6| LOCKED UP

60.3K 2.7K 166
                                    

- Some birds aren't meant to be locked up -
______________________________


"Siamo qui, Maestro." (we are here, Master)

Matteo; pemandu peribadi De'luz bersuara. Seketika, pintu kereta dibuka dari luar oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam dan menunduk hormat pada lelaki itu. De'luz melangkah keluar tanpa sebarang riak di wajahnya.

Carla Liliana Pia hanya membuntuti langkah kaki De'luz yang sedang menarik tangannya membawa masuk ke dalam sebuah rumah atau lebih tepat lagi, mansion milik lelaki itu. Besar dan tersangat mewah dipandangan matanya.

Sempat anak mata Carla Liliana Pia menangkap kelibat orang suruhan yang berada di pintu utama itu dan juga pengawal yang berada di pagar utama, berkawal dengan lengkap bersenjata.

Dan ini menandakan bahawa harapan dan rancangannya untuk melarikan diri selepas ini musnah sekelip mata.

Lihat saja lah, diluar halaman sudah berpuluh-puluh pengawal yang berkawal. Bila-bila masa saja dia bakal tertangkap.

"JANE!"

Hilang segala lamunan Carla Liliana Pia saat laungan De'luz bergema di dalam mansion tersebut. Lamunannya yang panjang tak menyedarkan dia bahawa kini dia sudah berada dalam mansion lelaki itu.

Beberapa ketika muncul seorang gadis yang juga sebaya dengannya. Rambut separas bahu bewarna coklat dan juga mata yang bewarna ocean blues cukup menyerlahkan kecantikan gadis bernama Jane itu.

"Sì, Maestro!" (Yes, Master) ujar Jane seraya menunduk sedikit kepaalanya.

De'luz mula berbicara dengan bahasa Itali dengan accent lelaki itu yang pekat dan juga bicara dengan laju sememangnya langsung tak difahami Carla Liliana Pia.

Jane pula hanya menekur lantai sambil sesekali menjawab dan mengangguk kepalanya. Perkara wajib bila berhadapan dengan lelaki itu.

"Macam mana nak lari kalau Itali dia pekat sangat! Susah lah nak cakap! Haih!" gumam Carla Liliana Pia perlahan sambil mengeluh kecil.

Seketika Carla Liliana Pia terkebil-kebil apabila De'luz mula menolak perlahan tubuhnya ke arah Jane lalu gadis berambut coklat itu mula menggamitnya supaya mengikuti gadis itu.

"Take her to the room."

Mahu atau tak, Carla Liliana Pia hanya menurut. Sepanjang mengikuti Jane, dia hanya menunduk ke bawah sambil bermain dengan jari-jemarinya. Mereka kemudian masuk ke dalam lif lalu lif mula bergerak ke tingkat paling atas.

Setelah keluar daripada lif, Jane membuka salah sebuah pintu bilik yang berada di tengah-tengah di tingkat paling atas rumah tersebut.

Carla Liliana Pia hanya tersenyum tipis tanda terima kasih pada Jane.

"Master has demanded you to be shown to his office, shortly." maklum Jane memandang sekilas wajah Carla Liliana Pia.

Bilik yang berada di sebelah kirinya dipandang, dimana terletaknya bilik pejabat lelaki itu. Carla Liliana Pia hanya mengangguk kecil, pintu bilik ditutup rapat setelah Jane berlalu pergi.

Keluhan berat terlepas dibibir halusnya. Carla Liliana Pia melabuhkan punggung di birai katil dengan merenung kosong lantai marmar itu.

THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now