Aku dan Isha mengikut Ifa pulang ke kampungnya setelah mendapat keizinan daripada ibu dan ayah. Ifa mengajak kami selepas kami hendak pulang dari kafe haritu.
Sudah banyak kali kami ke rumah Ifa tetapi sebagai tetamu singkat. Ini merupakan kali keempat aku dan Isha bermalam di rumah Ifa. Ibu dan ayah sudah lama mengenali Ifa almaklumlah kami berkawan sudah berabad. Isha termenung ke luar jendela. Aku pula termenung melihatnya.
"Ikha, Isha dah sampai. Jom turun! "
Lamunanku sereta merta terhenti. Isha tersentak lalu terus berdiri dan bersedia untuk keluar dari bas. Leka dek melayan perasaan sehingga tidak sedar bas yang kami naiki sudah toba ke tempat tujuan. Bas berhenti di simpang sahaja kerana laluan bas tidak masuk ke lorong rumah Ifa. Kami akan berjalan kaki sahaja menuju ke rumahnya.
"Mak Aihh best nya! "
"Nyamannya udara! Tak adalah asik menghirup udara kotor macam di KL tu. rimas kan Ikha? "
"Yup! Betul " memang nyaman sekali. Disekitar terdapat banyak pokok buah buahan. Macam sedap sahaja mangga tu. Aku hantu mangga tau lain pula kalau Isha, hantu durian tu yang berduri sahaja.
"Nanti sampai rumah, aku bawa kau orang ke dusun buah buahan. Aku tahu kau orang dah rambang mata tengok buah buahan ni. Macam kebulur sangat dah aku tengok."
"Amboi! Mulut hang. Kebulur? Hang tu aku tengok dah macam kambing kelaparan dah. " Kataku sambil mengetawakannya.
"Tengok muka dah macam apa dah. " Terkekek kekek Isha ketawa. Ifa mula mengambil batu dan membalingnya kepada kami.
Balingannya tidak mengenai sasaran. Aku dan Isha berpandangan lalu tertawa melihat aksi Ifa. Kami sudah biasa bergurau begini. Mungking pada pandangan orang lain gurauan kami Agak kasar. Tapi bagi kami, itulah yang membuatkan hubungan kami kekal seperti ini.
"Kalau aku macam kambing kelaparan, korang macam lembu tak cukup hidangan. " what de feshh? Ifa ini ada ada sahaja.
"Ye lah ye lah. " kami layankan aje.
Setelah berjalan hampir lima belas minit akhirnya Kami sampai di rumah tradisional yang bercat coklat itu. Rumah yang tersergam indah di suatu jalan. Menurut Ifa rumah ini berusia seratus tahun. Aku percaya sahaja. Tak ada masa pula hendak menyiasat seperti upin dan ipin itu.
Aku mengeluarkan kamera lalu mengambil photo pemandangan yang indah ini. Isha tidak gemar menjadi photographer, dia lebih gemar melukis. Di rumah ibu dah ayah telah menyediakan bilik untuk Isha melukis. Dihadapan bilik itu pula telah tertulis 'fairy tale'. Tetapi dalam ketidaksamaan, banyak juga yang sama seperti aktivit lasak. Kami gemar mencuba sesuatu yang mencabar. Macam macam kami pernah lakukan.
PETANG itu Ifa mengajak aku dan Isha ke dusun milik keluarganya. Tidak jauh dari rumahnya lebih kurang seratus meter sahaja.
"Dusun ni memang ayah kau punya ke Ifa? Maksud aku peninggalan turun temurun ke? " Isha bertanya kepada Ifa.
"Haah, atuk aku yang punya tapi dia dah wasiatkan supaya ayah aku jaga dusun ni. Ayah aku kan anak tunggal. " Terang Ifa sambil memejamkan mata. Dah lama tak hirup udara kampung mungkin.
"Ifa, aku nak panjat pokok ni boleh? Ini pokok mangga ribena kan? " aku menunjuk ke arah pokok manggan yang nampak manis dan ranum isinya.
"Ribena pula? Kau jangan mengada nanti ayah aku nampak naya aku. Kalau jatuh habis aku kena serbu dengan paparazi. Ceh! Ayah aku lah. Nanti jenuh pula Isha nak jawab ngan ayah kau. " Ifa menolak mentah mentah permintaanku.
"Ha jangan nak meroyan Ikha. Jadilah seperti Isha. Sabar menunggu durian jatuh. " Dia berkata sambil mengangkat angkat keningnya. Eh! Budak ni.
"Habis tu takkan kau tak pernah panjat Ifa? " Rendang aje kot. Lain lah kalau tinggi.
"Tek pernah lah. Aku kan anak yang baik. Nak kena pancung dengan ayah aku? Beranilah buat, habis biru biru badan aku nanti. Aku panjat pokok ciku depan rumah pun ayah aku kejar satu kampung. Balik balik pokok ciku dah kena tebang. "
"Garangnya" Serentak aku dan Isha membalas. Payah pula hendak mrnelan air liur. Setahu aku selama aku berkawan dengan Ifa , ayahnya tampak tenang sahaja.
"Tapi aku tengok ayah kau peramah je. Suka berlawak pula tu. Ke kau nak gebang? " Isha ketawa mendengar kata kataku.
"Hang ni pun. Sekarang dah tua, satgi kalau duk kejar satu kampung retak pula tulang. "
Kami ketawa. Lucu pula mendengar cerita Ifa. Zaman nakal nakal dahulu. Sama sahaja seperti aku dan Isha.
MALAM itu, Isha bertambah nasi sebanyak dua kali. Aku mencubit pahanya kerana terlalu geram. Isha menjeling ku bertentang. Almaklumlah sudah lama tidak merasakan masakan kampung.
Selesai mencuci pinggan kami terus menuju ke bilik Ifa dan melepak disitu. Biliknya tidak terlalu besar seperti bilikku di rumah ibu. Zamir Ashraf, adikku yang berusia 17 tahun menelefon aku. Eh! Bukan menelefon tapi skype. Rindu sekali terhadap adikku yang seorang ini.
"Amboi! Handsome nya Ash" Isha memuji. Memang benar rambutnya yang basah seperti baru mandi dan perang itu sentiasa mencairkan hati mana mana perempuan yang memandang. Kami kan berdarah kacukan.
"Hehe ofcourse! Ash sentiasa hensem. Adik akak kan mestilah kena hensem ." Pantang dipuji betul budak yang satu ini.
"Hensem è un tipo di nonno. " Ha keluar dah bahasa itali kami. Seperti yang aku katakan dia hensem seperti datuk. Kami diajar supaya tidak mudah melupakan keturunan kami.
"Ei! What you just said? " buat buat tak dengar pula. Aku katoq satgi haru iPhone6S aku jadinya.
"She said, your face handsome like grandpa. " Isha menjawab bagi pihakku. Kami ketawa terkekeh-kekeh melihat muka kelat Ashraf.
"Sampai hati" Dia merajuk. Aduhai! Macam apa dah aku tengok. Aku membuat flying kiss kerana ingin memujuknya. Isha pula membuat bentuk hati dan diletaknya ke dada. Tergelak Ashraf jadinya. Kasih sayang wajib ada dalam setiap ahli keluarga.
"Okay lah bye Ash sayang, nanti kita skype lagi. Love you my bro. " Tamatlah skype kami. Bukan selalu menggila dengan adik adik sendiri. Haih! Rindu keluarga yang disana.
YOU ARE READING
Jodohku, Pilihan Dia..
RomanceZalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan mata...