ITALIAN CITY
Langit kian gelap, kian hilang sinar cahaya yang menjadikannya siang ke malam. Kota raya yang sentiasa sibuk dengan kerumunan manusia yang mencari rezeki untuk keperluan dan kehendak masing-masing.
Tanpa mereka sedar, malam yang suram seakan sedang kesedihan itu membawa satu petanda. Petanda yang menandakan bahawa langit dan awan gelap juga seakan bersedia dengan apa yang bakal melanda. Hanya menunggu masa yang sesuai saja.
Kanak-kanak bermesra bersama ibu bapa masing-masing di rumah yang serba mewah. Pekerja dengan tugasan yang diberikan untuk mendapat sumber rezeki. Tak ketinggalan juga gelandangan yang bertapak di kaki lima dan juga penagih yang berada di lorong-lorong gelap.
Dalam kedamaian mereka yang tinggal disekitar bandar Itali itu, turut diselubungi perasaan takut dan juga sentiasa berwaspada apabila mereka masih bergiat aktif setiap malam, setiap hari tanpa siapa sedari.
Dan, mereka juga tahu. Mereka kenal siapa dan mereka tahu apa yang dilakukan tapi hanya beriak seolah-olah tiada apa yang berlaku dan mereka juga sentiasa berhati-hati. Jika tersilap langkah, pasti mereka bakal menjadi mangsa dan target yang seterusnya.
Tiada siapa yang berani untuk bersuara. Tiada siapa yang berani untuk mendekati. Tiada siapa yang berani untuk berurusan. Dan, mereka juga rela berkurung sepanjang hari daripada terserempak dengan —
Ketua dan ahli Mafia Itali yang paling berpengaruh.
Mafia yang sentiasa berurusan tanpa mereka perasan. Setiap ahli dan juga setiap ketua Mafia memang ditakuti dan dihormati mereka.
Disekitar bandar tersebut yang kelihatan tenang itu dikelilingi dengan mereka yang berpengaruh dan menggerunkan.
Hanya satu perkataan yang sesuai untuk ketua dan juga ahli Mafia itu. Mereka terima bahawa, kejahatan itu sentiasa berada disekeliling mereka tanpa diketahui.
BEBAS.
Ahli kumpulan Mafia di Itali dan disekitar bandar dan daerah yang terdekat bebas untuk melakukan apa saja tanpa perasaan gentar, bagi mereka;ketakutan itu hanya untuk ketua mereka saja.
Bebas membunuh tanpa rasa bersalah atau simpati sama ada harus memisahkan ibu dan anaknya, bapa dan ahli keluarganya atau sesiapa saja. Mereka bebas menggunakan senjata, di kawasan tersorok atau di kawasan umum.
Mereka tak menerima arahan tetapi mereka yang memberi arahan.
Itu salah satunya sebab kepada mereka yang tinggal disekitar bandar tersebut sentiasa berhati-hati. Hidup yang diselubungi dengan ketakutan.
Satu hal yang sentiasa mereka hadam di dakam kepala, jangan sesekali berurusan atau mendekati mereka jika ingin hidup seperti biasa; tanpa sebarang perkara yang tak diingini.
Di sebuah restoran yang menjadi tumpuan orang ramai, kini menjadi sunyi sepi tanpa sebarang suara. Hanya kedengaran jantung yang berdegup kencang dan juga wajah mereka yang jelas terkejut bercampur ketakutan itu.
Bukan hanya di restoran, malah disetiap kawasan dan daerah yang mempunyai kaca TV dan juga alat komunikasi untuk berhubung. Sama ada yang menonton di kaca TV, di skrin komputer, di dalam telefon bimbit kini mempamerkan wajah yang dipenuhi ketakutan.
Di restoran tersebut, pelanggan dan juga pemilik restoran serta pekerja yang ada kini memberikan sepenuh tumpuan pada kaca televisyen yang memaparkan berita utama itu. Masing-masing terkelu lidah untuk bersuara.
Malah, bukan mereka yang terhindar daripada aktiviti jenayah dan juga pihak polis tetapi ahli kumpulan Mafia yang lain juga turut terasa auranya. Mereka berharap bahawa itu hanya sebuah mimpi tetapi ianya adalah kenyataan.
" .... The Most wanted Mafia known as De'luz has escaped from the maximum security prison, according to the announcement of the Italian's President, he is the most dangerous Mafia King or known as a drugs lord around the Italian city. Unfortunately, all the cases disappear from the existing system. For all parents, please make sure your children are safe.."
Seketika, mereka hanya berdiam diri sebaik mendapat berita tergempar tersebut. Cuba memproses apa yang sedang berlaku tika ini. Dan mereka semua pasti, jika dia muncul, ianya bukanlah perkara yang menyenangkan.
'De'luz'
Itu gelarannya. Nama yang mampu membuatkan sesiapa saja terasa aura kegelapannya. Mereka hanya mengenali dia dengan gelaran tersebut. Hingga kini, tiada siapa yang mengetahui nama sebenarnya.
Wajahnya mungkin biasa dilihat dengan hanya sekali pandang atau dengan ekor mata. Tetapi, identiti sebenarnya tiada siapa yang mampu rungkaikan.
Dia penuh dengan muslihat. Dia misteri. Menggerunkan. Berbahaya.
Dia terkurung di dalam pagar besi selama bertahun-tahun disebabkan pergaduhan antara dua pesaing yang juga merupakan golongan Mafia itu. Dan kini, dia kembali semula. Mungkin dengan imej yang sama atau berlainan.
Apa yang menyulitkan lagi keadaan dan membuatkan para penduduk yang berada disekitar bandar Itali, kini pihak polis tak mungkin akan berjaya untuk mengheretnya kembali ke dalam pagar besi itu. Segala bukti dan juga rekod kesalahan dan juga jenayahnya telah terhapus.
Dia, De'luz kini muncul kembali.
Apa yang membuatkan mereka tertanya-tanya, pasti ada sesuatu yang lelaki itu inginkan kerana mereka semua tahu bahawa dia tak akan membuat sesuatu perkara atau urusan jika tak bersebab.
Siapa saja tak mengenalinya?
Dia Ketua Mafia dan juga dikenali sebagai Raja Dadah jika dia berada berdekatan dengan lorong-lorong gelap untuk berurusan dengan penagih dan pelanggan yang dipercayai saja. Dia antara saingan ketat oleh Ketua Mafia yang lain.
Dia kembali untuk membalas dendam terhadap mereka yang merampas kebahagiaannya. Dan dia akan pastikan dendamnya dilunaskan sebagaimana mereka lakukan padanya.
He's back.
[#] What do you think?
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...