Bab9

104 1 0
                                    

Aku tidak dapat membuka mata kerana kepalaku terasa amat berat. Badanku terasa panas tetapi aku menggigil. Aku memaksa diri untuk bangun untuk membersihkan diri dan mengambil air wuduk. Mukaku seperti hantu panda pun ada. Mata bengkak akibat semalaman menangis.

Selesai sahaja solat subuh, aku naik ke atas katil dan baring sambil memicit lembut kepala yang berdenyut denyut. Aku sungguh berharap bahawa berita semalam adalah mimpi semata mata. Tetapi, setelah aku menjentik dahiku, aku percaya yang ianya bukan mimpi.

Aku teringat akan mimpi aku tadi. Ada seorang lelaki kacak tetapi aku tak mengenalinya masuk meminang aku. Dia tu ke bakal tunang aku? Tak pernah jumpa tapi mengapa dia muncul dalam mimpi aku? Mustahil tu dia.

Aku menjadi ragu ragu. Patutkah aku menolak atau menerima nya? Kalau diterima aku merana dan aku dapat membahagiakan kedua orang tu aku. Kalau ditolak ibu dan ayah pasti kecewa. Aku tidak mahu mendapat gelaran anak derhaka.

Akalku ligat memikirkan cara untuk membatalkan rancangan ayah dan ibu. Ingin sahaja aku lari dari rumah tapi, haru jadinya nanti. Silap silap aku dilaporkan ke polis. Mati pula aku nanti! Pasti ayah akan segera mengahwinkan aku atau dicampak ke dalam hutan. Ayah nampak sahaja tenang tapi susah diramal. Sekali dia naik angin dengan kau kau sekali boleh jahanam.

Plan B buat buat pengsan masa hari pernikahan atau pura pura koma. Eh koma patutnya ada sebab. Hesh tak logik pula. Kalau cakap aku tak boleh melahirkan anak ?  Lagilah berantakan jadinya! Kang aku yang kena heret ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Argh! Aku mesti berjumpa dengan lelaki yang acah idaman Malaya tu. Dia patut tahu yang aku langsung tidak ada hati untuk berkahwin dengannya Huh! Dia patut cari cara untuk membatalkan rancangan kedua ibu bapa kami.

Minta mintalah dia sudah ada permaisuri hati. Senang lah kerja aku nanti. Tapi, bagaimana aku hendak bertemu dengannya? Jangankan nombor telefon, nama dan rupa dia pun aku tak tahu.

"Princess, mari turun sarapan. " Ibu memanggilku dari luar.

Aku tidak menyahut, masih protes tentang peristiwa semalam.

"Ikha.. Marilah makan. Nanti sakit pula. " Ibu tidak berputus asa.

Biarlah. Sakit ke apa ke ibu bukan kisah pun. Hari ini hari tunjuk perasaan kuasa dua!

"Tak apalah kalau Ikha tak mahu makan. Nanti kalau lapar turun ya? " Kasihan pula aku mendengar suara ibu. Ah berdosanya aku!

"Ibu, sekejap ya? Nanti Ikha turun. Ibu dan ayah makanlah dulu. "

Aku memandang wajahku dihadapan cermin. Rupaku sumpah seram. Aku sendiri tengok pun dah seram apatah lagi ibu atau ayah yang melihatnya. Aku mengambil sikat lalu merapikan rambut hitamku sebelum diikat. Aku seorang sahaja ikut rambut ibu Isha dan Ashraf ikut rambut ayah. Aku menyapu sedikit bedak di seluruh muka sebelum memakai lip gloss di bibir. Barulah nampak seperti anak pakcik Zakwan.

"Maaf Ikha lewat turun. " Sarapan di atas meja belum diusik. Pastinya ibu dan ayah menantiku untuk sarapan bersama sama. Sunyi sekali rumah. Al Maklumlah Ashraf sudah berangkat ke sekolah manakala Isha sudah keluar awal pagi untuk membuat ujian apa entah. Aku ingat dah habis exam.

"Alah tak lambat mana pun. " Ibu menyedapkan hatiku.

Suasana di meja makan pagi ini sunyi sahaja. Yang kedengaran adalah bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Masing masing mungkin kelu untuk memulakan bicara.

SELESAI bersarapan, aku mula berkira kira untuk kembali ke bilik. Namun, baru sahaja hendak berdiri ayah sudah menahanku dan meminta aku duduk semula. Aku akur dengan permintaan ayah. Walaupun kecewa dengan keputusan mereka, mereka tetap ibu bapaku yang perlu dihormati.

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now