Bab5

97 2 0
                                    

    "Good morning sister! "

    Walaupun mata masih tertutup, aku dapat merasakan pancaran matahari. Aku membuka mata dengan terpaksa kerana ada 'gorila' melompat-lompat di atas katilku.

    "Hei! What are you doing? Habis larh roboh katil akak nanti. Bertuah budak ni! Pagi pagi dah buat hal ye heiiii geram! " Aku bangun dan memarahi Ashraf. Umur dah 17 tahun pun perangai macam apa lah. Budak ni memang cari fasal! Aku entah lah tak ada mood lately ni.

    "Kakak ku sayang, pagi pagi kita perlu ceria. Ibu kata kalau pagi pagi marah nanti susah dapat jodoh. " Petah budak ni berkata. Kerja nak melawan je ye. Aku ketawa kecil mendengar kata katanya. Susah dapat jodoh? Okey lah tu hahaha.

    "Okay please! Stop jumping on my bed. " Pening kepala aku bila dia lompat macam orang utan ni.

    "Oh! Can but.. " Apa lagi lah budak ni.

    "What? " Aku membalas dengan nada yang malas.

    "But you got a bath right away because your stale saliva was dry and rotten" Aku terus menyentuh pipiku.

    Ashraf terus berlari keluar dari bilikku sambil ketawa seperti orang gila! Ya Allah kau berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi dugaan yang seperti ini. Aku rasa nak hantukkan kepala ke dinding sahaja. Dapat adik perangai nauzubillah! Tapi kalau dia tiada pasti rumah kami sunyi.

    "ASHRAFFF!! " Aku menjerit sekuat hati da terus masuk ke dalam bilik air. Hati masih panas tetapi bila diingat semula kelakar. Apa apa aje lah penuhkan otak dengan makanan.

    AKU berlalu ke meja makan dan terus mengambil tempat di sebelah Ashraf. Aku menjeling Ashraf sampai nak juling biji mata.

    "Morning my lovely twin. " Tegur Isha dengan ceria. Mood tengah baik pagi ni tu yang macam tu. Kalau tak jangan harap nak tegur.

    "Morning too! Morning ayah ibu and morning Ash sayang. " Dan tanganku mula mencubit pipi Ashraf.

    Ashraf mengaduh tanpa suara. Takut aku menjerit lagi lah tu. Tapi takkan nak menjerit depan ibu ayah.

    "Hai Ikha menjerit pagi pagi macam tarzan kenapa? " soal ibu dengan nada perli. Isha tergelak.

    "Ikha kau tau tak? Tadi Isha tengah pakai lips habis senget lepas dengar Ikha menjerit. Memang marah sangat tu. " Rancak dia bercerita macam budak budak.

    "Nak buat macam mana ibu dah dapat adik lelaki macam tu kan. " Aku berkata dengan nada perli. Ayah ketawa melihat mimik mukaku semasa berbicara tadi.

    "Ala rilex lah .Ash saja nak wish good morning. " Muncung bibirnya semasa membalas kata kataku.

    "Haih kamu semua ni bila entah kita dapat makan. Bila dah bertekak makanan pun tak dapat ditelan. " Ayah bersuara setelah lama mendiamkan diri dan memerhati sahaja.

    Kami semua ketawa. Hilang mood ribut taufan aku selepas bersama keluarga. Kata orang, meluangkan masa bersama keluarga lebih bahagia dari kawan kawan.

    SELEPAS sahaja sarapan, aku dan Isha melepak diruang tamu. Ashraf belajar mungkin. Tahun ni kan dia spm, kalau tak belajar budak tu habis lah kena dengan ayah. Ayah pantang apabila anak anaknya mengambil mudah tentang pelajaran.

    "Ikha kanopi tu nak buat apa? Ibu dan ayah nak buat kenduri apa? "

    Aku terfikir sejenak. Sewaktu makan ibu dan ayah bercerita tentang kanopi. Tapi untuk apa pun aku tak tahu.

    "Entah lah nanti tanya lah ibu. Tapikan Isha, Ikha nak bagitau ni. " Aku teragak agak untuk memberitahu kepada Isha tentang Mikail.

    "Apa dia? Ikha nak kahwin? Nampak macam susah sahaj nak beritahu. "

    Aku mencubit pahanya. Melalut apa dia ni? Dia mengusap pahanya yang terkena cubitan berbisa dariku.

    "Mikail dah nak kahwin. " Senafas aku berkata.

    Mulutnya terlopong kerana tidak percaya mungkin. Tapi dia dah bagi kad kahwin depan mata aku diap dengan tunang lagi.

    "Seriously ikha! Oh my god! Dengan siapa? Patutlah Ikha badmood aje semalam. Balik balik terus masuk bilik. Isha baru je nak panggil teman pergi Giant. " Dah aku agak pasti dia tidak percaya.

    "Dengan Atikah. Nanti Ikha kasi kad kahwin. Majlis mereka lagi dua minggu. Anyway, goodluck for your exam tomorrow !" Aku berasa lelah untuk berkata tentang Mikail.

    "Ikha lupakan dia. Ikha berhak terima bahagia yang dah lama diatur oleh Allah. Jodoh kita Allah dah tentukan masa kita empat bulan dalam kandungan ibu. Thank you princess! "

    Isha memberikan aku semangat. Aku memeluknya tanda terima kasih. Aku bangga dan bersyukur kerana mendapat kembar sepertinya. Aku juga bersyukur kerana dikelilingi oleh orang yang sentiasa memahamiku. Pada esok hari Isha akan berperang dengan peperiksaan akhir semester. Semoga dipermudahkan segalanya.

Assalamualaikum! Tak jawab dosa. Okay guys selamat membaca! Typo tu faham faham aje😝 Awak awak yang baca tu support larh saya >< kalau suka boleh vote;)

   

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now