Bab 7

85 2 0
                                    

    Telefon berbunyi nyaring minta diangkat. Aku yang baru selesai solat segera menggantungkan telekung dan sejadah di dalam almari. Telefon yang berbunyi tadi mati, mungkin lambat itu yang mati .

    "Anak siapa pula yang Call malam malam ni. " Aku meraup wajahku. Keningku berkerut. Manakah tidak? Nombor yang tidak dikenali kot. Haih takut aku.

    Telefon berbunyi sekali lagi. Aku berasa tidak tentu arah. Menggeletar seluruh tubuhku.

    "Ya Allah ya Tuhanku, kau bantulah hambamu ini. Jauhi lah orang orang yang jahat. Janganlah seseorang yang menelefonku ini seorang yang jahat seperti Ah Long, pencuri, pembunuh, penjenayah atau apa apa. Amin. "

    Dengan lafaz bismillah aku menjawab panggilan tersebut.

    "Hello, Zalikha Airis. " Eh dia tahu nama aku?  Siapa pula jembalang ni? Umur 22 tahun ni memang macam macam lah.

    "Assalamualaikum, siapa ya? " Kita kena lah bagi salam mungkin dia gelabah sebab aku tiba tiba angkat panggilan dia atau pun dia bukan Islam. Alah matilah aku.

    "Waalaikumussalam." Jawanya di hujung talian.

    "Oh islam. " Aduh terlepas cakap pula. Aku menampar Kampar mulutku.

    "Err Haa. Do you still remember me?. " Manusia ni kan aku tak faham betul. Buat apa aku tanya dia siapa tadi.

    "Who are you? Have we ever known before? " Suara dia ni seram. Tapi suara dia macam familiar. Takkan..

    "Aku ni Iskandar. " Tubuhku menjadi pucat seperti tidak berdarah lagi. Aku mematikan panggilan. Memori yang sudah lama dan susah untuk dipadam berlegar legar dalam ingatan. Dia lelaki durjana! Aku mengenalinya sewaktu bekerja di restoran. Kerja part time.

    "Zalikha." Iskandar menegurnya sewaktu dalam perjalanan ke parking kereta. Aku fikir dia sudah pulang ke rumah.

    "Eh! Iskandar. You tak balik lagi? " Aku tersenyum kearah nya.

    "Belum lagi. Takkan you tak perasaan I tadi? " Aku nak balik ni aduh. Esok esok je lah nak berborak.
    Aku hanya tersengih. Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta Iskandar memegang tanganku.

    "Eh apa ni?! Dont touch me okay! Haram. " Ingin sahaja aku beri crocodile slap. Pantang aku orang sentuh tanpa berlapik. Perempuan tak apa juga. Aku menarik tanganku dengan kasar.

    "Ops! Sorry darling. I cuma nak berbual dengan you. Why you sombong sangat? " Dia mengangkat tangan lagak pesalah.

    "Go away! I have to go now. " Aku membalasnya dengan geram. Dia masih tidak berganjak dari keretaku. Apa yang dia nak?! Dasar jembalang tak guna.

    "No way! I nak berkawan dengan you aje. Please darling. " Oh My God! Geli geleman aku. Dia merapatiku lalu memelukku dengan erat. Ya Allah lindungilah aku. Aku meronta ronta dengan kuat. Orang disini tidak ramai yang lalu. Sudah jam 11 malam mana orang nak lalu.

    "Iskandar! Kau buat apa ni?! Lepaskan aku lah! " Aku menjerit di telinganya. Dia cuba membuka tudungku. Ini dah lebih! Kau tak kenal aku siapa. Hello aku ni pandai silat okay dapat pelangi kuning cula 5 tau.

    Aku membelasahnya demi mempertahankan diri. Maruah aku woi! Walalupun sudah lama tidak berlatih tetapi aku masih tidak lupa tentang ilmu yang aku pelajari. Iskandar tidak mampu bergerak lagi. Aku meletakkan kaki di atas perutnya. Tangannya aku selangkan dengan kuat.

    "Aduh! Sakitlah perempuan! " Marahnya. Ha kau tau pulak marah. Kau salah orang kalau nak main main.

    "Gatal sangat! Kau ingat aku perempuan murahan ke?! Tak ada maruah?! Macam ni rupanya kau anggap perempuan! Macam anjing tepi jalan! Taubat lah Iskandar. Kita tak lama Kat dunia ni. Kau buat benda ni dosa kau makin bertambah bukan berkurang! Dasar jantan tak guna! " Aku memijak perutnya dan segera masuk ke dalam kereta. Dalam ketakutan aku memberanikan diri untuk memandu kereta.

    "Ikha! " Terkejut aku apabila Isha memanggil namaku dengan kuat.

    "Astaghfirullah a lazim, Isha! Apa jerit jerit ni? Terkejut tau tak? " Aku berasa tidak puas dengan jeritannya tadi.

    "Kau kenapa? Termenung sampai tak dengar aku panggil. Nasib baik Isha tak letak speaker kata tepi telinga kau. Kau ada masalah ke? Ceritalah. " Hati yang panas mulai surut. Aku tidak berniat hendak marah tetapi aku terkejut itu yang hati tiba tiba jadi panas.

    "Jembalang tu call Ikha tadi. " Aku memberitahunya. Isha kan sahabat, keluarga, teman untuk bergaduh dan everything!

    "Jembalang! Weh biar betik. Jembalang boleh Call orang? " Pergh! Blur gila dia ni. Aku ketawa terbahak-bahak . Aku menarik hidungnya yang mancung.

    "Ya jembalang. Jembalang ni ada nama. " Aku menahan tawa melihat kerutan di dahinya.

    "Iskandar lah aduh merepek betul kau ni. " Sakit pula hati aku bila sebut nama jembalang tu. Tapi dalam sakit hati aku tertawa melihat Isha. Memang selalu buat aku terhibur. Selain Ashraf dia pun kuat melawak juga.

    "Lah apalah Ikha ni. Pasal jembalang tu tak payah fikir. Ini ada hal lagi mustajab eh penting. " Penting? Apa dia yang penting sangat? Oh! Hidup penuh dengan kejutan!

    "Ayah dan ibu dah tunggu di bawah. Nanti Ikha turun ya? " Isha berkata-kata.

    "Ada apa? " Bukan biasa biasa ni. Serius pula muka Isha ni. Macam singa.

    "I dont know princess hazel. Just go. " Isha terus berlalu pergi dari bilikku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aku tertanya-tanya apa yang ingin disampaikan oleh ibu dan ayah.


Jangan lupa vote! Selamat membaca!

Abaikan typo

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now