"Ada apa ibu? Ayah? Isha kata ada hal penting tadi. " Kataku setelah turun ke bawah dan duduk disebelah Isha. Mak aih ayah ni serius nya. Kecut pula aku. Aku ada buat salah ke?
"Bawa bertenang Ikha. Kalut sangat ni. " Lancar ayah berbahasa Melayu. Dah lama menetap di Malaysia katakan. Lagipun sewaktu ayah berumur lima belas tahun sudah diajar berbahasa Melayu oleh jiran sebelah rumah nenek dan datuk.
"Ayah harap, apa yang ayah sampaikan ini Ikha terima dengan hati yang terbuka. Jangan sesekali Ikha fikir ibu dan ayah hendak mengatur hidup Ikha. Kami cuma mahukan yang terbaik untuk Ikha.
Aku terpinga-pinga mendengar apa yang dikatakan ayah sebentar tadi. Sesungguhnya mindaku masih belum dapat mencerna apa yang cuba disampaikan oleh ayah.
"Lain macam saja bunyinya ayah. Ikha tak faham lah. "
Ayah menarik nafas panjang dan menghembuskannya dengan perlahan.
"Begini, tetamu yang petang tadi tu bukanlah orang lain sebenarnya. Pak cik Megat tu ayah dah anggap macam abang ayah sendiri. Banyak jasa keluarganya terhadap ayah dahulu. Sewaktu ayah baru sahaja memeluk Islam dan sebatang kara di Malaysia, bapa kepada pakcik Megat itulah yang sentiasa membantu ayah. Bapanya seorang ustaz. Dia juga telah menganggap ayah sebagai anaknya sendiri. Sudah lebih dua puluh tahun kami tidak berjumpa kerana selama ini mereka tinggal di luar negara, bekerja disana. Baru setahun dia balik ke Malaysia selepas bersara dan buka perniagaan sendiri di KL. " Terang ayah panjang lebar.
Fuh! Aku menghela nafas lega. Aku fikirkan ayah ingin memberitahu yang aku dan Isha merupakan anak kepada tetamu yang hadir itu. Aduh! Ayah ni buat suspen aku sahaja.
"Ikha mereka datang tadi sebenarnya membawa hajat. "
Aku terkedu. Aku memandang Isha dengan penuh tanda tanya. Isha hanya menggelengkan kepala. Banyak betul kejutan untuk aku Harini.
"Hajat apa? " Hatiku berasa tidak enak. Sepertinya yang bakal ayah sampaikan nanti adalah perkara yang susah diterima.
"Mereka datang nak meminang Ikha untuk anaknya. " Senafas ibu memberitahu.
"Ha?! " Isha terkejut kecil. Kalau Isha terkejut macam tu aku lagilah terkejut beruk.
Aku terasa ingin membuat lompat bintang sahaja. Bukan kerana terlalu seronok dipinang orang, tetapi dek terlalu terkejut. Memang ada udang di sebalik mee goreng sangat.
"Tapi ibu ayah Ikha masih muda. Pernah dengar lagu polaroid? Lagipun Ikha kerja pun belum. Ikha masih nak bersama ibu, ayah, Isha dan Ash. Ikha tak kenal pun anak mereka macam mana nak kahwin? "
Saat itu aku berasa sangat sedih. Aku berharap ibu dan ayah menolak pinangan mereka. Aku belum bersedia untuk menjadi isteri orang!
"Sayang, ayah dan ibu tidak pernah minta apa apa daripada Ikha. Untuk kali ini sahaja, ibu mohon pada Ikha. Kami dah terima pinangan mereka. Kami yakin, Ikha akan bahagia disamping anaknya. Ayah dan ibu dah lama kenal mereka dan mereka dari keluarga yang baik baik. Ibu dan ayah buat semua ni untuk kebaikan Ikha. "
Ibu berkata dengan sayu. Tetapi hatiku tetap juga tidak dapat menerima! Ini bukan drama Melayu yang macam didalam novel yang selalu aku baca. Air mata mula mengalir. Aku sendiri tidak pasti mengapa aku susah sekali hendak menerima pinangan tersebut sedangkan aku tidak teman lelaki. Aku baru nak berangan naik atas pelamin bersama Isha.
"Ayah dah buat keputusan. Ayah harap Ikha terima dengan redha. Pertunangan tu ayah dah tetapkan. Dua minggu dari sekarang. Tolong jangan hampakan kami. " Tegas suara ayah.
Aku berasa hendak meraung sahaja. Dunia apakah ini? Aku tahu, ibu dan ayah mana yang tak sayangkan anak mereka. Tetapi aku tidak mahu berkahwin dengan pilihan keluarga. Bagaimana rasanya berkahwin dengan orang yang tidak dikenali? Aku selalu terbayang akan berkahwin dengan lelaki yang aku cintai bukan dengan lelaki yang tidak dikenali!
Tapi bila difikir semula Iskandar tak akan mengacauku setelah aku berkahwin. Hatiku bertambah rusuh. Bersediakah aku berjauhan dengan keluarga? Terutamanya Isha?
Kalau Best vote larh ek 😂
YOU ARE READING
Jodohku, Pilihan Dia..
RomanceZalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan mata...