Tak sangka pula yang aku sudah menjadi tunangan orang. Aku muda lagi kot. Ayah kata enam bulan sahaja lagi kami akan bernikah. Aku rasa nak ketawa berguling guling sahaja. Lawak weh bakal tunang sendiri pun tak kenal.
Aku terkejut juga bila ayah bagitahu yang kami bertunang sesingkat itu. Mati mati aku ingat pertunangan ini selama setahun. Aku tak tahu aku sudah bersedia atau belum. No comment!
"Cepatnya ayah. Sempat ke nak buat persiapan? Biasanya orang nak kahwin ni persiapan dia terlampau lah banyak. " Isha melahirkan rasa bimbang. Ayat dia tak macho lah.
Lamunan yang tadinya berpanjangan terhenti sebaik sahaja terdengar suara Isha. Sekarang aku rasa ingin menari sahaja. Ketawa dan menari memang gempak.
"Insyaallah sempat. Lagipun pak sedara kamu semua kan ada. Benda yang elok lebih baik dipercepatkan. " Ayah berkata dengan tenang.
"Ada gambar dia tak ayah? Ash nak tengok bakal abang ipar Ash. Nanti mana tahu boleh jadi geng. " Ashraf ni memang tak menyempat betul. Pastu acah geng pula.
"Isha pun belum tengok. Ibu kata segak orangnya macam Alvin Chong. " Aku mengerutkan dahi. Iya ya aje Isha ni, ibu ni lain macam sikit.
"Sibuk lah budak berdua ni. Ikha pun belum pernah tengok kamu berdua beria ria kenapa? Nanti nantilah tengok. "
"Alah ibu ni tak sporting lah, bukan luak pun. " Ashraf mencuba nasib.
"Selagi akak belum tengok. Jangan harap Ash dapat tengok dulu. " Sedsri tadi aku mengunci mulut akhirnya aku bersuara dengan mengusik Ashraf.
"Wow! " Isha memandang ke arahku sambil mengangkat sebelah keningnya berkali kali. Aku buat tsk endah dengan usikan itu.
"Kedekutlah akak Ikha ni. " Wajahnya sudah bertukar cemberut. Seisi rumah ketawa melihat wajahnya.
Malam ini aku berasa sukar untuk melelapkan mata. Badanku berasa amat letih dan mindaku berasa penat kerana bekerja seharian. Six months? Sempat ke aku membuat persediaan untuk menjadi seorang isteri? Bersediakah dia menerimaku didalam hidupnya? Mungkinkah dia dipaksa oleh umi dan abahnya? Bahagiakan dia berkahwin dengaku nanti? Banyak persoalan berlegar legar di kepala.
Deringan telefon bimbit mematikan lamunanku. Sungguh aku malas untuk meneka neka sekarang ni . Iskandar? Mustahil ini dia.
Selang beberapa minit, deringan berbunyi lagi. Aku campak juga telefon ni kang sia sia duit aku. Tak faham ke otak aku tengah penat ni. Aku menjawab panggilan itu kerana bosan mendengar deringannya.
"Assalamualaikum, Zalikha Airis. " kedengaran suara lelaki dihujung talian. Aku buat buat menguap. Sungguh aku bosan untuk meneka siapa disana.
"Waalaikumussalam, ya saya. Siapa? " Soalan cliche.
"Adrean" Itu aje?
"Adrean mana ya? Saya tak ingatlah. " Ada ke kawan kawan aku nama Adrean? Aku memaksa otak untuk mengingat semula. Tak ada pula.
"What is your fiance's name? " Soalnya.
"Akim, eh bukan, Azim. " Laju aku menjawab. Tapi dah kenapa tanya nama tunang orang.
"Akim tu penyanyi, saya belum teringin lagi nak jadi penyanyi. Azim tu pula nama abah saya. Tadi awak bertunang dengan abah saya ke? Umi tak marah? "Kedengaran suara ketawa dihujung sana.
Adrean rupanya. Ah sudah! Macam manalah aku boleh lupa nama tunang sendiri? Buat malu kaum hawa tau dak?! Aku menepuk dahi sendiri.
"So.. Dah ingat nama tunang awak ke belum? Nak saya sebut sekali lagi? "
"Dah.. Dah ingat Adrean. Sorry I was surprised. "
Aku memegang dada. Allahu yang aku berdebar macam baru lepas marathon ni kenapa? Rasa nak melompat keluar pula jantung ni. Dengan Mikail tak pernah pula rasa macam ni.
"Saya ingat saya tersalah nombor tadi. Umi kata nama tunang saya Zalikha Airis. Tapi awak mengaku tunang dengan orang lain pula. "
"Terkejut dengar suara awak tadi. Tiba tiba sahaja call. " Aduh! Apa aku rasa ni? Aku ada penyakit jantung ke? Aneh semacam je degupan kali ni.
"I'm sorry if saya ganggu awak. Awak tak penat ke? "
Wah! Encik tunang caring lah. Tambah satu markah untuk awak! Pantang aku lelaki macam ni.
"Mana ada ganggu. Tipulah kalau kata tak penat. " Jangan letak telefon sudah. Aku tak puas lagi nak dengar suara dia. Eceh sejak bila kau jadi macam ni er.
"Awak rehatlah. Tapi saya ada soalan ni. Best tak jadi tunang saya? " Terkelu lidah aku. Soalan KBAT kot kalah soalan SPM.
"Okaylah. Nak seronok macam mana? Rupa awak pun saya tak pernah nampak. " Aku tergelak kecil.
"Nanti nanti awak kenallah. Lepas kahwin, banyak masa nak tengok muka saya. Jangan sampai muntah pula dah lah bila tengok muka saya. "
"Tak kanlah sampai macam tu sekali awak ni pun. Gambar awak saya tak pernah tengok. " cuak jugalah aku kalau dapat tahu rupa dia.
"Saya memang tak bagi umi tunjuk gambar saya pada awak. I want you to accept me with a sincere heart. Lagipun ayah dan ibu awak pernah jumpa saya. Don't you trust them? "
"Yeah saya percaya mereka. If I don't trust them why I accept you to be my fiancee. " Kita kat Malaysia do.
"Alhamdulillah. Cukuplah awak tahu saya lelaki biasa biasa sahaja. Lelaki normal, tiada kecacatan anggota, sihat zahir dan batin. "
Uit nakal sahaja bunyi ayat yang terakhir tu. Ada ada sahaja encik tunang ni.
"Saya pun biasa sahaja. Tak secantik Mira Filzah. "
"I know that. I don't expect you to be as beautiful as her. Enough! You are pretty in my eyes ."
Berbunga-bunga pula hati ni. Haih lah buat aku cair saja.
"Sorry, I can't talk long. Nanti ada masa saya akan call awak. I want to say thanks for everything. Thanks sebab sudi terima saya walaupun kita saling tak mengenali. Ada jodoh kita berjumpa. Awak rehatlah. "
Secara tiba tiba aku terdengar suara bising dan talian terus terputus. Ayat yang terakhir macam aku pernah dengar sahaja.
Telefon ditangan masih aku grnhhan dengan erat. Tak sangka akan dapat panggilan dari dia. Kali pertama pula tu. Aku tersenyum sambil melelapkan mata.
Assalamualaikum, hy guys! Cerita ni macam mana? Sorry larh kalau tak berapa Best. Kalau ada ayat yang tak seberapa tu tegur tegurlah ye. Kalau baik hati tekan larh Bintang tu 💜
YOU ARE READING
Jodohku, Pilihan Dia..
RomanceZalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan mata...