Sudah seminggu aku berdiam diri, membuat kerja sendiri. Sudah jarang keluar bersama dengan Isha. Segala urusan aku turut sahaja. Semakin lama aku bertangguh, semakin berat perkara itu menekan jiwa.
Telefonku bergetar. Siapa lagi yang mengganggu princess ni. Ceh! Makin kusut aku jadinya. Membebel pun angkat juga.
"Assalamualaikum, ya? " Malas betullah layan call orang ni. Tah sapa sapa lah!
"Waalaikumussalam, Zalikha. " sinis kedengaran suara itu dicorong telefon. Iskandar!
"Kau nak apa lagi?! " Suara aku meninggi. Aku tak boleh lah dengar suara jembalang ni! Huh! Patutnya aku tengok nombor siapa tadi.
"Ingat hutang kau. " Dia ketawa sinis. Kepala otak dialah! Hutang hutang. Kalau macam ni lah aku sanggup tinggal kat Uganda.
"Please lah. Jangan kacau aku lagi. Aku dah nak bertunang lah! " Penat aku cakap dengan orang macam ni. Kedengaran desahan nafas yang kuat dihujung sana. Mungkin dia tergamam.
"Kau dengar sini baik baik ya! Hutang kau dengan aku tak akan pernah selesai. Tengok apa nasib kau nanti."
Beberapa ketika kemudian, tiada lagi suara yang aku dengar. Ayat yang diucapkan oleh Iskandar berlegar legar di kepala. Apa dia nak buat?
"YA ALLAH, bosannya! " Aku merungut kesekian kalinya. Siapa je yang tak bosan duduk dirumah tanpa buat apa apa?
Tok, tok, tok..
"Masuk saja. "
Terjegul wajah Isha. Bosanlah tu, tu yang cari aku. Biasanya kalau dah melukis mana nak ingat kita. Dia baring di atas katilku.
"Ikha jom keluar main ice skating. Bosan sangat ni. " Dah Agak dah. Weh! Aku dah lama tak main skate aduh! Jatuh kang buat malu aku ja.
"Ei tak nak lah! Dah lama tak main. " Dulu boleh lah siap masuk pertandingan lagi.
"Alah please! Kalau tak main skate, boling nak? Or shopping? " Masih memujuk. Memang kes bosan sangat ni.
"Okay lah. Where are we going? " Ikut sajalah bukan selalu pun keluar dengan Isha ni. Dulu boleh lah sentiasa meluangkan masa bersama sekarang ni entah lah.
"Sunway pyramid. Siap sekarang biar Isha drive. " Dia terus berlari keluar dari bilikku.
Tak sabar sabar betul dia ni. Popular! Wajib pergi nanti. Tengok nanti aku borong banyak buku. Nak cari album wanna one sekali! My Guanlin!
SUSAH nak cari parking. Maklumlah harini hari cuti kan itu yang ramai. Punyalah dah pusing sekeliling parking tak ada juga. Pusing punya pusing dari atas ke bawah nasib baik ada kereta yang nak keluar.
"Fuh! Nasib ada. Jon lah Ikha. " Ikha mengajak aku keluar setelah siap parking kereta.
"Weh! My baby! Awh so sexy! " Aku tak boleh kalau nampak dia! So cute, so sexy, so smart!
"Kau ni pantang betul kau nampak BMW lagi lagi warna merah. " Isha dah terlalu faham dengan aku.
"Kereta idaman kot! Weh ambik gambar aku dengan dia. Tuan punya kereta saya nak minta izin tangkap gambar sekejap dengan idol saya. " Dengan segera aku menghulurkan telefonku.
"Aduh! Nanti datang pula tuan punya kereta. " Isha sudah mula mengira. Belum sampai tiga Isha mengira kedengaran suara orang berdehem.
"Ehem! "
Kami menoleh serentak. Tuan punya kereta ke? Gila hensem! Patutlah kereta pun smart. Mesti kaya! Ikha beringat sikit awak tu tunang orang. Aku malu! Tu lah kau gatal sangat nak tangkap gambar. Tak menyempat nyempat.
"Err.. Aaa.. Sorry kami tak buat apa apa dengan kereta encik. Sorry again. Kami gerak dululah ya? " Isha menarik tanganku. Kami berjalan dengan laju menuju ke arah lif.
"Ikha! Buat malu aje lah. Lepasni jangan lah buat macamtu lagi. " Muka dia macam nak nangis saja. Aku ketawa terkekeh-kekeh.
"Overnya malu hang. Ikha yang sibuk berdiri tepi kereta dia kau yang malu teruk kenapa? Ke dah dup dap saat pertama kali berpandangan mata? " Aku mengusiknya. Bukan senang dia kalut macam ni sejak putus dengan ex dia.
"No! Mana ada. " Dia menafikannya.
Saat itu juga pintu lif terbuka. Dia terus menonong keluar tanpa mempedulikan aku yang ketinggalan jauh di belakang. Sejak bila entah dia malu dengan aku. Aku tersenyum sendirian.
Aku mengejar langkahnya. Laju sangatlah Minah ni jalan. Dia ingat masuk pertandingan berjalan paling laju agaknya.
"Weh! Tunggulah. Tak payah malulah geli je I tengok you ni. " Aku menarik tangannya setelah berjalan beriringan dengannya.
"Jangan nak bangkitkan isu tadi. Janji? " cute betullah. Jari kelingking kami bertemu hahaha.
"Dah lah, jom teman beli buku. Mood shopping on! " Mataku bercahaya setelah melihat buku buku.
Aku memborong banyak buku. Aku tak adalah borong novel sahaja, borong juga buku Islam. Isha melayan sahaja. Dia mana suka baca baca ni katanya terlebih bosan! Tak ada jiwa si pembaca memang gitu.
Setelah itu, kami ke kedai kasut, topi, beg, baju, tudung dan macam macam lagilah. Nampak tak borong sakan. Kami tak selfish okay! Untuk ayah, ibu dan Ashraf kami ada belikan sekali.
Macam macam kami lalukan, main boling, singgah starbucks, tengok wayang dan lepak baskin robbins. Kalau Ashraf ikut pasti lagi best! Tapi dia ada training pula itu yang tak ikut sama.
Lebih kurang lima jam kami disitu dan tulang belulang sudah terasa penat, kami segera pulang ke rumah. Giliran aku pula yang drive. Hari yang membosankan bertukar menjadi hari yang paling nice!
Bosan cerita ni? Tak apa insyaallah nan try gempakkan 😂
YOU ARE READING
Jodohku, Pilihan Dia..
RomanceZalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan mata...