Bab 18

208 3 2
                                    

Hari ini aku akan ke Syarikat Ara Holdings untuk sesi temuduga. Nasib baik ayah tolong hantarkan kalau tak mesti lambat sampai ke sini. Dari rumah lagi aku sudah terasa berdebar. Aku mengenakan blaus berwarna merah jambu lembut, jeans putih dan selendang putih berbunga kecil. Actually aku suka pakai sneakers . Takkan pakai blaus nak pakai sneakers pelik aje.

"Goodluck princess! " sebelum keluar dari kereta ayah memberikan semangat kepadaku.

"Grazie ayah! Doakan Ikha ya ayah. " Aku terus menyalam tangan ayah .Ya Allah bantulah aku. Harap harap aku lulus lah interview ni.

Aku nembetulkan baju dan tudung supaya nampak lebih kemas. Senyuman terukir dibibir. Aku masuk ke dalam bangunan yang tinggi itu.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Tiga puluh minit lagi sesi temuduga itu bermula. Aku duduk di sofa yang disediakan. Rajin kan aku awal awal sudah terpacak disini. Bukan apa takut lambat sebab jalan jem.

Langkah kaki diatur dengan tertib. Tingkat dua puluh dua. Mak aih tingginya! Degupan jantung sudah tak stabil. Bukan sebab tinggi atau apa tapi sebab lif rosak! Allahu, punyalah hiasan dalaman dan luaran serba mewah tapi sampai dekat lif hancur. Dari tadi aku tekan tekan punat tu padanlah tak buka buka pintunya.

"Bertuahlah kau ni lif! Sekarang dah 8.20 tahu?! Menyesal pula aku duduk duduk di sofa tadi patutnya aku terus sahaja naik. Tengok apa dah jadi? Lif! Kau ni pun time aku nak pergi interview lah kau naj rosak . Dah tu kawan kawan kau pun rosak juga. Penyakit kau ni memang pembawa jangkitan virus. "

Sambil membebel sendirian aku terpaksa berlari ke arah lif yang terletak dihujung dalam bangunan itu. Kalau yang ini pun rosak aku tak tahu samada aku perlu sedih atau gelak.

"Eh!  Wait! Jangan tutup! " Lif disini memang banyak yang dengki dengan aku lah. Tapi, Alhamdulillah ada orang tahan.

"Thank you. " Sekarang aku dapat menghembuskan nafas lega. Aku rasa macam tengah bermain satu permainan sahaja. Nafas dihembus perlahan.

" I rasa kalau you tahan lif macam tadi tu memang lif ni takkan dengar cakap you. I think we have met before. "

Ikha, Ikha buat malu sahaja kau ni. Tapi kan dia kata pernah jumpa aku. Mungkin dia salah orang. Segak orang nya.

"I don't think so. Mungkin awak salah orang. " Aku menjawab dengan senyuman kecil. Jam ditangan aku belek sebentar.

"Nope! Awak ada twin kan? Yang selfie dengan kereta saya tu awak ya? Saya Firash Imran. Nice to meet you."

Pandai pula bersaya awak. Tadi beri you. Siapa sangka akan berjumpa pemilik kereta itu.

"Oh encik. Haritu saya terlebih excited sebab kereta encik tu smart. Tapi macam mana ecik boleh tahu saya yang selfie tu. Saya Zalikha Airis. Just call me Zalikha. Nice to meet you too. "

Serentak itu pintu lif terbuka. Aku membelek jam sekali lagi. Fuh!  Selamat lagi.

"Saya pergi dululah ya? " Belum sempat aku melangkah keluar dari perut lif dia menahan aku. Dalan hati aku geram pula dengan dia ni. Dia fikir lif ni nak tunggu aku lah?

"This is my card. Nanti apa apa just call. And one more just call me Imran tak payah nak berencik encik. " Aku menyambut kad yang dihulur. Nanti kalau tak ambil masalah pula.

"Okay thanks. " Apa kes pula lah aku nak kena telefon dia. Aku meneruskan langkah menuju ke tempat sesi temuduga dijalankan.

"Cik Zalikha Airis Zakwan Albertino? " Dari jauh terdengar namaku dipanggil. Aku mempercepatkan langkah.

"Saya. " Dengan senyuman yang terhias dibibir, seorang gadis manis itu menjemput aku masuk ke dalam meeting room. Dengan lafaz bismillah aku nasuj ke dalam bilih tersebut.

Sekarang nafas aku mula teratur. Sesi temuduga itu selamat aku tempuhi cuma tunggu panggilan dari mereka sahaja. Hot chocolate dihirup perlahan. Nikmat! Sudah lama air in tidak dirasai.

Telfon bimbit dikeluarkan dari dalam beg yang dibawa. Aku cuba menghubungi Isha. Inilah padahnya tak ada kereta.

"Assalamualaikum, yo! Kenapa Ikha? " Akhirnya dia jawab juga.

"Waalaikumussalam, Isha kau di mana? Hospital ke? Busy tak? "

"Isha on the way nak balik. Harini jadual Isha sekejap sahaja. " Doktor pun ada jadual ke?

" Ha good! Tolong jemput Ikha di sini boleh? "

"Alright! Isha dalam perjalanan ke sana. "

Talian dimatikan. Sambil menunggu Isha aku singgah ke kedai kucing yang berdekatan dari tempat aku berdiri . Aku sudah lama hendak mempunyai seekor kucing sebenarnya tapi ibu tak mengizinkan .

"Why you so cute? "  Sumpah comel!  Bulu dia tebal. Buku dia pun putih bersih. Dia mengiau seperti tahy apa yang aku katakan.

"Ye dik? Ada apa apa yang boleh akak bantu? " Mungkin dia pemilik kedai ini. Dia tersenyum melihat aku.

"Saya saja tengok tengok. Dia comel sangat. " Aku berkata sambil mengusap ngusap kepala kucing yang gebu itu.

"Adik dari mana? Sebelum ni tak pernah nampak pula. "

"Saya tinggal di Damansara. Tadi ada sesi temuduga di Syarikat sebelah ini. " Orang orang disini memang peramah betul. Sebelum ini aku rasa kalau beli apa apa tak ada pula orang seperamah ini.

Telefonku berbunyi nyaring. Aku segera menjawab panggilan tersebut.

"Ikha cepatlah. Kau dekat mana? " Isha ni buat terkejut sahaja. Macam Ah long minta hutang sahaja main sergah sergah.

"Wait, give me two minute. Ijha di kedai kucing ni. " Aku terus menatikan panggilan.

"Okay kak see you again! "

"Adij nak kucing ni ke? Kalau mahu akak boleh jagakan tak perlu bayar dahulu. "

Aku blur seketika. Biar betul akak ni. Aku baru kenal dia tak sampai satu jam. Gila ke tak nak kucing ni.

"Tak payah takut lah dik. Akak tengok adik ni suka sangat kucing ni. Kucing ni pun suka dekat adik. " Nana akak ni pun aku tak tahu. Dia berkata sambil tergelak kecil.

"Eh mana ada kak. Saya boleh panggil akak apa ya?  Betul ke tak perlu bayar dahulu? Saya tak boleh bawa ke rumah sebab ibu saya alah pada kucing. "

"Nama akak Syafira boleh panggil kak Fira. Tak perlu risau akak boleh jaga dia. Nanti adik boleh datang ke sini tengok dia. " Mana nak cari orang baik seperti akak ni di dunia sekarang ini. Rezeki datang siapa boleh tolak?

" terima kasih akak! Welcome to my world Pororo! " Aku terus memeluk Syafira erat. Pororo aku cium bertalu talu.

"So nama dia Pororo? Comel awak ni dik. " Syafira ketawa melihat aku. Aku bagi nama tu sebab aku minat kartun Pororo tu.

"Pororo comel kan? Akak saya kena pergi sekarang. Thanks again sis. Pororo I gonna miss you. "

"Okay. Take care! " Aku tersenyum manis lalu terusjeluar dari kedai itu. Isha mesti marah ni. Dari jauh aku sudah nampak kereta Isha.

"2 minit apanya? " Isha mula membebel sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

"Ala sorry lah. Tadi Ikha tengok kucing tu. Comel tau tak ."

Patutnya aku cakap lima belas minit tadi tak adalah kena bebel. Pororo lah punya pasal. Nasib comel.

"Hm tengok kucing sampai terhenti masa ke macam mana? " Sambil memandu dia bertanyakan soalan yang berbentuk sindiran. Aku tayang sengih.

"Cool lah. Isha ni hidup kena sporting. " aku kenyit mata sebelah.

"What ever! " Selepas pertengkaran kecil itu aku terus tertidur.



Amacam sekolah tahun ni. Thanks awak awak semua yg baca cerita ni 😂❤

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now