Bab4

121 2 0
                                    

Peperiksaan akhir telah pun selamat ditempuhi. Aku keluar dari dewan peperiksaan menuju ke kawasan parkir kenderaan. Tidak sabar untuk mengqada tidur. Alhamdulillah terasa lapang dadaku setelah dapat menjawab kesemuanya dengan baik.

    Baru sahaja hendak menghidupkan enjin kereta Swift ku telefon berbunyi tanda mesej dari aplikasi whatsapp masuk. Aku malas hendak membukanya tetapi takut hal penting pula.

    -Assalamualaikum Ikha.. Mikail ni :) esok free tak? Kalau free boleh kita jumpa?

    ~waalaikumussalam, esok erm free. Oh sure! Di mana ya?

    Selang beberapa minit.

    -kafe yang dekat dengan uni kita.

    ~okay :)

    Aku terus memulakan perjalanan ke rumah. Haih! Baru whatsapp dah dup dap dup dap.

    Sampai sahaja di rumah sewa milik Ifa, aku memanggilnya. Aku dah biasa pulang ke rumah Ifa.

    "Weh! Kau nak apa? Aku ingat tarzan mana yang menjerit bagai nak sawan. " over lah Minah ni.

    "Esok teman aku keluar jumpa Mikail. Boleh lepak juga esok. "

    Ifa tayang muka terkejut. Dia fikir comel agaknya.

    "Omoo! Mikail?! Abang senior yang hensem tu? Crush kau? Baik kau cakap apa hubungan kau dengan dia? Weh melepaskan mu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini.. " Nyanyi pula dah. Bosan lah lagu dia. Lagu Zalikha lagi best vokalis dia oh my god!

    "Andu bah, apa kau cakap ni?  Teda faham aku bah. Ish kau ni! Aku cekik hang satgi! Overnya. Tolong lah aku dengan Mika tak ada apa apa hubungan lah. Hari tu dia ada call aku, kata ada benda penting nak bagitahu. Dia suruh ajak kau sekali. "

    Ifa ni memang, kalau dapat penampar dari aku mesti dia diam setahun.

    "Ohh ingatkan ada apa apa. Erm okey boleh. Untuk Minah mata hazel semua boleh. Esok belanja aku. Aku pokai teruk ni. " Dah aku agak.

    "Kau hari hari pokai! Pemalas nak kerja macam ni lah. Okey lah beres. Dah lah kau pergi main jauh jauh aku nak tidoq. Jangan geletek kaki aku kalau kau tak nak tidur kat kubur malam ni. "

    Aku memberi amaran keras. Ifa ni bukan boleh percaya. Aku terus mebuka langkah maniki tangga dan meninggalkan Ifa yang terkumat-kamit mulutnya. Tengah menyumpah seranah aku lah tu.

    KEESOKAN harinya, aku keluar bersama Ifa. Isha tidak dapat pergi bersama kami kerana sibuk menyiapkan assignment terakhir sebelum peperiksaan.

    Kami mengatur langkah ke kafe kegemaran kami kerana di situ tempat kami berjumpa hari ini. Saat melangkah masuk ke dalam kafe ini, kami terbaukan aroma biji kopi, biskut dan muffin homemadenya. Susuk tubuh yang dicari ditemui tetapi..

    "Ikha! Dia ke tu? Siapa sebelah sebelah di? "

    Suara Ikha menyapa gegendang telinga. Seorang wanita yang manis bertudung sedang duduk disebelahnya sambil berbual bual mesra. Aku hanya memerhatikan mereka. Kaki terasa seperti berat untuk melangkah.

    "Ikha jom! "

    Ifa menarik tanganku. Aku terpaksa membuntuti langkahnya. Mereka yang tadi enak berbual terhenti sebaik sahaja kami tiba di meja tersebut.

    "Assalamualaikum. " Sapa Ifa.

    "Waalaikumussalam. " Jawab mereka serentak. Mereka tersenyum manis setelah memandang kami.

Jodohku, Pilihan Dia..Where stories live. Discover now