Bab11

101 3 0
                                    

Selepas dua hari pulang dari kampung, kehidupanku berjalan seperti biasa. Tentang pertunangan itu aku malas hendak fikir. Majlis pertunangan Mikail sama dengan tarikh pertunangan ku. Nampaknya aku tidak dapat menghadiri majlis mereka.

Terdengar ketukan pada pintu bilikku. Suara Isha kedengaran dari luar meminta aku membuka pintu. Sengaja aku kunci hehe.

"Kenapa? Ikha nak tidur ni. " Aku memberikan alasan.

"Tidur apanya? Awal lagi kot. Turun bawah sekarang! Arahan ibu cepat! " Gesa Isha supaya aku cepat cepat turun ke bawah.

"Ada apa dibawah? " Aku terlalu malas nak bergerak.

"Turun aja lah banyak soal lah kau ni. " Hahaha. Isha pun dah malas nak layan .

"HA, mari sini. Tengok ni, mana tahu ada yang berkenan ke. Nanti kalau ibu yang pilihkan takut Ikha tak berkenan pula. " Panggil ibu setelah melihat aku.

Ibu sedang membelek belek album gambar pelamin dan hiasan majlis perkahwinan rupanya. Majlis pertunangan pun nak kena ada pelamin ke? Ei malulah aku.

"Kak Emi hantar tadi. Ibu yang minta. Nanti senang sikit kerja kalau dibuat awal awal. Majlisnya tak lama saja lagi. Tidur bangun tidur bangun dah dua minggu. Banyak lagi yang nak disediakan.

"Janganlah kalut sangat. " Ujar ayah sambil matanya tidak lepas dari membaca akhbar.

"Bukannya apa bang, saya takut majlis tu ada cacat cela nya. Saya nak semuanya sedap mata memandang. " Ibu tersenyum memandang ayah.

Riak kegembiraan dan teruja jelas terpancar pada wajah mereka. Gembira kerana aku bakal mengahwini lelaki pilihan mereka dan tidak sabar mungkin mendapat bakal menantu.

"Perlu ke pakai pelamin ibu? Duduk dalam bilik sahaja kan okey. Nanti tiba masa untuk sarungkan cincin masuk sahajalah ke dalam bilik. "

Baru bertunang sudah pakai pelamin bagai.Kalau dah kahwin nanti, agaknya ayah akan membina tandu untuk aku. Kemudian akan diarak satu kampung. Kalau diarak menggunakan tenaga manusia tak apalah juga. Buatnya ayah meminjam lembu Pak Kassim tu mahu haru dunia. Then terserempak pula dengan Mak Minah yang suka pakai kebaya merah, bunga mawar merah, payung merah kalau boleh semua merah. Weh! Mahu terbang aku dibuatnya.

"Pelamin itu kita buat di ruang tamu. Bukannya ibu suruh Ikha duduk atas pelamin tu seharian. Waktu nak sarung cincin saja. Kita kena ikut trend sekarang Ikha. Lagipun, puaslah nanti saudara mara yang datang dari jauh. Tak payahlah berasak asak masuk kedalam bilik semata mata nak melihat Ikha. " terang ibu. Omo! Ikut trend lah pula ibu ni.

Aku acah acah membelek album yang dibawa oleh kak Emi itu. Satu pun tidak menarik perhatianku. Tengok pun gitu gitu he mana nak berkenan.

"Ikha ni cantiklah. Benchnya nampak cantik. Pelamin pun comel aja. " Cadang Isha sambil mengangkat keningnya. Cantik weh!
"Bagi Ash yang lelaki ni kan cantik juga. " Ashraf juga menyokong pilihan Isha.

"Not bad lah.. " Ujarku meleret. Actually, aku berkenan tengok pelamin tu tapi tak kanlah aku nak tunjuk keterujaan aku sambil melompat lompat dihadapan mereka pula.

"Cantik sangat Ikha! Pandai kamu pilih. " Ibu memuji lebih kepada mahu mengambil hati aku sebenarnya.

"Excuse me, Isha yang pilih lah bu. " Nak juga naik saham Isha ni.

"Ibu siapa bakal abang ipar kami? Kami pernah jumpa atau kenal ke orangnya? " Tanya Ashraf tiba tiba. Uish dah panggil abang ipar bak hang. Geli geli je telinga aku dengar. Tapi sekarang ni memang aku nak peluk Isha sampai lemas kerana bertanyakan soalan itu. Kalau aku?  Memang idok lah nak membuka mulut untuk bertanya hal itu.

"Hmm.. Kamu tak kenal. Dia tinggal di Sri Hartamas. Tapi dah lama dia tinggal di luar negara. Baru sahaja balik ke sini. Jurutera gali minyak. Dulu dia bekerja dengan syarikat minyak diluar negara. Negara mana pun ibu tak tahu. Lagipun yang ibu dengar dia dan adiknya ada membuka kafe disini. "

Habislah aku kena kahwin dengan orang minyak! Eee.. Tak mahulah aku. Buatnya bekalan elektrik terputus, boleh menangis aku nak mencari dia.

"Siapa nama dia ibu? " Ashraf bertanya.

"Adrean. Megat Adrean Megat Azim. " Jawab ibu sambil menjeling ke arah ku. Aku buat tak dengar sahaja sambil membelek belek album gambar itu. Aku rasa hampir 10 kali aku melihat gambar yang sama.

Mulut Ashraf dan Isha membentuk huruf 'o'.

"Isha kau nak pakai baju apa masa bertunang nanti? " Eh Minah ni kuat kuat lagi volume tu.

"Tak terfikir pula. " serius aku lupa. Ya lah bukan aku yang nak pun tu yang tak terfikir langsung.

"Lupa pula ibu. Nasib Isha ingatkan. Umi ada belikan baju untuk Ikha pakai masa majlis pertunangan nanti. " Ibu melangkah masuk ke dalam bilik.

Ibu keluar dari bilik dengan membawa sebuah beg kertas belogokan gedung terkemuka itu lalu diberikan kepadaku. Aku menarik keluar sepasang baju kurung moden berwarna biru lembut. Melihat sahaja baju ini aku sudah dapat meneka, tentu saja kainnya mahal. Mereka kan orang berduit, tak ada masalah kalau membelanjakan aku baju ini. Banjunya dihiasi bunga bunga kecil dan butir butir permata. Tak lah over sangat. Memang menepati citarasa aku.

"Cantik weh! Untunglah dapat mak mertua macam ni. " Isha kan biasalah tak habis habis dengan untuk dia.

Aku menjelirkan lidah kepada Isha. Aku sebenarnya malas hendak memberi komen tentang ini. Diam lebih baik.

"Kak Ikha ni dari tadi dian saja. Macam tak seronok. Orang lain nak bertunang bukan main seronok siap upload kat instagram lagi tu. Kak Ikha pula macam kena kahwin paksa sahaja. Ashraf mengomel. Wajah ibu serta merta berubah.

"Ish! Mana ada. Ash ni ada ada saja. Kak Ikha diam sebab ibu pandai bab bab macam ni. " Aku menafikannya. Tapi aku memang kena kahwin paksa pun. Eh!  Siapa cakap? Aku yang setuju. Biarlah kami berempat sahaja yang perlu tahu.

JAM sepuluh malam aju masuk ke dalam bilik. Lebih baik aku sambung tengok wanna one episode 3. Tengok running man ke.

Aku mencapai telefon bimbit yang ditinggalkan tadi. Ada lima panggilan tidak dijawab dan ada pesanan juga. Nombor ini macam aku pernah nampak tapi aku lupalah siapa gerangannya. Kacau ulat lah orang ni.

-Asal kau tak angkat takut ke?

Allahu Iskandar! Dia ni tak belajar ABC ke dulu? Jembalang tak guna! Tak habis habis nak ganggu hidup aku! Aku bukannya ada hutang dengan kau pun ei asal aku tak bunuh aja dia dulu.

-I know, kau tengah tengok mesej aku ni. Kau ada hutang dengan aku dan kau perlu bayar ASAP!

~sorry! Bila masa aku berhutang dengan kau?

-Kau tolak lamaran aku depan orang ramai! And then kau belasah aku!

~Asal kau macam budak budak sangat? Tolong lah ubah perangai kau tu. Otak kau letak mana bro? Takkan aku nak biar kau gadai maruah aku?!  Jangan jadi bodoh sangat please. Dengan cara jijik macam tu kau nak dapatkan seorang perempuan?! Astaghfirullah al-azim.

- So what!

Ya Allah aku nak sahaja baling telfon aku dekat dinding. Aku mengaku lah aku pernah tolak lamaran dia depan orang ramai. Salah dia juga yang pergi lamar aku buat apa?  Perempuan mana yang nak kahwin dengan lelaki yang hanya nak puaskan nafsu semata mata?

Baik aku tak payah layan jembalang ni. Bila nak pupus manusia macam ni? Kalau macam ni memang patut pun aku kahwin.

Hohoho Zalikha cfm ke nak kahwin?

Selamat membaca 💨




Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now