2| DANGEROUS EYES

60.6K 2.9K 142
                                    


- There's full of evil in his dangerous eyes -
_______________________________


"Mandy!"

Seorang wanita dalam lingkungan 40-an menoleh ke belakang saat namanya di seru seseorang. Dia tersenyum lebar apabila terpandangkan gadis pemalu tersebut yang tersenyum dengan wajah yang kemerah-merahan itu.

Mandy merupakan pemilik Cafe yang selalu dikunjungi Carla Liliana Pia dan mereka berdua sememangnya rapat memandangkan Carla Liliana Pia sudah menjadi pelanggan tetapnya di Cafe itu.

"Si, tesoro." (Yes, honey)

Carla Liliana Pia menghampiri Mandy, mata memerhati ke arah sebuah meja panjang yang dihiaskan dengan alas meja bewarna merah gelap dan juga kerusi yang tersusun rapi.

Jelas menunjukkan bahawa meja tersebut disediakan untuk tetamu penting yang bakal berkunjung di Cafe tersebut. Fikirannya mula memikirkan gerangan yang bakal berkunjung nanti.

"Who is coming? Looks like they are important guests?" soalnya ingin tahu dengan wajah berkerut hairan.

Mandy terdiam sejenak, serta-merta air mukanya berubah ketakutan dengan pertanyaan Carla Liliana Pia. Sememangnya dia juga berdebar untuk menantikan kehadiran pelanggan penting itu.

Mandy berdehem kecil sambil mengukir senyuman halus dibibir, wajah dirapatkan pada telinga gadis itu.

"They're from some of Mafia Leader and their gangs and they choose to to meet in my cafe. Bad news for me too, but don't worry, just stay away from them. Alright, tesoro?"

Terkebil-kebil Carla Liliana Pia mendengar pernyataan Mandy. Dia sudag terbiasa mendengar desas-desus mengenai ahli kumpulan Mafia yang berada di sekitar Itali berjumpa sesama mereka di tempat awam.

Tapi, hatinya tiba-tiba saja terasa berdebar-berdebar tika ini. Terselit juga rasa gerun dengan mereka tapi dia hanya beriak biasa saja.

'Calm down, Pia! Here goes nothing! Mind your own bussiness.'

Cuba ditenangkan hatinya, separuh hatinya yakin tiada apa yang akan berlaku tapi separuh hati lagi turut kerisauan jika berlaku perbalahan antara ahli Mafia itu, semestinya darah yang akan mencemarkan lantai Cafe itu.

Seperti yang dinasihatkan Mandy, jauhkan diri daripada mereka dan itu lebih baik untuknya kerana mereka tak akan menghiraukan jika tak berkaitan dengan urusan mereka. Ya, jauhkan diri.

"Alright. Gracias, Mandy." (thank you) ujarnya perlahan seraya tersenyum nipis.

Carla Liliana Pia lebih selesa berbahasa Portugis jika bercakap kerana untuk menuturkan bahasa Itali dia kurang fasih. Mandy pun sudah tahu dengan perkara yang satu itu.

Bukan dia tak faham langsung tapi untuk perkataan yang mudah, mungkin dia faham.

Kaki diatur menuju ke arah meja yang menjadi tempat kegemarannya kembali, lalu laptop miliknya dihidupkan dan seperti biasa dia mula fokus menyiapkan tugasannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Pun begitu dia sentiasa memasang telinga. Nasihat papanya sentiasa diingati; setiap tempat, ada bahayanya jadi harus sentiasa peka.

THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now