Bab 16

94 3 0
                                    

Allahu! Dah aku agak. Aku dan Isha dah macam orang mabuk sahaja masuk ke dalam rumah. Aku pelik tau sebab ibu seolah olah macam tak penat langsung!

"Stanco? (Penat) " Pecah tawa ayah melihat kami terbongkang di atas sofa.

"Molto stanco! (Sangat penat) " kata kami serentak. Penat gila kot! Ligat sungguh ibu ni.

"Macam baru kenal ibu tu. "

Aku terlampau letih. Aku memejamkan mata seketika. Nak membuka mulut untuk membalas kata kata ayah pun aku tak mampu. Aku tersedar sebaik sahaja mendengar azan maghrib berkumandang dari surau yang berhampiran dengan rumah kami. Kaki aku berasa kebas manakan tidak si Isha sedap aje landing atas paha aku.

"Anak dara berdua ni pergi mandi sana. Solat. Lepastu turun makan malam. Kalau nak sambung tidur lepas makan nanti.

"Ibu.. Give me 10 minutes please! " Amboi Isha ni sedap tidur atas paha aku 10 minit konon.

"Ibu kenapa biarkan kami tidur tadi? Sakit dah kepala Ikha. Isha bangunlah lenguh dah kaki ni. " Ibu menggelengkan kepala melihat gelagat kami.

"Lain kali lepas balik dari mana mana mandi dulu baru badan rasa segar. Ini tidak, balik balik terus terbongkang atas sofa. " Ibu mula berleter. Isha sudah mula bergerak dalam mamai. Sebelum leteran ibu menjadi sebuah karangan baik aku naik cepat.

"Isha jangan tidur, mandi ya! Kamu pun Ikha. " kedengaran ibu berkata kuat apabila kami sudah sampai je tingkat atas.

Isha terus masuk ke biliknya yang berada bersebelahan bilikku. Kami memang tak tidur sama start umur 10 tahun. Sekarang ni kami tidur sebilik bila takut sahaja. Bila Isha takut dia tidur bilik aku. Bila aku yang takut aku tidur bilik Isha. Lepasni kalau dia takut bilik siapalah di nak tidur. Sebak didada mula terasa.

Selesai sembahyang, aku mengambil al Quran dan mula mengaji sementara menunggu masuknya waktu Isyak. Hati aku tenang saat mengalunkan ayat ayat suci AlQuran. Ayah memang menitikberatkan pelajaran agama.

Seawal usia lapan, aku dan Isha telah khatam al-Quran . Ashraf khatam al-Quran seusia tujuh tahun. Walaupun ayah bukanlah dilahirkan sebagai seorang Islam dahulu, ayah amat bersyukur kerana Allah memberi hidayah untuknya menjadi seorang islam. Ayah sungguh mencintai agama islam. Kata ayah, al-Quran adalah bekelan untuk mereka apabila tiada nanti. Dia berharap agar anak anak tidak putus putus mengirimkan hadiah ini apabila mereka meninggal dunia bertemu sang pencipta.

Selesai solat Isyak, Ashraf masuk ke dalam bilikku.

"Kak Ikha, abang Adrean telefon tadi. Dia kata, dia call handphone akak tapi tak dijawab. Dia call guna telefon rumah. Ash nak panggil tapi akak tengah mengaji. So I said at him, akak tengah mengaji. And then, abang Adrean kata nanti dia call back. "

Aku menjulingkan mata keatas. Time orang free tak nak pula call. Menyampah!

"Sis are you okay? Dengar ke apa Ash cakap tadi? "

"Yes. " Sepatah aku jawab. Kalau cakap banyak banyak nanti susah budak ni tah lah suka korek rahsia orang. Lepastu jadi WiFi tak berbayar cepat je sampai cerita tu dekat orang.

"Eleh jeles lah tu tak dapat dengar suara abang Adrean tadi. " Dia berkata sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Tak ada masa akak nak jeles. I'm very hungry lah. Ash dah makan ke? " Aku malas nak melayan si Ashraf ni. Aku geletek baru tau.

"Nak mengelak lah tu. Tinggi akak berapa? Kita hampir sama tinggi lah. " Biasalah perempuan naik sahaja umur 20 keatas ketinggian memang tetap sahaja.

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now