! Why?.. Sombong nya! Okey tak apa. Ash ada sesuatu ni. Urusan Seri Paduka baginda. Macam penting je. "
Aku bingkas bangun. Memang itulah surat yang aku tunggu tunggu selama empat bulan ini.
"Mana? " Tanyaku ringkas.
"What? " Buat buat tanya pula dia ni.
"Main main lah Ash ni. " Aku sudah tidak sabar."Surat ni untuk jerabat diraja sahajalah. Akak ni kerabat diraja ke? " Dia ketawa mengekek. Besar kecik aku tengok budak ni.
"Come on lah Ash." Balas aku tanpa nada.
"Jangan marah nanti cepat tua sebelum umur. " Sampul surat bertukar tangan.
"Thanks bro! "
Aku terus membuka surat tersebut dengab hati yang berdebar debar. Setelah melihat isi dalan syrat tersebut mataku membulat.
"Alhamdulillah, yahooo! " Aku melompat lompat kegirangan kalini aku dah tak hairan lagi dengan jiran disebelah.
"Apa yang kecoh sangat ni Ikha? Macam budak tadika melompat lompat ni. "
Aku terus meluru kearah ibu. Tubuh ibu dipeluk erat.
"Ikha dah dapat surat posting! " Ibu tersenyum girang.
"Alhamdulillah dapat dimana? "
"Kuala Lumpur. Nanti Ikha akan bekerja! " Tak sabar pula aku. Masa Isha pergi kerja aku jealous juga. Ibu memeluk aku erat.
"Bagus anak anak ibu ni. Tak adalah nanti kerja jauh jauh. "
"Minggu hadapa Isha akan ke Syarikat Ara Holdings. " Ifa kata dia taj dapat bekerja di Kuala lumpur. Dia dapat di Pahang Huh!
YOU ARE READING
Jodohku, Pilihan Dia..
RomanceZalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan mata...