Bab6

92 2 0
                                    

    Hari ini bermulanya peperiksaan akhir semester Isha. Awal pagi lagi dia sudah bergerak ke universiti. Tanpa sempat untuk meneguk segelas air. Aku percaya Isha akan menjawabnya dengan baik.

    Aku menemani ibu ke pasar. Pasar mana pun aku tak tahu. Ibu bila dah beli barang barang ,memang tak sempat nak tengok sekeliling.

    "Banyaknya ibu beli. Ada kenduri ke apa ni ibu?" aku bertanya kepada ibu.

    "Ke ibu nak simpan bulan bulan? Malas nak beli ?" Aku bertanya lagi. Ibu menggeleng gelengkan kepala mendengar soalan aku.

    Aku segera mengejar langkah ibu ke tempat barangan basah. Ibu tidak menghiraukan soalanku.

    Rajin betul orang disini berniaga. Aku salute lah dengan dia orang. Zaman sekarang ni kena rajin kerja. Duit cepat habis sekarang. Dah dicuri dengan GST kan hesh!

    "WOW! Banyaknya ibu belanja. Aih kembung lah perut Ash nanti. " Tegur Ash sewaktu ibu baru masuk ke dalam rumah.

    "Haih kamu dengan kakak kamu sama aje. Kak Ikha dan Kak Isha kan dah habis belajar. Tinggal graduate sahaja mestilah kena masak yang sedap sedap. "

    Aik? Isha tengah berperang dengan peperiksaan kot, ibu awal awal pula akan menyambutnya. Tapi ibu beli barang macam nak buat kenduri saja. Musykil aku.

    Sekembalinya dari pasar, ibu mula sibuk di dapur. Aku menolong ibu menyediakan juadah untuk makan tengah hari. Juadah hari ini sangat istimewa dan kuantiti yang banyak. Biasanya ibu masak cukup cukup untuk kami sekeluarga sahaja. Isha yang kepenatan pasti akan menjadi bertenaga semula.

    "Ibu masak banyak banyak ni ada tetamu istimewa nak datang ke? " Aku bertanya memandangkan perasaan ingin tahu sudah ke kemuncak.

    "Kamu ni Ikha. Kawan ayah nak datang. Itu yang ibu masak lebih tu. Isha balik pukul berapa? Tolong ibu siang ikan ni boleh? Ibu nak sediakan bahan bahan memasak ni. "

    "Isha balik pukul sebelas setengah. " Soalan ibu terjawab.

    Aku terus melangkah ke sinki. Cerita pasal ayah dari tadi aku tidak melihat ayah. Jarang ayah keluar waktu cuti begini.

    "Ayah mana ibu? Dari tadi tak nampak. "

    Belum sempat ibu menjawab kedengaran orang memberi salam. Ah panjang umur ayah baru disebut muncul terus. Aku menuju ke arah ayah dan menyalam tangannya setelah menyuci tangan tadi.

    "Selesai semuanya? Kanopinya dapat? " Ibu bertanya. Ayah hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kecil.

    "Kanopi untuk apa ibu? " Ashraf yang entah dari mana muncul bertanya kepada ibu.

    Ibu tersenyum memandang aku dan Ashraf.

    "Ayah pergi tempah kanopi untuk kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena Ikha dan Isha tamat belajar. " Aku melopong. Sampai macam tu sekali ?

    "Ibu..  Peperiksaan akhir Isha kan baru bermula. " Ibu ni ada ada aje lah.

    "Tak apa lah sama saja tu. " Aku menggelengkan kepala.

    "Tapi ibu kenapa tak tunggu majlis konvokesyen? Malu lah, belum dapat ijazah lagi ibu dan ayah dah buat kenduri beria ia. " Aku memprotes. Kalau Isha tahu mesti dia pun tak setuju.

    "Eh tak apalah majlis konvokesyen tu kan syarat sahaja. Yang penting anak anak ibu dah habis belajar betul tak abang? " Ayah menganggukkan kepalanya. Aku hanya terdiam dan membiarkan sahaja.

    BARU beberapa jam Isha pulang dari uni, tetamu yang ditunggu-tunggu oleh ibu dan ayah tiba selepas zohor. Aku dan Isha yang baru sahaja turun tangga terus bersalaman dengan dua orang wanita separuh umur yang datang bersama dua orang lelaki. Pastilah mereka pasangan suami isteri.

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now