- Sometimes , blackmail is more effective -
______________________________Carla Liliana Pia meronta kuat daripada genggaman dua orang pengawal yang mengawal di hadapan biliknya itu.
Bagai mahu pecah saja jantungnya tika ini sebaik perbuatannya terbongkar dan paling menakutkannya bila turut sampai pada pengetahuan De'luz.
"Let me go!" jeritnya perlahan dengan wajah merah padam menahan marahnya.
Terasa sakit di pergelangan kedua belah tangannya akibat daripada cengkaman kuat dua lelaki tersebut.
Rontaanya makin kuat apabila makin hampir dengan bilik milik De'luz seperti yang diarahkan lelaki itu.
Kerana ketakutan untuk berhadapan dengan De'luz, Carla Liliana Pia menarik nafas dalam sebelum kaki kanannya diangkat tinggi ke hadapan dan dengan pantas dihentak tepat pada aset lelaki di sebelah kanannya itu.
BUK!
Serentak itu juga siku kirinya dihentak kuat pada tepi wajah seorang lagi lelaki di sebelahnya. Kesempatan yang ada, Carla Liliana Pia melarikan diri daripada dua lelaki tersebut yang dalam keadaan terperanjat dengan tindakan tiba-tibanya.
"Miss!"
Carla Liliana Pia mengabaikan panggilan daripada dua lelaki itu dengan lariannya yang dilajukan lalu masuk ke dalam lif untuk ke tingkat bawah, dia tahu masih ramai lagi pengawal yang akan terserempak dengannya.
Tapi hanya cara untuk melarikan diri saja yang terlintas di fikirannya saat ini. Setelah pintu lif terbuka, Carla Liliana Pia meneruskan lariannya dengan hati yang berdebar-debar.
Dia menoleh sekilas ke belakang , mata bulatnya terbuka luas apabila melihat bertambah ramai bilangan pengawal yang mengejarnya di belakang , kepala ditoleh ke hadapan dan serentak itu tubuh Carla Liliana Pia melanggar tubuh seseorang .
Perlahan wajah didongak sedikit ke atas melihat pemilik tubuh yang dilanggarnya itu dan serta-merta nafasnya tersekat dengan wajah yang berubah pucat tak berdarah dengan jantung yang mengepam laju-selajunya.
De'luz.
Jelas mata biru yang berubah gelap dan hampir kehitaman itu menikam wajahnya. Riak wajah De'luz juga bengis dan menggerunkannya tapi lelaki itu hanya merenungnya tanpa bersuara.
Carla Liliana Pia tahu lelaki iu dalam keadaan marah dan itu bukan petanda yang baik untuknya tetapi sebaliknya. Dia tak pasti apa hukumannya kali ini.
Lelaki itu yang dilanggarnya, lelaki yang cuba dia elakkan tapi tetap saja bertemu. Serasa harapannya untuk melarikan diri daripada lelaki itu musnah sekelip mata, dan dia yakin bahawa harapannya hanya sia-sia saja.
"Master!" pengawal yang lain yang berada tak jauh daripada gadis itu menunduk hormat pada De'luz.
De'luz menanggalkan kot yang tersarung pada tubuhnya dengan mata yang tak sedikitpun berkalih daripada merenung wajah terperanjat gadis kecil dihadapannya itu.
Isyarat tangan di berikan pada mereka yang lain supaya berlalu pergi.
"First, you call someone. Second, you kick my men. Third, you try to escape. Nice try, babygirl. I'm impressed."
![](https://img.wattpad.com/cover/129739139-288-k567532.jpg)
YOU ARE READING
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED)
RomanceBOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedik...