Aku mula rindu mendengar suaranya. Gedik kan? Tapi itulah hakikatnya. Aku pun tak tahu kenap aku ada penyakit seperti ini. Hampir setiap hari juga aku seperti orang yang menunggu keputusan temu duga. Hampir setiap jam aku memeriksa telefon.
"Ibu tengok Ikha ni gelisah semacam aje kenapa? Tak habis habis tilik telefon lepastu muka ketat aje. " Ibu menegur. Nampak sangat ke muka ketat aku?
"Tak adalah, Ikha nak tengok ni mana tahu keputusan peperiksaan keluar. " Aku mengelak.
"Orang tengah angau ibu. Baru habis exam Ikha oi takkan result dah keluar. " Isha yang muncul entah dari mana buat kantoi saja.
"Ibu pernah muda Ikha.. Dah lama makan garam. " Ibu tersenyum sinis. Isha apa lagi ketawa lah dia. Oh! Gelakkan aku tak apa kita tengok masa dia kahwin nanti. Muka aku dah naik malu.
Aku berlalu ke ruang tamu dan duduk di atas sofa sambil membaca novel. Aku dah buat macam macam aktiviti dirumah ni tetap juga bosan. Itu yang aku mencari ibu tadi. Aku tak dapat bayangkan betapa sunyinya ibu selama ini duduk dirumah. Buat kerja sendirian sementara menunggu anak dan suami pulang. Sungguh membosankan!
Dahulu ini pernah bekerja di Hospital Kelana Jaya sebagai jururawat. Ayah pula penolong pengarah disalah sebuah syarikat tapi aku tak pasti syarikat apa. Ibu dan ayah berkenalan sewaktu ayah dirawat di hospital itu. Katanya ayah kemalangan.
Kata ibu, sewaktu berkenalan dengan ayah. Ibu macam tak percaya ayah sudah masuk Islam. Ibu jatuh cinta dengan ayah kerana dia sayangkan agama Islam dan mata ayah. Pertama kali jumpa ayah, mata ayah yang buat hati ibu tak tenang. Phewit! Dan selepas beberapa bulan berkenalan, ayah terus melamar ibu. Selepas ibu melahirkan aku dan Isha ibu terus berhenti kerja.
Ibu tidak suka menghantar anak anaknya ke rumah pengasuh. Lebih baik anak anak diberikan kasih sayang yang cukup dan dibesarkan dihadapan mata sendiri. Itulah ibu.
Baca novel tapi mengelamun. Nampak sahaja kelibat Isha, aku memanggilnya.
"Isha! Main badminton jom. " Dah lama pula tak bermain permainan itu.
"Jap. Ambil raket. " Dia berlalu ke dalam stor. Dalam stor tu afa macam macam alat permainan. Daham macam stor sukan sekolah sahaja.
"Ibu! " Aku memanggil ibu yang baru keluar dari bilik.
"Apa dia? " Ibu menyoal.
"Kalau Ikha nak kerja boleh? Sebelum keputusan keluar. "
Aku mengelipkan mata berkali kali. Semoga ibu membenarkan aku bekerja. Aku sungguh bosan!
Aku takut badan aku mengembang teruk nanti. Kerja aku hari hari benda yang sama saja.
"Awak tu tak lama lagi nak jadi isteri orang. Banyak lagi yang nak disediakan. Nanti kalau keputusan kamu berdua keluar siapa nak tolong ibu? Ibu pasti ayah tak akan benarkan punya. Duduk sajalah dirumah tolong ibu masak. Kamu pandai masak masakan western sahaja cubalah belajar masakan kampung. Isha pun sama sahaja. "
Berapi betul ayat ibu yang last tu. Isha ni time time macam ni lah dia lambat.
"Saudara mara kita kan ada nak tolong ibu. Boleh lah ibu. Please " aku mencuba lagi. Usaha tangga kejayaan.
"No! Alah kamu pergilah Isha atau Ash keluar. Hobi kamu kan banyak. Apa pula kata saudara mara kita cakap nanti. Ada dua orang anak dara satupun tak ada yang tolong. Pergilah shopping beli kamera ke, hiking ke apa ke. "
Nampaknya pujukan aku sungguh sia sia. Ibu sajalah tu nak bodek aku dengan kamera! Duitnya dari mana ibuku?
"Esok kita ke KL, ibu nak survey bunga telur dan bekas hantaran. Kamu dan Isha wajib ikut! " Beritahu ibu. Keputusan ibu tu dah ada tanda noktah dah tu.
"Apa sebut sebut nama Isha? Orang tengah minum pun tersedak sedak. "
Batu nak muncul?! Punyalah aku tunggu dia. Raket di tangan pun hilang? Dia ni makan raket ke tadi. Aku menghembus nafas perlahan."Mana raketnya? Ibu! Awalnya . Baru aje bertunang dah nak survey? " Beria ria pula ibu ni. Aku tahulah aku anak sulung 3 minit.
Isha tercengang. Mungkin tak faham selok belok cerita kami.
"Awal apanya? Enam bulan tu sekejap saja Ikha. Susah tau nak buat persiapan. Lagi lagi kita ni sebelah perempuan. Dulu anak mak long tu kahwin ibu yang menolong pun kelam kabut tau. " Ibu mula membebel.
"Ala.. Ibu tunggu ayah sahajalah. " Ayah dan ibu kan macam pasangan baru berkahwin. Kemana mana pasti berdua.
Isha melihat sahaja perperangan kecil ini. Mencelah takut pula kena bebel dengan ibu.
"Ayah outstation seminggu dua ni. Ibu dah beritahu. Cuma ayah tak benarkan Ikha bawa kereta macam pelesit. Nanti silap silap nak duduk ditempat pemandu tu pun ayah tak benarkan. Ibu tak kira esok kamu berdua kena ikut juga. " Ibu mengugut ku sambil menundingkan jari telunjuknya ke muka aku dan Isha.
Baiklah ibu tersayang. Akan ku bawa kereta dengan penuh berhemah. "
"Loyar buruk ya kamu. Perangai nakal tu jangan terbawa bawa sampai ada anak nanti. Nanti orang pun anggap kamu adik beradik sahaja. "
"Mahu kemana esok? " Isha semakin pening melihat peperangan ini.
"Ke KL" Pendek sahaja jawapan ibu.
"Kahwin pun belum. Pasal anak pula yang dibincangkan." Aku mengomel sendirian.
"Kau tak nak anak ke? " Isha mengusik.
"Diam lah kau. " Aku menjeling Isha. Malu lah cerita pasal benda sensitif ni.
Malam itu, aku makan dengan banyak dan berselera sekali. Selain daripada spagetti dan lasagna, aku suka juga masakan thailand. Sambal tumis udang, ikan tiga rasa, masak lemak ayam pun aku suka. Jangan ingat aku suka masakan orang barat sahaja. Ibu ni macam saja je masak masakan kegemaran aku dan Isha.
"Ikah, Isha tahulah ni makanan kegemaran kita tapi agak agaklah. Tak takut ke baju pengantin kau tak muat nanti? "
"Ikha akan pastikan baju tu sempurna, tahan lasak. Grazie (terima kasih) sebab risaukan Ikha. "
Isha mencebik. Aku ketawa jahat. Tapi dalam hati je lah.
"Esok kita perci pukul berapa bu? " Aku menghalakan pandangan ke arah ibu pula.
"Esok Isha drive tau. " Awal awal dah beritahu. Huh!
"Selepas sarapan. Ha okeylah Isha drive. Jangan kamu bawa macam nak berlumba pula ya. "
"Nanti kunci kereta kamu berdua ayah sorok nanti. " celah ayah. Lepasni kena behave lah bawa kereta.
Aku rasa kami memang tak akan sempat pulang sebelum Ashraf balik dari sekolah. Ibu Kalau sudah berbelanja memang susah nak berhenti. Kalau ada pertandingan rentas kedai pasti ibu dinobatkan juaranya. Aku dan Isha kena siapkan minyak panas untuk mengurut kaki.
Selamat membaca. Typo tu faham faham lah. Thanks readers sekalian 😘
YOU ARE READING
Jodohku, Pilihan Dia..
RomansaZalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan mata...